06 March 2012

Jalan2 Airis Di Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu lepas sekali lagi bawa Airis berjalan. Tak ke mana pun, hanya di sekitar kawasan rumah je. Tujuan asal nak cari barang ayah. Alang2 cari sekali barang si kecil ni.

Saya dan en. Abg dah bersiap terlebih dahulu. Cuma menunggu Airis bangun dari tidur. Tak sampai hati nak kejutkan dia. Jadi biar dia tidur puas2 dulu, bila bangun nanti baru ada mood nak jalan2. Takdalah dia merengek manja yang buat ummi dan ayah kelam kabut. hehe

Airis dah ready nak jalan. Sekarang ni memang nak berdiri je budak ni, jarang sangat dia berbaring dengan tenang. Tahan sekejap je, lepas tu mula la dia bising2 minta diangkat.




Airis yang excited nak jalan =)




Si chomel ummi dan ayah =)




Sebelum tu minum susu puas2 dulu. Kasi charge power banyak2. hehe




Dari Parkson kite Giant pulak ye sayang. Jalan lagi eh?





Dah start aktif. Ingatkan dah bosan baring je. Tapi rupa2nya...




Dia mengantuk daaaa... Terus tertidur sampaila dah sampai kat Giant. Terus pindahkan ke stroller sebab ummi dan ayah nak menjamu selera dulu




Santapan tengahari yang sedap dan mengancam. Nak2 lagi tengah lapar. hehe




Inilah barang Airis yang dicari sangat tu. Puting susu je pun. Tapi kurang2 dapat bawak si kecil ni jalan2 kan




Ini juga untuk Airis, Legging Angry Bird kaler pink. Yang ni tak masuk dalam senarai tapi sebab kiut sangat haruslah beli untuk si bam2 tu. Tak sabar nak bagi Airis pakai, mesti chomel je tersarung di peha dia yang debab tu. hehe



Setakat ini, Airis sangat senang diurus ketika dibawa keluar berjalan. Belum lagi buat aksi yang tidak diingini. Dapatlah ummi dan ayah berjalan dengan santai dan relax. Thanks sayang1 =)

No comments:

Post a Comment