14 March 2012

Botol Susu

Salam

Kali pertama saya bagi Airis minum susu dalam botol ketika dia masih dalam hari. Rasanya ketika masuk minggu ketiga. Saya gunakan botol susu Avent. Masa tu Airis minum dengan rela tanpa sebarang protes. Kuantiti sekali minum lebih kurang 2oz.

Saya ajar dia guna minum guna botol dalam masa lebih kurang seminggu. Bila tengok dia dah ok, saya pun skip guna botol. Satu sebabnya saya rasa leceh sebab kena panaskan susu dulu. Belum sempat panas, Airis dah menangis sebab lambat dapat susu. Dan satu sebab tak sempat saya nak pam susu, Airis dah sibuk nak menyusu. Lama2 saya direct bf Airis je


Sampai la dah nak abis berpantang. Saya cuba gunakan botol susu kembali. Sangka saya Airis akan menerima dengan rela, tapi sangkaan saya teramatlah meleset. Sebulan lebih tak merasa puting botol, dia sepenuhnya menolak untuk menyusu melalui botol. Berhari2 saya training, dari rumah mertua lagi. Tapi hasilnya amatlah mendukacitakan. Sebab tak sampai hati tengok Airis menangis beriye, saya direct bf je sampailah balik semula ke Kinrara.

Mak mertua ikut saya balik ke Kinrara. Keesokan hari selepas tiba di rumah, maka misi training pun bermula la semula. Kali ni saya bertukar ke botol Tommee Tippee dengan harapan Airis takkan tolak botol ni yang katanya Closer To Nature dan putingnya yang seakan-akan sama dengan puting ibu. Hampa jugak bila Airis refused untuk minum susu di samping menangis yang buatkan hati saya sayu. Ikutkan hati saya memang saya give up je. Mujur ada mak mertua yang membantu. Dia yang tolong susukan Airis. Saya pulak dalam keadaan susah hati.

Akhirnya minum jugak Airis susu tu dalam pukul 3.30ptg. Bayangkan dari jam 5pagi sehinggalah 3.30 petang dia berlapar. Bukanlah dia tak minum langsung susu botol tu tapi sedikit-sedikit buat syarat hilangkan dahaga dia tu. Berjayalah misi tu dan 3 hari berikutnya saya susukan Airis sepenuhnya pakai botol susu.

3 hari tak direct bf Airis, saya rasa rindu. Rindu nak direct bf Airis. Rindu nak usap rambut dia masa dia tengah bf. Dan rindu sekali nak lihat renungan manja dia pada masa yang boleh saya dapat ketika bf dia. Lepas tu terasa payah untuk bangun malam2 untuk panaskan susu. Jadi saya ambil keputusan malam tu terus direct bf Airis.

Rupa2nya kerinduan saya tu membuatkan Airis sekali lagi menolak untuk minum susu botol. Lagi2 bila saya yang susukan, memang dia tolak habis2an. Mungkin terbau badan saya. Jadi mak mertua yang susukan. Dia minum tapi tak berapa nak sangat. Tapi bolehla dari tak minum langsungkan.

Bila mak mertua balik ke kampung semula, maka berdualah saya dengan Airis di rumah sementara menunggu emak datang ke rumah. Emak saya kurang sihat dan adakalanya harus pergi ke hospital untuk check up. Nak taknak saya harus training Airis seorang diri.

Memanglah bercinta betol nak susukan Airis guna botol ni. Tiap kali dia nak minum susu je, tiap kali tu la kitorang berperang. hehe. Sampailah kadang2 dia letih dan mengantuk, jadi dia minum jugak tapi dalam kuantiti yang sedikit. Maka terbuanglah susu tadi yang tak habis tu. Takpela, janji Airis nak minum walaupun sedikit.

Sampai satu tahap saya dah biasa dengan tangisan Airis bila diberi susu dalam botol. Lain pulak bagi emak saya yang terasa hiba melihat cucunya begitu. Yela, menangis sampai meleleh air mata. Pernah jugak saya rasa kesian dan nak direct bf je. Tapi saya fikir kalau kat rumah pengasuh dibuatnya dia taknak minum susu botol macammana? Takkan saya nak berlari balik ke rumah kot? Bukannya dekat2. Jadi saya bulatkan hati, untuk kebaikan dia jugak..

Atas nasihat Kak Izan, saya tukarkan puting Airis kepada yang lebih lembut. Tukar puting bermakna botolnya pun harus ditukar jugak sebab botol Avent dan Tommee Tippee jenis wide neck. Sudahnya saya guna botol yang lebih kurang di bawah ni. Tapi bukanlah brand yang sama. Tak kire apa brand, saya guna yang comel2 je.



Sekarang ni pengasuh kata Airis dah boleh minum susu botol. Tak macam dulu yang minumnya sediki-sedikit. Kalau kena mood habislah minum 3oz sekali minum. Kalau tak berbakilah sedikit. Disebabkan storage bottle Bumble Bee tu boleh jadi botol susu, saya guna botol tu je. Just panaskan je susu kemudian cucuk puting. Siaplah untuk diminum Airis.

Begitulah cerita Airis dengan botol susunya. Buat masa ni saya peram dulu botol Avent dan Tommee Tippee tu. Bila Airis dah besar sikit maybe saya gunakan semula. Sayang dah beli jauh2 tapi tak diguna. Dari UK tu nak oi =p


p/s : Geram tengok botol yang design dia cute2. Agak2 Airis semangat tak nak menyusu kalau tengok botol2 cute tu? hehe


4 comments:

  1. Pengalaman kita sama ida..ms na pindah hari akak jumpa balik satu bekas besar yg semuanya berisi bermacam jenis dr pelbagai jenama..huhu..jenuh biler teringat zaman memujuk danish menyusu guna botol..tapi ada budak ok tau sumbat ler botok susu apa pun layann jew dia menyusu..lain budak lain ragamnyer kan ida..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. lain budak lain ragam. ada tu xkisah botol apa. tapi bila jenis xnak ni, kenala try macam2. mujur sekarang dah ok.huhu

      Delete
  2. Kak,nk tnya puting akak letak kt bumble bee storage bottle tu jenama apa ya?

    ReplyDelete
  3. sy try n error..tapi kalau utk baby yg reject botol ni lagi lembut puting lagi bagus..

    ReplyDelete