16 May 2010

Pandan Lake Club

Salam =)

Semalam pi makan nasi minyak. Kat Pandan Lake Club.. Mcm penah dengar je itu tempat? =p

Dulu saya penah jejak kaki ke hall tu, tapi xpenah tengok dgn detail hall tu. Just tengok masa mula2 dtg je. Abis bz2 wat apa yang patut trus masuk bilik kurungan utk make up. Abis make up trus kluar utk berarak.

Masa majlis berjalan fikiran saya kosong. Yang saya tau senyum, greeting tetamu n posing2 tangkap gambar. Saya xde masa nak perhati hall. Makan pun sekadar melepas ke anak tekak. Ada tetamu yang saya xterlayan dek sbb bz dgn agenda yang telah disusun dari awal hingga akhir majlis. Lagu apa yang berkumandang pun saya xtau. Cuma, saya sempat dengar dgn teliti doa yang ayah baca utk saya n en.Abg.

Jadi bila ada kesempatan ni, saya panjangkan leher tgk keadaan sekeliling...Si pengantin gunakan tema hitam+merah+putih. Tempat sama but bila da deco lain konsep, totally berubah. Cmni le rupanya..Beza gila dgn majlis saya kan? *gambar angle lain xde, so xleh la kamu semua tgk perbezaannya*

Pelamin dia cantik. Meja makan beradab dia pun cantik. Tambah dgn lampu yang malap, keadaan nampak romantik n relax



Semestinya gambar saya pun harus ada. But dunt no why muka saya nampak sangat kusam n pucat walaupun saya sedaya upaya membesarkan mata n melebarkan senyuman. Nampak x pintu kat blakang tu? Ha....tu lah pintu bilik kurungan saya. Tempat mengubah saya dari cinderella yang comot kpd princess yang anggun *terperasan plak* hahaha



Nasi n lauk pauk sedap..Gift pun best..Tempat? Dah kata wedding saya pun kat situ dulu, mestilah saya cakap bestkan?hehe. Wedding cake pun sangat cantik *xdapat amik gambar cuz jauh. puas google tapi xdapat* Punya suka design kek tu sampai saya bgtau Ayoy bila Izan nak kawen ti, saya nak sponsor kek mcam tu. Hope Izan xpegang janji.hehe

Btw smalam Along n BIL datang umah. Due Along 10 Julai 2010. InsyaAllah klu smua berjalan lancar, bertambah meriah la family kitorang dgn kehadiran si cumel nanti. Saya rindu bau baby! =)

p/s : sebenarnya nak share citer yang saya memang excited bila jejak je kaki kat hall ni but tibe2 rasa isi kandungan entri ni xmenepati kehendak asal. malas plak nak ubah. kire boleh la ye? =p


No comments:

Post a Comment