18 February 2010

Hari Meraikan Pengantin

17 Januari 2010 - Pandan Lake Club, Pandan Perdana

Salam.

Akhirnya berjaya gak siapkan entri utk Resepsi. Sebenarnya, saya sudah menaip entri ni utk beberapa kali tapi tiap kalinya hanya separuh jalan. Sekali lagi disebabkan keuzuran laptop yang saya gunakan dari zaman mengorat en.Abg dulu ketika mengaji di Ulu Sintok sana. Jadi utk meralisasikan impian entri ini, maka saya mengambil langkah sedikit bijak utk mengupload smua picta di opis. Seterusnya mengembangkan crita di rumah.

Kalau disebutkan Resepsi saya rasa terlalu hebat. Sbb bagi saya perkataan resepsi tu sesuai bila saya mengadakan majlis di tempat yang meletop. Bila majlis saya hanya dibuat di sebuah Ballroom, saya klasifikasikan sebagai Majlis Makan/Majlis Keraian.

Saya dan keluarga memilih utk buat Jamuan Makan di Pandan Perdana Lake Club. Dengan alasan kami berpuas hati dengan keadaan hall, perkakas yang disediakan, suasana, tempat parking dan yang paling penting lokasi dan harganya. Semua yang ada memenuhi piawaian kehendak kami sekeluarga setelah ditimbang2kan segala aspek bagi memberi keselesaan kpd tetamu, mempelai dan keluarga.

Sedikit butir terpeinci mengenai hall ni:

i) Ada 2 rate bergantung kpd hari apa hall digunakan. RM900 for 6hours utk hari Isnin-Khamis. RM1500 for 6 hours utk Jumaat-Selasa. Kalau nak tambah hour, sila bayar RM100 utk setiap tambahan jam.

ii) Boleh memuatkan 5oo orang tetamu pada masa yang sama.

iii) Stage yang rendah. Sesuai bebenor bagi mempelai yang gunakan pelamin just utk tangkap gambar cuz some mempelai prefer xnak wat tepung tawar/merenjis.

iv) Air-cond running for 6hours. Kalau ada extra hours, so air-cond pun samala*paling saya suka sbb tak perlu kepanasan seterusnya bergantung kpd kipas pengapit yang kelajuan mengipas xseberapa*

v) Parking yang banyak disekitar Club. Dalam area club pun ada but limited for 5 stickers only. Yang ni tentulah utk kegunaan keluarga mempelai.

vi) Bilik utk pengantin bersiap *tapi agak kecil*

vii) Tidak memerlukan deco yang banyak sbb suasana dalamnya da cukup ok n relax. Sungguh menjimatkan =p

Ok, kembali ke tajuk asal. Saya mau share sedikit gambar.

Potret family kecil saya. Dari kiri : Abg Shamin, Along, Emak, Ayah, Izan, Ayoy. Sedondon dalam warna pink+peach. I like =)

Box goodies yang diberikan pada smua tetamu. Box ni saya tempah kat LH Creative, 1000kpg but dapat extra 100kpg. Saya pilih gambar kartun tu sbb rasa sangat cute. En Khalid juga bersetuju =)

Dalam fasa akhir persiapan. Sangat suka veil tu. Panjang sgt n membuatkan saya rasa kelihatan agak anggun.hahaha. 2 gurls tu saya punya flower girl. Sangat sweet n comel.

Member opis yang datang...

Masa nak berarak ke pelamin. Sangat nervous n rasa sedikit menggigil. Rasa senyum pun hampir palsu. Aih, letih sungguh.Saya xberhenti senyum dari mula berarak sehinggalah duduk di pelamin. Tapi saya suka bila semua org pandang mempelai. Dan yang paling saya suka masa berarak, dewan hampir penuh..Hoye!!!Ramainya orang =)

Duduk je kat pelamin, DJ jemput ayah utk membacakan doa. Hepy sgt sbb ayah yang bacakan doa. TQ ayah. Ida sayang ayah =)

Saya n en.Abg mengaminkan doa...

Gambar2 menarik lain

Foto family saya n family en.Abg =)


Sesi potong kek. Sampai sekarang xdapat lupa kejadian di balik tabir pasal kek tu.Sampai bila2 la akan ingat.huhuhu


Round2 jumpa tetamu...


Dengan team Semenda Rasa. Tapi tukang make up xde dalam gambar, rushing balik umah cuz baby dia xsihat.



Cousin2 saya...

Abis gambar dalam hall, gmbar outdoor lak. Happy n happening gile cuz dicover oleh 5photographers. 1 my official photographer, en.Khalid. Yang lenlain tu kwn en.Abg. Suka, suka, suka! Sesi outdoor xrasa segan dan bosan. Rasa nak buat lagi je.hehe









Masa ni saya en.Abg sudah abis pusing utk outdoor. Bila lalu pintu masuk, terus pi amik bunting sebelum terlupa. Mau digunakan di kenduri beliau pulak. Sampai sekarang saya xtau nak buat apa ngan bunting tu. Kenangan je la =)


~~~~~The End~~~~~

p/s : Mau update Majlis Makan di Kluang pulak...

1 comment:

  1. dear boley x bg contact no untuk pandan perdana tue..search x de lak
    email : hidayahkhairudin@yahoo.com
    thanks

    ReplyDelete