09 September 2011

Haruman Yang Dinanti

Salam

Semalam baby dah pun masuk 33weeks. Pesan emak dan insan sekeliling, sekarang ni sudah boleh mula mengemas barang si kecil dan keperluan bakal ummi dalam kereta, standy utk sebarang keadaan yang tidak dijangka.

Baru tadi siap mencuci dan menyidai pakaian si kecil. Ada lagi yang belum dicuci disebabkan faktor tempat sidaian yang tak mencukupi. Kena berkongsi dengan pakaian si ayah yang nak berangkat pulang ke AD esok petang. Yang selebihnya akan dicuci pagi esok bila yang ada ni sudah kering.

Tadi masa menyidai, terhidu keharuman baju2 baby tu. Terus panggil en. Abg utk hidu sama. Wangiiiiiii... Tak sabarnye! =)


p/s : Suka bau baby yang wangi =)

Teratak Kecil Kami : Sebelum Dan Selepas Gerak Gempur Raya

Salam

Rentetan dari cerita ini


Sebelum






Proses mengecat






Selepas






View ketika malam




Dining hall




Ke Ayer Hitam semata-mata utk mencari bunga ni ^_^




Sudut manis =)




p/s : Rumahku Syurgaku =)

Mami Baby

Salam

Sepanjang en. Abg balik bercuti ni, dah jadi rutin beliau menghantar dan mengambil saya di tempat kerja. Seperti biasa, kelmarin petang beliau menjemput saya. Sebaik je punggung ni mencecah kerusi, dihulurnya sesuatu kepada saya. Nak tau apa dia?


Ini dia... Pemberian utk bakal ummi demi si kecil yang bakal keluar.



So sweet =)

Tapi sampai sekarang masih tak terbaca majalah tu, cuma sempat selak sekilas saja. Mungkin bila en. Abg dah balik nanti, sempatlah saya menjenguk kandungannya. Masa yang ada ni, lebih baik diluangkan bersama. Tq sayang =)

08 September 2011

Lebaran Kelima & Keenam

Salam

Saya dan en. Abg selamat tiba ke teratak kami dari Kluang Jumaat malam. 4 hari beraya bersama keluarga mertua, so dah sampai masa utk beraya dengan keluarga sendiri pulak. Kebetulan Along pun dah balik beraya dari Kelantan dan adik bongsu masih lagi cuti semester, memang sesuailah untuk kitorang berkumpul bersama. Jadi kitorang pilih Hari Sabtu, Ahad tu bolehla berehat-rehat sambil mengemas rumah selepas hampir seminggu ditinggalkan.

Nak kata menjamu sakan xdelah, cuma yang simple2 je. Tekak mesti merasa masakan emak, yang selama ni menjadi santapan wajib Hari Raya.

Antara menu air tangan emak. Ada rendang ayam, kuah masak lodeh, sambal bilis, kuah kacang, nasi impit, lemang dan ketupat palas yang diimport dari Kelantan. Tak lupa juga sambal goreng hasil tangan mak mertua yang ditapau untuk anak menantu. Kudapan tambahan mestilah kueh raya.




Segak berbaju melayu dengan Mak Lang




Kesayangan semua





Esoknya terima kunjungan dari bestfriend masa sekolah dan matriks dulu. Yang baju pink tu, kawan saya Uji, bestfriend di KTT dulu merangkap roommates. Yang baju krim tu bestfriend dari form 4, masuk matriks pun tempat yang sama. And all of us sama2 masuk UUM tapi dorang berdua je sama course. Rumah pun dekat2 je tapi ketemunya jarang. huhu




Mula2 ingatkan Uji je datang tapi at last Sai pun ada. Jumpa kawan2 lama, teringat masa muda2 dulu =p




Lepas depa pulang, tuan rumah ambil peluang posing honeymoon dulu. hehe




Kenangan indah membawa si kecil di Aidilfitri =)




Sambil mengimbau kenangan =)






Sejak en. Abg pulang, saya suarakan keinginan untuk menjamah ABC. Tapi masa Ramadhan memang payah nak cari, ditambah pulak awal Syawal ni. Banyak kedai yang tutup. Lepas tu en. Abg teringat, kat Giant berhampiran rumah tu ada jual ABC. Apalagi, lepas tu terus menuju ke Giant la pekena ABC. Dapat lepas ngidam ni, memang sedap sangat lah. Petang ni macam nak cari lagi je ^_^




Katanya nak meneman kita makan je, tapi last2 dia pun sama menyantap bihun sup. hehe




Ingatkan makan tu aje, tapi sebelum balik dapat jugak merasa Sweet Corn favaourite. Siap beli 2 lagi. Tamak haloba kan. hehe




p/s : Being preggy is the sweetest moment =)

07 September 2011

Lebaran Kedua & Ketiga

Salam

Tengahari raya kedua tu, mak ayah dan adik2 saya selamat sampai dari Melaka. Tradisinya kitorang sekeluarga menyambut raya di Perak. Tapi tahun ni dengan ketiadaan Along dan saya yang beraya bersama keluarga mertua, maka Syawal pertama dirai di kampung halaman emak saya di Pengkalan Balak, Melaka. Di kesempatan tu mereka datang beraya sambil menjenguk saya di rumah mertua.

Malam tu, tiada rencana untuk beraya ke mana. Jadi en. Abg, saja ajak keluar ambil angin malam sambil2 ke McD mencari kudapan malam. Nama je raya, McD still penuh. So pusing2 dulu cari parking. Kebetulan ternampak kedai Anakku yang bertentang dengan McD tengah buat sale. Apalagi, kasi terjahla. Kot2 jumpa barang yang sesuai. Lagipun ada lagi keperluan si kecil yang masih belum berbeli.

Hasil pembelian, sepasang baju long sleeve & pant dengan diaper bag. Diaper bag tu memang dicari, tapi yang baju tu saje gatal tangan nak mencekau. Buat tambah2, sebab baju2nya semua comei2 belaka. Haruslah sambar. hehe




Lepas tu baru isi perut. Nyum2




Esoknya, pagi2 lagi sementara free kitorang ke Ayer Hitam. Sambil2 cari barang yang dihajati, sambil cuci mata. Mak aii, boleh naik juling mata. Ini lawa, itu lawa, semuanya berkenan la. Kalau tak kena gaya, balik poket boleh jadi nipis terus. hehe




Tengok barang2 ni murah2 belaka. Cantik2 pulak tu. Rasa mcam nak kawen balik la =p




Sebijik macam goodies wedding saya dulu. Tapi yang ni diupgrade skit dengan reben2 tu. Letak telur sebijik, ala2 bunga pahar gitu konsep dia. Tersangatla klasik nampaknya.




Antara barang rembatan di Ayer Hitam, tempat letak kunci. Sebelum ni pakai letak bersepah je. Bila nak keluar rumah, mulalah melilau mencari kunci. Dah ada benda alah ni, senang skit.




Habis misi di Ayer Hitam, perut ni dah mula berkeroncong bagai. Tersangatlah lapar rasanya, nak2 lagi si kecil ni mula melibas2 di dalam. Mula2 nak makan Marrybrown je, tapi at last cari jugak KFC. Tipikal gile kan. hehe




Balik dari Ayer Hitam tu lepas dah rehat, melantak pulak juadah raya. Hai, mencanak2 selera makan Syawal ni. Makin bolatla jawabnya...

06 September 2011

Lebaran Pertama

Salam

Kalau dulu tahun lepas raya pertama disambut bersama keluarga di Perak, tahun ni giliran saya mengikut en. Abg beraya di Kluang. Kitorang berkampung kat sana 6 hari, dari hari Ahad sehinggalah Jumaat petang. Harus balik jugak sebab hari Sabtunya dah plan mahu berkumpul dengan family saya pulak.

Ingatkan pagi raya berjurai2 air mata ni terkenangkan mak dan ayah, rupa2nya tidak. Siap senyum melebar lagi. Lagipun hari kedua Syawal mak ayah saya yang beraya di Melaka nak turun ke Kluang. Tapi pagi2 tu wajib call mak dulu. Biasalah pagi raya kan =)

Lepas bermaafan dan bagi duit raya, sesi tangkap gambar bersama dulu. Ini memang sesi favourite i =p


Di pagi Syawal dengan keluarga mertua. Masih xcukup korum lagi. Next year baru cukup with new member. InsyaAllah =)






Dengan mak dan abah. Sama tema pulak ^_^




Mr. & Mrs. Azam =)








Raya terakhir berdua sebelum bertiga. i loikeee ^_^







Tukang meriahkan raya tahun ni, Irfan & Sofea =)




Dah jadi minah bunga sekarang ni =p



Lepas makan dan berehat sekejap, terus keluar ke rumah saudara mara terdekat sehinggalah ke Batu Pahat, kampung en. Abg. Supposed sampai dalam 1 jam je, tapi jem agak teruk. Dalam 2 jam jugaklah before kitorang sampai ke Batu Pahat. Apalagi, lelap sajalah dalam kereta. hehe

Rumah pertama kitorang beraya rumah Mak Ngah. Lepas tu ke rumah Cik Leman di Kluang Barat. Dapat makan menu baru yang sangat sedap. Tapi makan sikit je sebab perut da penuh. Kesian baby kena berebut space dengan makanan yang masuk perut ummi dia. hehe.




Lepas ke rumah Cik Leman, straight ke Batu Pahat. Beraya ke rumah Wak Nas & Mak Wok, abg dan kakak kepada abah. Time ni perut dah kosong balik sebab dah berjalan jauh. hehe




Hero hati ^_^




Kampung halaman belah abah




Tumpang posing skettt. hehe




Menikmati keindahan beraya di kampung =)






Habis beraya di kampung halaman abah, kitorang bergerak ke kampung halaman mak yang tak berapa jauh. Singgah beraya di rumah pakcik makcik en. Abg.




Rumah terakhir sekali yang dikunjungi. Lepas tu masuk dalam kereta terus flat sepanjang jalan. Raya betol ni...




p/s : Plan asal nak balik awal, singgah beberapa rumah je. Tapi dah nama pun beraya, harusla berkunjung sesama sendiri eratkan silaturahim. Selamat Hari Raya semua =)