06 September 2011

Lebaran Pertama

Salam

Kalau dulu tahun lepas raya pertama disambut bersama keluarga di Perak, tahun ni giliran saya mengikut en. Abg beraya di Kluang. Kitorang berkampung kat sana 6 hari, dari hari Ahad sehinggalah Jumaat petang. Harus balik jugak sebab hari Sabtunya dah plan mahu berkumpul dengan family saya pulak.

Ingatkan pagi raya berjurai2 air mata ni terkenangkan mak dan ayah, rupa2nya tidak. Siap senyum melebar lagi. Lagipun hari kedua Syawal mak ayah saya yang beraya di Melaka nak turun ke Kluang. Tapi pagi2 tu wajib call mak dulu. Biasalah pagi raya kan =)

Lepas bermaafan dan bagi duit raya, sesi tangkap gambar bersama dulu. Ini memang sesi favourite i =p


Di pagi Syawal dengan keluarga mertua. Masih xcukup korum lagi. Next year baru cukup with new member. InsyaAllah =)






Dengan mak dan abah. Sama tema pulak ^_^




Mr. & Mrs. Azam =)








Raya terakhir berdua sebelum bertiga. i loikeee ^_^







Tukang meriahkan raya tahun ni, Irfan & Sofea =)




Dah jadi minah bunga sekarang ni =p



Lepas makan dan berehat sekejap, terus keluar ke rumah saudara mara terdekat sehinggalah ke Batu Pahat, kampung en. Abg. Supposed sampai dalam 1 jam je, tapi jem agak teruk. Dalam 2 jam jugaklah before kitorang sampai ke Batu Pahat. Apalagi, lelap sajalah dalam kereta. hehe

Rumah pertama kitorang beraya rumah Mak Ngah. Lepas tu ke rumah Cik Leman di Kluang Barat. Dapat makan menu baru yang sangat sedap. Tapi makan sikit je sebab perut da penuh. Kesian baby kena berebut space dengan makanan yang masuk perut ummi dia. hehe.




Lepas ke rumah Cik Leman, straight ke Batu Pahat. Beraya ke rumah Wak Nas & Mak Wok, abg dan kakak kepada abah. Time ni perut dah kosong balik sebab dah berjalan jauh. hehe




Hero hati ^_^




Kampung halaman belah abah




Tumpang posing skettt. hehe




Menikmati keindahan beraya di kampung =)






Habis beraya di kampung halaman abah, kitorang bergerak ke kampung halaman mak yang tak berapa jauh. Singgah beraya di rumah pakcik makcik en. Abg.




Rumah terakhir sekali yang dikunjungi. Lepas tu masuk dalam kereta terus flat sepanjang jalan. Raya betol ni...




p/s : Plan asal nak balik awal, singgah beberapa rumah je. Tapi dah nama pun beraya, harusla berkunjung sesama sendiri eratkan silaturahim. Selamat Hari Raya semua =)

No comments:

Post a Comment