08 September 2011

Lebaran Kelima & Keenam

Salam

Saya dan en. Abg selamat tiba ke teratak kami dari Kluang Jumaat malam. 4 hari beraya bersama keluarga mertua, so dah sampai masa utk beraya dengan keluarga sendiri pulak. Kebetulan Along pun dah balik beraya dari Kelantan dan adik bongsu masih lagi cuti semester, memang sesuailah untuk kitorang berkumpul bersama. Jadi kitorang pilih Hari Sabtu, Ahad tu bolehla berehat-rehat sambil mengemas rumah selepas hampir seminggu ditinggalkan.

Nak kata menjamu sakan xdelah, cuma yang simple2 je. Tekak mesti merasa masakan emak, yang selama ni menjadi santapan wajib Hari Raya.

Antara menu air tangan emak. Ada rendang ayam, kuah masak lodeh, sambal bilis, kuah kacang, nasi impit, lemang dan ketupat palas yang diimport dari Kelantan. Tak lupa juga sambal goreng hasil tangan mak mertua yang ditapau untuk anak menantu. Kudapan tambahan mestilah kueh raya.




Segak berbaju melayu dengan Mak Lang




Kesayangan semua





Esoknya terima kunjungan dari bestfriend masa sekolah dan matriks dulu. Yang baju pink tu, kawan saya Uji, bestfriend di KTT dulu merangkap roommates. Yang baju krim tu bestfriend dari form 4, masuk matriks pun tempat yang sama. And all of us sama2 masuk UUM tapi dorang berdua je sama course. Rumah pun dekat2 je tapi ketemunya jarang. huhu




Mula2 ingatkan Uji je datang tapi at last Sai pun ada. Jumpa kawan2 lama, teringat masa muda2 dulu =p




Lepas depa pulang, tuan rumah ambil peluang posing honeymoon dulu. hehe




Kenangan indah membawa si kecil di Aidilfitri =)




Sambil mengimbau kenangan =)






Sejak en. Abg pulang, saya suarakan keinginan untuk menjamah ABC. Tapi masa Ramadhan memang payah nak cari, ditambah pulak awal Syawal ni. Banyak kedai yang tutup. Lepas tu en. Abg teringat, kat Giant berhampiran rumah tu ada jual ABC. Apalagi, lepas tu terus menuju ke Giant la pekena ABC. Dapat lepas ngidam ni, memang sedap sangat lah. Petang ni macam nak cari lagi je ^_^




Katanya nak meneman kita makan je, tapi last2 dia pun sama menyantap bihun sup. hehe




Ingatkan makan tu aje, tapi sebelum balik dapat jugak merasa Sweet Corn favaourite. Siap beli 2 lagi. Tamak haloba kan. hehe




p/s : Being preggy is the sweetest moment =)

No comments:

Post a Comment