13 November 2010

Yey! Kami Menang!

Salam

Sebelum crita lebih, nak lompat bintang sambil jerit Yey! Kami menang! =p

Kami menang besar masa main Bola Tampar tadi :)

Tangan sakit, sedikit kebiruan bengkak. Memang bukan bidang kite kan, pakai cube2 je. Ok lah kot...

Awal bulan Dis nanti ada Bola Jaring plak. Tak sabar pulak rasanya. Harap2 mampu mengulangi momen manis tadi :)

Sat gi nak pi makan sate. Bolehkah dikatakan sebagai reward? hehe

p/s : Ingat nak turun tengok dorang main bowling esok kat Mines, tapi tak tau jadi ke tak.

12 November 2010

Pulang Dari KLIA

Salam

Baru lepas menghantar en. Abg pulang. Lepas ni jumpa semula di bulan Januari.

Sekarang ni berada di rumah Along, menjengah utk melepas rindu pada si kecil yang ketika ini berada di pangkuan :)

Esok, bermain bola tampar. Harap2 balik dengan kemenangan.

Daaa...

10 November 2010

Nampak Kurus La

Salam

Kalau rezeki takkan kemana bukan? Dapat jugak pak Ngah jumpa si kecil ni b4 balik AD :)

Semalam, bila amik je Waiz dari Along terus tanya "Eh, napa ringan sangat ni? Nampak kurus la"

Sebenarnya patut cakap "Nampak susut la". Baru betul =p

Mana taknya, berat dia dari 8 kg sudah turun ke 7.3kg. Mak kata proses nak besar memang macam tu. Baru nak lasak. Betul lah tu. Waiz dah pandai meniarap. Cepat2 merangkak eh. Chaiyok2! :)

Sekarang ni murah dengan gelak budak ni. Pantang acah, bukan main tersengih lagi dia. Tapi gambar Waiz tengah meniarap lupa lak nak snap. Sebab sibuk gomol2 dia :)




Cepat2 besar Waiz.Nanti boleh jalan2 kat taman ngan nenek n atok ^_^

08 November 2010

Tanjung Piai

Salam

Akhirnya... Sampai jugak ke hujung benua Asia ni... Tq en. Abg sbb cuba mengisi masa berdua yang ada dengan sebaik mungkin :)

B4 ni, masa baru kawen dulu memang ada plan nak pi tempat ni. Tapi asik tertangguh je sebab rasa harus utamakan tempat2 yang ala2 cuti romantika dulu. Baru sekarang, tersampai le hajat nak ke Tanjung Piai ni.

Kitorang tolak dalam kul 10. Kul 11 lebih da sampai sana. Alhamdulillah tak sesat, cume mula2 tu en. Abg tersalah arah. Yela, beliau pun penah pi tempat ni sekali je. Tu pun 3 4 tahun dulu. Memang tak ingat la...

Jalan masuk ke Tanjung Piai...



Sudah hampir sampai :)



Welcome tu Johor National Park-Tanjung Piai. Sudah penat berdating di bangunan2 batu, berdating pulak di hutan bakau. hehe





Kalau mau masuk sila bayar RM5 dulu ye...









Mula2 masuk tengok macam jauh je. Memanng betol pun. Kitorang pusing tak abis pun. Pusing ala kadar je. i la, mengadu penat kat en. Abg =p









Muka riang di bawah rimbunan pokok2 besar



Dulu masa kecik bila cikgu tanya apa cita2 bila besar nanti, selalu jawab nak jadi cikgu. Tapi bila da besar panjang ni, memang tau tak sesuai sungguh jadi cikgu =p



Saya senantiasa di belakang kamu. Ikut kamu ke mana saja :)



Sampai jugak akhirnya.. Fuh semangat... Cuak jugak. Nak2 tengok jambatan tu da condong skit. Maybe sebab hari2 kena ombak kuat..







Yey! Da tamat proses pusing2. Jom balik!!! :)



Otw balik tu nampak satu kenduri kawen ni. Warna pink dia nampak sgt sweet, khemah pun besar. Yang tak tahan tu goodies bag dia. Dah macam paper beg Ariani lak. Sungguh besar. hebat bukan?



Lepas balik dari Tanjung Piai tu, en. Abg bawak saya pusing2 JB dekat2 Danga Bay. Sebab dia tau wife dia ni nak sgt pi Singapore. So dia bagi dulu angin2 Singapore tu. hehe. Takpe, Januari nanti kalau takde aral melintang kami sampai ye..

Bila sampai JB ni, otomatik teringat kat Along yang beriye nak sgt makan Murtabak Singapore. Sory ye Along, saya tak dapat belikan utk kamu dek kerana kekangan masa. Tapi saya akan usahakan suatu hati nanti, InsyaAllah :)

Lepas pusing2 JB tu terus ajak en. Abg balik. Penat! Walaupun hanya duduk dalam kereta, tetap rasa penat. Jadinya, terus tido dan biarkan en. Abg drive dalam hujan rintik2...

Tapi bukan tido lama pun sebab perot da berkeroncong. Terus teringat kat Nasi Lemak MIL yang sedap tu. Disebabkan takmo amik sebarang risiko frust nasi lemak abis, beli la Koteow Goreng kat Pasar Malam. en. Abg lak beli sate. Punya teringin sampai beli 70cucuk. Banyak gile kan. Tapi sate tu bukanlah besar mana..Tak macam sate kat Kajang tu. Takat 7 8cucuk tu sonang ajo :)

Malam tu apalagi, melantak sakan la. Kan da kata, bila en. Abg ada ni istilah diet tu harus dibuang jauh =p

04 November 2010

Dan Sebenarnya...

Salam

Semalam petang seharusnya membonceng bersama ayah utk pulang ke rumah

Tunggu...

Tunggu...

Tunggu...

Tapi ayah tak muncul2 jugak

2 3 kali call takde jawapan

Akhirnya decide utk naik LRT sahaja. Tapi hati rasa macam ada yang tak kena. Naluri anak...

Otw ke LRT terdengar siren ambulance. Bila berpaling nampak ambulance Hospital Tung Shin. Hati makin tak sedap.

Call rumah tanya mak ayah da balik belum. Belum.

Sampai2 je kat umah mak cakap ayah excident, ada kat Hospital Serdang. Terus inform Along n Izan, tapi tidak Ayoy. Dia tengah berperang dengan paper exam, sebolehnya tak mahu buat dia risau.

Pukul 10mlm lepas inform en. Abg, bergegas kami ke sana. Walaupun tau keadaan ayah yang berada dalam kondisi stabil, hati tetap risau. Tahun ni sahaja sudah 2 3 kali ayah excident walaupun minor.

Air mata emak sudah menitik. Saya faham, emak risau dan runsing. Saya jugak tau risau2 kami pada ayah tidak akan sesekali sama risau seorang isteri pada si suami. Saya suruh mak istighfar banyak2.

Sampai di Hospital Serdang, masuk di bahagian emergency. Amik giliran utk berjumpa ayah. Saya yang terakhir. Alhamdulillah, CT Scan tidak menunjukkan apa2 yang meragukan. Mungkin hentakan di kepala membuatkan ayah sedikit lupa.

Ikutkan ayah harus menghuni Hospital Serdang buat sehari dua. Tapi, nak buat macammana bila tuan punya badan berkeras nak balik jugak.

Jadinya, harus memaksa ayah berehat sepenuhnya di rumah. Kena pastikan luka2 yang banyak tu sembuh. Semoga ayah cepat sembuh n boleh bawak Waiz jalan2 kat padang cepat2 :)

Di sebalik khabaran duka ni, terselit juga khabar gembira. Terima Kasih Ya Allah...

02 November 2010

Harap-Harap

Salam :)

Hari ni rasa hepy dari biasa

Sebab mendengarkan perancangan en. Abg semalam

Walaupun terlalu jauh lagi untuk direncana

Walaupun mungkin banyak halangan yang tak terduga

Harap betol2 menjadi kenyataan


Sebagai langkah awal

Operasi menabung harus dimulakan segera

Pembaziran tanpa hala tuju wajib dicegah sama sekali. mampu ke? =p

Selitkan sekali, azam menguruskan diri =p


Moga selamat semuanya :)

01 November 2010

Engagement Nana

Salam

Ahad lepas sorang lagi cousin saya bertunang. Hari tu belah ayah, kali ni belah mak pulak. Memangnya saya kurang rapat dengan dia, tapi ruang dan masa utk memeriahkan majlis tunang dia tu tetap ada. Kite kan bersaudara :)

Nana ni anak kepada adik emak saya. Memang jarang sangat berjumpa. Kalau balik kampung pun belum tentu dapat jumpa. InsyaAllah kalau selamat semuanya, lepas 6 bulan nanti jadi isteri orang lah dia. Amin.

Sampai je kat Melaka dekat pukul 1. Majlis plak lepas Zuhur. So, kitorang lepak2 dulu n lunch kat rumah Pak Long. Jejak je kaki ke rumah Pak long *dulunya tapak rumah nenek n datuk*, hati rasa tenang. Susah saya nak describe feeling tu. Hanya kami adik bradik yang tau esp. Izan sbb dia membesar kat kampung. Nak2 lagi terasa angin laut, feel dia semacam je. Terus teringat masa kecik2 dulu. Sungguh! Rindu sangat kat arwah datuk n nenek walaupun sempat bersama 7 tahun je.

Makan dulu kat umah Pak Long. Bila kitorang makan nasi, maka si kecik ni wajib la dapat susu dia gak. Amboi, sedap nampak landing kat nenek. Manja betol.


Muka gembira kekenyangan. Burp!!! :)


Nana, my cousin. Make up sendiri je by Ayu, cousin kitorang jugak. Congrates :)


Menunggu pihak lelaki masuk. Yang baju ijau tua Pak Long, da only pakcik sedara yang kitorang ada


Boleh relax sebab dia tengah syiok tido dan ada orang yang tolong kipaskan. Aku lah tu. huhu


Tengah hangat berbicang. Teringat zaman i dahulu kala ^_^


Seusai majlis. Lepas da yak2 n da salin pampers baru. Sama x? Mestilah tak sama. Sorang putih, sorang kelabu asap. haha


View dari umah Pak Long. Agak samar utk nampak laut. Kalau la saya masih kecil, mesti petang tu terus terjun laut mandi puas2. hehe


Petang tu lepas tido, bangun2 tengok tengok cucur udang yang sedap tu tinggal baki buat taik gigi je. Sedih gile sbb cucur udang dia tersangat lah sedap. Nampaknya bila en. Abg balik nanti, saya nak heret dia balik kampung. Boleh ye syg? Saya tau kamu pasti setuju dengan rela hati :)

p/s : Kampungku, kamu tetap terbaik di hati saya. Saya cinta kenangan bersama kamu :)