14 February 2010

Nikah - 16 Jan 2010

Salam...

Esok genap sebulan saya berubah status..Sebulan berlalu, rasa masa bergerak terlalu pantas. Inai semakin pudar n tunggu masa je utk ilang..

Masih belum dapat album lagi dari photographer. Tapi atas requestsaya n en.Abg yang akan balik ke AD, maka copy dvd gambar telah diberikan 3 hari selepas majlis. Smua gambar masih fresh n masih bebas lagi dari segala editing.. Jadi mau kongsi sedikit citer n gambar Big Day sebelum menjadi basi :)

Kalau diikutkan masa yang dijanjikan dalam borang nikah, akad nikah sepatutnya dijalankan pada pukul 2.30 di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Tp memandangkan pengantin dan keluarga da sampai awal, maka akad nikah diawalkan ke pukul 2.15. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri en.Abg n beliau sah menjadi suami kepada saya..Alhamdulillah... Rasa lega sangat.. Perasaan nervous terus ilang diganti dengan rasa syukur dan terharu..Saya bukan lagi berada di bawah tanggungjawab ayah, sebaliknya da berpindah kepada suami..

Selepas en.Abg sujud syukur, terus buat sesi penyerahan mas kahwin n bergambar bersama keluarga. Sekarang da ada keluarga baru, maka harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ni..

Selesai semua agenda di masjid, semua yang hadir dijemput ke rumah utk jamuan makan. Mula2 saya cadangkan kat mak supaya jamuan dibuat secara ringkas kat dewan/bilik kecil kat masjid. Senang, xpayah bertukar tempat. Tapi mak xsetuju. Sebabnya, kebanyakan yang hadir kat masjid tu semuanya sedara mara n sahabat2 saya n en.Abg. Takde jiran yang ikut sama, atas faktor2 yg xdapat dielakkan. Jadi xdapat la menjamu dorang makan..

Mak tak sedap hati. Yelah, dorang banyak membantu, xkan nak dibiarkan camtu je..Jadi keputusannya, pacak 2 buah kanopi kat area parking utk dijadikan tempat jamuan makan. Baru fair, sedara ada, jiran pun ada..Dua2 sama penting...

Majlis abis dalam lewat petang cuz lepas solat asar ada sedikit doa selamat. Utk segala rahmat dan kebaikan yang diperolehi..Jom tengok gambar =)


Tempat tetamu menjamu selera. Khemah dipasang pagi Jumaat. Amik 2 kanopi je cuz jamuan ringkas n jemputan hanya 100 org. Sendiri perasan khemah itu kelihatan sungguh indah dengan warna scallop yang mengikut tema purple =)




Tadaaaa!!!! 1st pic lepas siap make up*abaikan keadaan bilik yang agak kemas itu*Idung sedikit kembang bila Ija (tukang mekap) n Aunt memuji kesenangan utk me'mekap' muka saya cuz sgt senang 'in' dengan solekan...Lagi kembang bila mendapat pujian darpada 1 2 3 4 5 6 7 +++ orang..Tapi paling kembang x hengat, bila suami i cakap i nampak sgt gorgeous. Macam, xpercaya akak bila en.Abg berulang kali puji cuz saya tau dia sangat berat utk bercakap benda2 camni. Bangga akak..hehe..Tapi xde mekap pun still sayang kan??? =p




Gambar disnap masa menuju ke dalam masjid. Time ni Allah je tau betapa nervousnya saya tapi dicover dengan senyuman sbb tau Kaled nak snap pic. Mau masuk album ma, jadi mau kelihatan cool n cantik. Nervous tolak tepi =p





Kiri : Mas kahwin. Kanan : Wang hantaran n rantai pemberian suami. Sampai sekarang mas kahwin tu masih dalam keadaan yang sama. Sayang nak dibuka =)





Dengar ceramah tok kadi. Fokus2!!! =P





Sekali lafaz =)




Memanjat kesyukuran...






Saaaaaaaaaaaaaaangat suka gambar ni. Malu tapi suka =p




Mak n abah =)






Dini cium tangan Mak Ngah atik*Dini sebut cantik as atik* =p




Along tumpang happy =)




Keluarga saya =)



Keluarga suami =)




Our big family =)


Keluarga kecil saya =)


Thanx guys 4 coming =)


The End~~~~~


p/s : Sedikit kelam kabut semasa otw ke masjid bila sedar Aunt lupa bagi bunga tangan. So called Aunt n asked her utk hantar ke masjid.. Xjadi keluar peluh jantan akak =p

Kehidupan Sekarang

Salam...

Lama gile x update blog..Last post pun masa masih lagi memegang title 'cik ida' =p
So bila lama xupdate, banyak cite2 penting yang tertinggal utk dikongsi bersama..

Alhamdulillah, kini sudah bergelar Puan Siti Nur Hafnidah bt Aani pada 16 Jan 2010 yang lalu. Sudah memulakan sisi kehidupan yang baru n masih dalam proses membiasakan diri dgn perubahan yang sedang berlaku dan yang bakal menyusul...

Semoga ikatan yang baru terjalin ni berkekalan sehingga akhirnya dan sentiasa di bawah lindunganNya disertai usaha kami mempertahankan hubungan ni.. Amin...

10 January 2010

Busana Majlis Yang DiNanti

Sudah fitting baju nikah n sanding Jumaat lepas. Alhamdulillah igauan ngeri xmuat baju tidak menjadi kenyataan.hehehe. Maka misi penting sekarang yelah mengekalkan isi2 dan lemak2 yg ada sama seperti ketika proses memuatpakai baju2 tersebut.huhu

p/s : Perasaan nervous bertukar menjadi excited selepas mencuba busana pengantin =)

24 December 2009

Azam n AZAM =)

Just came back from Pusat Islam, meeting Sewa utk kali terakhir thn ni. One hour cover 9 agenda..Sangat lega meeting abis awal n end up dgn senyuman tanpa diberi sedikit tekanan pun. X seperti last year yang rasa kelam kelibut semacam.hoho..

7 hari lagi utk menghabiskan sisa2 2009. Azam baru, tekad baru utk bekerja lebih rajin n efektif utk mencapai target bertukar jawatan dalam masa 2 thn lagi. InsyaAllah klu ada pluang afta paper re-org approved by JPA. Amin...

p/s : Azam utk selamanya, menjadi isteri yang mithali n solehah*wink2* =)

20 December 2009

Selamat Tahun Baru =)

Cuti tahun baru ni aku xduduk kat rumah sesaja. Lebih sekurang sebulan je lagi utk sampai Big Day, masa yang ada ni sangat2 la berharga. Xboleh lagi goyang kaki, at least ada je bnda yang diusik setiap hari walaupun xbanyak.

Sometimes rasa banyak yang da siap, tapi bila telek2 ada benda lagi yang harus/wajib buat. Banyak benda remeh temeh sebenarnya yang terlepas dari kotak fikiran aku. Kena adaorang yang ingatkan. Yang itu dah buat? Yang ini dah buat? Dan yang sekian2 dah setle? Erkk....Blum lagi...huhu..Alhamdulillah ada pihak2 esp.Izan tolong ingatkan. Tq, ko mmg assistant yg sgt bagush! =D

Cuti Tahun Baru ni sekali lagi terpaksa turun ke Jalan TAR untuk cari material gubahan hantaran together2 dgn Kak Ayu n Izan. Tak pi banyak tempat pun,cuma mencari di Semua House n SSF coz Kak Ayu prefer Sayang You n SSF. Lagipun kitorang rushing memandangkan Kak Ayu ada new born baby kat umah.

Proses mencari xmakan masa yang lama, dalam 3 jam je. Mula2 kitorang cari barang kat Sayang You n usha gubahan hantaran yang ada but xde yang menarik hati.. Just beli main flowers je kat Sayang You. Selebihnya kitorang beli di SSF coz kat sana jumpa banyak barang yang menepati konsep gubahan yang mau dibuat.

Xsempat pun nak amik gambar brg2 yang dibeli cuz brg2 tu semua dah letak kat umah Kak Ayu yang volunteer nak siapkan hantaran tu. Aku xkisah cmne hasilnya nanti sbb sudah pasti hasilnya amat memuaskan=)

So, sama2lah kita nantikan hasilnya ye.26 hari je lagi, xlama manapun =)

16 December 2009

Kalau Kahwin Mesti Pakai Inai Bukan?

Sudah lama aku terintai2 mencari mana boleh aku dapatkan inai. Nak cari pokok inai kat kawasan KL ni teramatlah payah. Pokok inai ni cam da pupus lak rasanya. Nak dapat inai serbuk Mekah tu plak, kat sapa nak aku tanya. Kalau inai henna, rasanya tentu ramai da sedia maklum keburukan benda tu yang xtahan lama. Masuk 3 4 hari jari yg patutnya masih merah menyala da bertukar jadi oren. Padahal kenduri belah suami berlangsung pun belum. Kemerahan jari disaluti inai sangat penting ok.

Ada aku ternampak satu pokok inai kat tepi blok**** Tapi aku xtau sapa tuan empunyanye..Kalau xbertuan gagah lagi la nak petik** Sesuaikah perkataan petik???**Tapi kalau bertuan xpakai pakai harung je kan..Xpasal2 xmenjadi inai aku, xke naya.. Pakai inai berjam2 sampai kecut2 cari, tapi hasil tarak bagus. Naya2..Tapi cmne nak tau dia bertuan ke x ye???

Tapi pagi ni xlagi risau bila Kak Siti menghulurkan sebungkus inai serbuk. Fuh...Lega2..Kak Siti ni cam tau2 je benda alah ni yang saya cari2. Tq very very very much Kak Siti. Satu bebanan di kepala saya telah ilang.

Hepy kembali datang. Senyum saya tidak plastik lagi =)

01 December 2009

List Saya Sudah Pendek

Yippy!!!Sudah banyak yang dipotong dalam wedding list. Manyak hepi wooo..

Aku, Izan n Ayoy spend masa yang agak agak panjang di Jalan TAR Ahad lepas, hunting for many many things. Me mencari baju utk our pengapit, langsir, cadar, bunga pahar for Azam, bunga telur utk marhaban, bunga manggar n etc. Izan n Ayoy lak mencari baju boria mrk n baju bertandang ke Johor. But at d end, hanya aku mencapai matlamat 100% sedangkan mrk tidak. But today, the hunting is over. Tinggal mau hantar ke tailor je..Cantek2. Saya suka =)

Kitorang sampai Jalan TAR around kul 11 n park kat Semua House. Parking yang mudah, murah n dekat utk ke semua tempat. Terus ke Sin Yin mencari bunga pahar utk bawak ke Johor. Disebabkan stok terhad, jadi kena order dulu n akan siap dalam ms 2 mggu. Bunga tanda penanggah pun aku order sana skali, senang citer. Then pi ke Sayang You utk cari barang2 lain yang kurang. Setle!

Abis part mencari barang2 keperluan wedding, kitorang gerak lak ke Nagoya. Mencari n menempah kain langsir. 1st time pi tanpa emak agak nervous sbb kurang pandai. Alhamdulillah ada my sis yg sangat2 membantu cuz slalu dorang yang teman emak pi tempah langsir. Aku beli kain n upah jahit di situ gak. Senang citer, xpayah berangkut bagai kain tu bawak balik ke rumah naik LRT. Satu anak bawak, satu lagi emak bawak. Xcukup lagi, bawak adik utk jadi tukang angkut. Kalu naik kete ok lagi. Leceh2...

Abis bab langsir, kitorang pi Harison utk cari kain baju. Tengah ada sale, so banyak penjimatan. Save budget.hehe. For members, less lagiiiiiiilah banyak. Untung wooo..So sapa yg lum jadi member, cepat2 la buat kad. Promote! =p

Afta ronda2 kat Harison, kitorang menuju lak ke Sogo, tumpang solat. Kebetulan mau survey cadar. Sudah terbeli pun. Free 2bijik bantal lagi. Besh2.. Sogo mana penah xde sale. Yang ni end of year punya sale. Jadi aku tumpang sekaki jugak la. Jimat lagi. hehehe.. Aku cakap ngan Izan, kahwin la awal thun. Hujung tahun banyak wat sale, untung cuz brg banyak less price =p

Bila semuanya sudah ditangkap, pinggang naik lenguh, kaki jadi kematu, tibe masanya utk pulang..Kitorang sampai umah around 6..Time to relax =)