20 August 2013

Kali Pertama Bersama Aidijuma

Salam

Tengahari tadi saya turun ke KL, nak cari tudung untuk dipadankan dengan buasana raya yang akan dikenakan hari Jumaat ni.

Jadi tengahari tadi saya keluarlah kejap nak mencari tudung yang sesuai. Saya nak cari tudung bawal je, taknak tudung awning. Disebabkan busana sedondon raya tu warna plain, untuk tudung saya tak mahulah plain juga. Mahu ada sedikit corak tapi sederhana.

Terus terfikir aidijuma ada jual tudung ala2 seperti yang saya mahukan. Kebetulan outlet terdekat di Maju Junction je, terus saya ke sana. Pilihan agak terhad, mujur yang saya berkenan ada dijual

Kali pertama dengan aidijuma. Berkenan sangat dengan design yang rare ni 
 
Sambil tu cuci mata sekali dan terbeli la baju basahan Airis ni. Kan dah kata pegi mana2 pun wajib sambar barang Airis walaupun sekecil mana ^_^

Jalan2 lagi ternampak short pant kaler merah yang hot ni. Disebabkan Airis belum pernah ada short pant nak2 lagi kaler best macam ni, terus sambar sehelai.

Tudung Aidijuma ni akan saya kenakan pada jamuan raya Jumaat ni. Kalau sedap dipakai mungkin lepas ni boleh menyusul lagi shopping bersama aidijuma =)


p/s : Hopefully malam ni projek menjahit lace berjalan dengan lancar. hehe

No comments:

Post a Comment