02 August 2013

Aktiviti Di Bulan Ramadhan

Salam

Saya perasan kebelakangan ni jadual saya di hujung minggu sentiasa penuh. Nak2 lagi bila saya dan en. Abg decide untuk membeli rumah baru dan let go rumah sekarang ni. Mula2 uruskan proses pembelian rumah, lepas dah settle semua berkisah pada urusan jual rumah. Agak penat, nak2 lagi di bulan Ramadhan ni. Ke hulu ke hilir bila ada masa terluang untuk selesaikan banyak perkara.

Aktiviti pagi Sabtu minggu lepas dimulakan dengan ke rumah BK untuk uruskan perpindahan barang ke rumah adik. Ada beberapa barang yang hendak saya pindahkan ke rumah adik

Kenalah Airis bangun awal. Kalau bangun lambat apa keje pun tak jadi



Buat masa ni hanya set meja makan dan set sofa yang dipindahkan. Memandangkan untuk rumah baru nanti kami bercadang untuk mendapatkan set meja makan dan sofa yang baru, jadi berikan saja set sofa tu kepada adik. Set sofa je bagi free, yang meja makan tu jual harga adik beradik. hehe

Pemandangan dining hall setelah dikosongkan. Airis macam hairan je tengok rumah dia kosong semacam. hehe

Ni pula pemandangan living hall setelah sofa diangkat keluar..Lepas ni dah kena kosongkan rumah, so dah mula pindahkan barang2 kecil. Izan, u simpankan Corelle i baik2 ye =p

Saya dah minta izin adik dan suaminya untuk letakkan perabot2 rumah BK di rumah adik sehingga rumah BA siap. Satu bilik khas untuk perabot2 rumah BK. Mujurnya perabot2 yang akan kami bawa ke BA tak berapa banyak sebab dah plan untuk rumah BA saya dan en. Abg sepakat untuk dapatkan perabot yang baru. Nak masuk rumah baru katanya, kenalah perabot baru. haha

Dia pun sibuk nak angkat barang tapi taknak pakai kasut sendiri. Nak pakai kasut Pak Lang jugak. Airis ni sekarang manja betul dengan Pak Lang dia, pantang tengok Pak Lang duduk sesaje, datanglah dia menghimpit ajak bermain

Selepas dah siap urusan angkat2 barang, kami ke bawa kawan en. Abg ke office developer di Bangi. Kawan en. Abg ni pun tengah mencari landed house, bila dapat tahu kami beli rumah BA ni terus roger2 untuk tahu lebih lanjut. Itu yang kami bawakan dia ke office developer tapi sebelum tu ke tapak rumah dulu untuk dia tahu lokasi sebenar

Ramai yang datang on weekend. Kebanyakannya nak uruskan hal rumah, ada jugak yang baru survey2


Kawan en. Abg ni kawan saya juga, kami satu kos masa di UUM dulu. Sudah la satu tempat belajar, satu tempat keje masa baru mula2 keje, kalau jadi jadilah satu kawasan perumahan. Panjang betul jodoh dorang ni =)

Malamnya, Iftar bersama family di Quality Hotel di Jalan Raja Laut. As usual, ayah belanja kami sekeluarga iftar di luar setiap tahun. Kali ni ayah pilih hotel yang dekat je, katanya lepas iftar boleh la kami window shopping di Sogo. Tq ayah. Sayang ayah sangat2 ^_^



Ruang iftar di tingkat 3. Ballroom ni tak besar mana tapi sangat selesa sebab tidak bersesak sesak. Nak ambil makan senang, orang pun tak ramai. Menu yang disediakan pun banyak, berbaloi untuk harga RM65 untuk seorang. Surau disediakan di tingkat 1, pun selesa. Walaupun ramai orang, tapi bergilir2. Jadi ruang tu selesa. Yang penting tak kena ambil wuduk sambil kepit handbag. hahaha


Aktiviti biasa kat mana2 juga ^_^








Antara menu yang disediakan

Kalau paling ramai pun orang, dekat kambing ni jela. Mujurnya saya xmakan daging kambing, xperlu la beratur panjang2. Seumur hidup saya ni sekali je saya makan menu kambing, masa kenduri aqiqah Airis. Itu pun takat kuahnya je. Tak minat la.






 

Antara menu untuk round 1. Penuh meja. hehe

Bagi bubur taknak, makan nasi taknak. Cuma makan keropok lekor dan cekodok pisang je Airis ni



Antara menu yang saya ambil. Nasi putih wajib, untuk kembalikan tenaga yang telah hilang =)


Kueh Teow ni mula2nya saya ambil sikit je tapi sebab sedap saya ambil untuk round 2


Air favourite. Teh tarik kaw2 punya, memang sedap gila la. Ok, keluarga saya memang hantu teh tarik. Airis pun dah terikut sama. hehe

Rojak buah fav emak

Kerabu mangga yang sedap tapi xboleh lawan kerabu mangga Haslam

Menu pertama en. Abg

Suamiku penggemar ulam =p

Dessert adik yang mengiurkan




Suka tengok Amani makan. Bagilah apa je, mesti dia makan dengan mulut comel dia tu. Tu sebab adik lagi boolat dari kakak Airis kot =)




 
Dah kenyang perut jom kita shopping!!!

Harga sebelum tax and +++

Kat ruang bawah ni pun ada Ramadhan buffet tapi dah direservedkan kepada jabatan mana tah





Yang join Ramadhan Buffet ni bukan orang kita je, ada jugak saya perasan pelancong dan Chinese turut makan sekali. Seronok kot dengan menu yang pelabagai tu. Yelah, bulan biasa mana ada macam ni kan. Budak ni sangat comel dan montel sampai ramai yang beriye dukung. Mak pak dia steady je


Hasil shopping baju basahan Airis di Sogo. Mulanya ingat nak cari kasut untuk Airis tapi bila tengok ramainya orang, terus terbantut hajat. Jadi kami sempat capai yang ni aje. Mujurnya tak perlu queu panjang sebab banyak counter yang dibuka



Hari Ahad, awal2 pagi kami dah terpacak kat rumah BK. Ada beberapa orang nak tengok rumah

Orang pertama, Kak Haniza agen from Reapfield

Buyer yang dibawa Kak Haniza. Lepas Kak Haniza dan buyer ni balik, datang seorang lelaki India nak tengok rumah. Lepas Indian tu balik sepatutnya Kak Haniza nak datang sekali lagi bawa buyer lain tapi last mnt buyer tu ada hal. Buyer tu dah datang pun Selasa lepas dan dah bersetuju untuk beli rumah BK. Dalam masa beberapa hari ni kalau semuanya berjalan lancar, secara rasminya kami dah dapat buyer untuk rumah BK

Aktiviti Airis waktu orang datang tengok rumah, tak dihiraukan pun orang2 yang datang tu

Airis dan anak neighbour. Rambut sama ok. hehe

Walaupun lain bangsa, saya senang berjiran dengan mereka. Rasanya tiap kali kami balik ke BK, ada saja yang diberi pada Airis termasuklah pakaian yang berhelai2. Sampai saya naik segan sebab jarang bagi buah tangan. hehe

Lepas orang tengok rumah, kemas rumah sikit2, kami balik semula ke PJ. Petang ni nak iftar bersama keluarga di rumah Along

Menu utama nasi arab Damsyik. Juga disponsor oleh ayah. Anak2 ni datang bawak perut je. hehe. Sebelum ke rumah Along, singgah ke bazar di Pandan Indah membeli sedikit juadah.

Cempedak goreng yang buat air liur meleleh selagi tak berbuka puasa. Nak2 lagi digoreng garing macam ni, kecur dibuatnya. hahaha. Saya saja2 je cakap kat ayah teringin makan cempedak. Ayah saya jenisnya pantang kalau dengar anak2 teringin nak makan itu ini, mesti dia terus mencari. Last2 ayah beli 2 biji, saya beli 3 biji cempedak. Makanlah sampai muak =p

Kakak Airis yang bajet dia baby lagi

Macam tulah kisah hujung minggu yang yang padat. Esok kalau jadi mahu iftar di rumah adik. Kita gilir2 ye setiap rumah. Bila rumah i dah siap nanti, kita gilir2 la 3 rumah untuk 3 minggu. 1 minggu tu lagi kita suh ayah belanja iftar kat luar, ok? ^_^


p/s : Esok malam nak buat kueh raya kat rumah adik. Kita lihat hasilnya nanti =)


No comments:

Post a Comment