01 August 2013

Cuti - Cuti Keluarga @ Melaka - Part III

Salam

Kembali menyambung kisah Cuti - Cuti Keluarga yang dah suam2 kuku ni. Sebelum ni saya kongsikan part I dan part II di sini dan di sini. Kalau rajin boleh cari post by post, tapi kalau malas saya dah sediakan link siap2 =p

Pagi Ahad tu dimulakan dengan breakfast



Macam2 ragam budak bertiga ni




Lepas breakfast kami ke Water Park yang terletak bertentangan dengan ruang makan. Pakej yang kami sekeluarga ambil ni dah termasuk untuk 6 tiket dewasa untuk masuk ke Water Park ni cumanya mungkin sebab resort ni masih baru, peraturan tu masih belum dikuatkuasa sepenuhnya. Jadi untuk masuk ke water park ni tak perlu bayar apa2, masuklah sesuka hati seberapa kali mahu.

Terus tukar baju Airis yang ala2 muslimah permberian Mak Long ni =)

View Water Park. Walaupun ramai orang tapi still best sebab ada gelongsor tinggi dan pusing2 tu. Saya pun tak ketinggalan mencuba =)








Si isteri nak mencuba tapi mahu ditemani si suami

Alih2 si isteri kelihatan teragak2 untuk mencuba. Ko takut ye Jan... haha

Check out pukul 12 tengahari

Berdiskusi untuk mencari lokasi kedai makan yang baru sahaja disiarkan di JJCM 












Sebelum check out kami sempat tengok JJCM dahulu dan kebetulan lokasi kali ni dekat dengan tempat kami menginap. Katanya menu hot kat sini kari kepala ikan. Alang2 dah dekat kami pakat2 nak mencuba

Pelbagai kueh mueh yang dijual dihadapan kedai. Paling sedap kueh keria, siap tapau lagi

Suasana di kedai Hajjah Rahimah di kala tengahari. Memang ramai orang, mujur tak mengambil masa yang lama untuk kami mendapatkan tempat duduk



Agenda seterusnya bawak budak bertiga tu buat lawatan sambil belajar di sini. hehe




Ingat nak beli untuk Airis sebab cuaca tengahari yang panas terik tapi tuan punya badan xsuka pakai topi


Merasmikan dress from Poplook ni di Taman Buaya. Saya tahu agak kurang sesuai pakai dress ke tempat macam ni tapi apakan daya, xtahu kami akan ke sini. Baju yang dibawa pun ngam2 je. Pakai ajelah apa yang ada






Pukul 2 tunggu siap2 di tempat show untuk tengok pertunjukan buaya









Kutipan duit secara ikhlas untuk menjayakan pertunjukan buaya. Sapa rasa nak bagi, bagilah. Tiada paksaan


Adik pun nak bagi jugak tapi alih2 menangis ketakutan

Dua aksi yang dilakukan

Khusyuk anak ummi menonton






Pusing2 Taman Buaya


Akhir sekali makan aiskrim. Kepenatan dah anak dara masa ni



Balik dari Melaka tu, kami singgah rumah Along di Senawang. Sampai sana pun dah petang. Lewat malam baru kami bergerak balik ke rumah masing2.


p/s : Seronok selalu bercuti dengan family

2 comments:

  1. wahhh jalan ke melaka yer..seronoknyer cuti2..
    dah besar dah anak ida..family ida pun semakin berkembang bertambah seronok lar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak masuk 1 tahun 9 bulan kak airis tu.. alhamdulillah moga2 terus kekal bahagia ni =)

      Delete