18 July 2011

Zulaikha

Salam


Selepas en. Abg, orang pertama yang tau gender si kecil dalam perut ni yelah ayah saya sendiri a.k.a atok si kecil. Orang kedua adalah emak saya sendiri dan selepas tu barulah aunties kpd si kecil. Pada keluarga mertua, belum saya khabarkan. Segan masih menebal =)


Setakat ni saya belum memikirkan secara serius nama yang bakal diberi. Masih terlalu awal saya kira. Tapi yang kelakarnya, ayah saya dah memikir ke arah itu. Berkenan sungguh dia pada nama ZULAIKHA. Siti Zulaikha atau Siti Nur Zulaikha.


Saya hanya tergelak. Bagi saya Zulaikha nama yang cantik dan manis didengar. Mungkin akan dipertimbangkan, tapi cukup sekadar 2 perkataan. Sebab nama ayahnya sudah 2 perkataan, jadi sebolehnya saya mahukan nama yang ringkas. Yang penting maksudnya.


Apa2 pun saya still akan menyimpan beberapa nama utk si arjuna. Kuasa Allah, lain yang di scan, lain yang keluar. Selama ni ingatkan Hawa, rupanya Adam =)



p/s : Apa2 pun ia bukan sekadar nama. Yang penting sifat dan akhlak secantik namanya.

No comments:

Post a Comment