08 July 2011

Jalan-Jalan

Salam

Malam Sabtu lepas ajak bebudak dua orang ni pergi Wangsa Walk, saja amik angin malam. Sejak membawa si kecil dalam perut ni, aktiviti berjalan adalah sangat terhad. Pergi dan balik keje, lepas tu terperuk dalam rumah. Sangat malas keluar jauh dari rumah sebab bila balik tu mula sengal satu badan. Manja betul badanku ini. huhu

Kebetulan masa tu tengah ada Pameran Pengantin, tapi booth tak banyak sangat. Sepanjang jalan tu ramai la yang duk bagi brochure. Dik oii, ko tak nampak ke perut akak ni ha..huhu. Tapi amik jugak la brochure yang dorang bagi tu. Just simpan je kot2 Izan boleh refer nanti..

Balik dari Wangsa Walk dengan rasa gembira. Dapat jugak beli preggy jeans yang dicari-cari selama ni. Asik pakai skirt je, bosan jugak. Rasa macam makcik2 pun ada jugak. hehe

Dari sisi tepi masih slim =p




Tapi dari sisi depan..... bolat ko! Membesar bagai juara. hehe




Esoknya selepas penat shopping kain baju raya kat Jalan TAR, before melepak kat umah Puchong, kitorang makan2 kat Bumbu Bali Puchong. Tempat dicadangkan Izan. Sebab dia murah hati nak belanja, ikut sajalah. Quit pricey tapi berbaloi-baloi. Lepas ni bila dah jadi penduduk tetap Puchong, bolehla lepak2 kat sini lagi.




Izan pilih Trio Bali. Ada cumi-cumi goreng (sotong goreng), sate pandan & ayam panggang. Cumi-cumi goreng dia lembut sangat.. Sate dia pun best jugak tapi sbb portion dia besar, memang tak larat makan sorang. But still marvellous. Yummy!




Saya pilih Chicken Crispy. Dia punya sos black pepper buat ayam ni lagi sedap. Overall sedap unless buah tembikai tu lembik skit.




Nasi campur for Ayoy. Tak sempat try yang ni tapi tengok dia makan sedap je. Kalau kuat makan memang ok lah amik set ni. Semua ada, complete.




Kitorang selepas kekenyangan...











Tq Izan. Lain kali belanja lagi ye. Makan besar punya! =p

No comments:

Post a Comment