24 January 2011

80 Minit Yang Suam-Suam Kuku

Salam n Happy Monday =)

Hari ni rasa dalam hati ada taman. Eh silap2. Bukan hari ni je, tapi sepanjang 2 minggu ni dalam hati bunga berkembang mekar ^_^

Akhirnya, keinginan menonton Khurafat tercapai sudah. Mau tau pendapat saya pasal filem ni?

Bak kata en. Abg dan turut dipersetujui saya, jalan citer filem ni terlalu ringkas. Masa pun pendek, 80 minit je. Mula2 citer, saya rasa ok lagi sebab mau sedapkan hati. Takmolah buat andaian terlalu awal. Tengok dulu, baru nilai. Sokonglah filem tempatan skit kan..

Betol, ada beberapa adegan yang boleh membuatkan korang terkejut beruk terangkat punggung dan kadangkala terjerit kecil. Tapi setakat itu sajalah. Yang lainnya, mendatar saja. Masa nak ending, hantu terlalu kerap muncul. Paling tak best, macam rasa watak Mariani tu xmembantu pun.

Nampaknya nasib menonton Hantu Kak Limah sama jela dengan Khurafat ni. Tapi tak tau la ye, mungkin saya n en. Abg je rasa citer ni biasa2, orang lain rasa best. Lain orang lain citarasa kan.. Sebab da kuciwa, maka lepas ni tak mau terlalu cepat terpedaya dengan kata2 hebat orang lain. Nanti nasik jadi bubur lagik. huhu




Belum mula, jadi takde muka takut =p




Oh, welcome to the family wahai si kecil Nur Aqilah Sofea. U r so sweet honey =)

No comments:

Post a Comment