03 January 2011

2 citer 2 rasa

Salam :)

Dengar citer kutipan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah dah cecah juta2. Kutipan hari pertama tayang je dah 300K. Hairan jugak saya. Best sangat ke citer ni sampai berjuta kutipnya. Lawak sangat ke sampai berduyun orang kejarkan citer ni. Tu ha, budak praktikal kat opis saya tu sampai 3 kali mengadap citer Hantu Kak Limah ni.

Disebabkan tengok sana sini beriye orang mencanang citer ni best, saya n Izan pun excited la nak tengok citer ni Jumaat lepas. Waktu org tengah solat Jumaat tu. Sebab citer ni pun mungkin dah penghujung musim, bilik tayang tu pun tak besar mana tapi still penuh. Ada jugak golongan lelaki yang tersasar Jumaat di MBO ni. Ish3...

Abis je menonton, saya n Izan sibuk berdiskusi di mana letaknya kehebatan citer ni. Entahla, saya rasa citer Hantu Kak Limah ni biasa2 saja. Tidak lebih dari tu. Mungkin setiap orang berbeza fikiran, tak terkecuali saya. Takpela, hanya utk santaian minda, apa salahnya. At least, teruskan menyokong filem tempatan.

Malamnya, saya sambung menonton citer Bollywood, tapi di rumah je lah ye. Tak penah pulak seumur hidup saya ni menonton citer industan di mana2 panggung. Walaupun dulunya saya peminat setia Aamir Khan dan selalu leka dengan tarian gelek hangat depa tu. Namun nak tengok kat panggung, tak kuasa la. Malu ah =p

Saya n Izan tengok citer We Are Family. Agak baru la citer ni, kuar tahun lepas. Cet! Bila sebut tahun lepas macam dah lama sangatkan. Padahal baru je 3 hari berlalu. huhu

Citer ni best! Korang sesape yang minat cite indi boleh la tengok citer ni. Mesti korang sedih punya. Saya pun yang hati stone ni pun tangkap leleh tengok citer ni. huhu. Arjun Rampal sgt hensem! Ops, tetibe plak balun nama mamat tu. Takde kaitan langsung =p


Tengok preview Khurafat tu macam best je?

No comments:

Post a Comment