Salam =)
Seorang sahabat terdekat telah 4wd email kpd saya tentang manfaat dan syafaat berselawat di bulan Syaaban. Dan email tu mintak saya kongsikan maklumat ni utk dikongsi sesama umat Islam yang lain. TQ kpd si dia sbb sudi memanjangkan info ni kpd saya utk disebarkan. Mudah2an kebaikan dan keberkatan sentiasa mengiringi kamu =)
Di bawah Arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan sebelah kiri sejauh mata memandang.
Setiap kali umat Islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban, maka Malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta-juta titik air dari badan Malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat Islam berselawat, maka seratus kalilah Malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh Malaikat tadi akan tercipta satu Malaikat lain yang mana setiap satu Malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh Malaikat tadi, maka terciptalah sejuta Malaikat yang memohon keampunan bagi orang yang berselawat.
Oleh itu, rajin-rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
Jadi mesti rebut peluang ni. Macam kite sibuk berebut pi Sogo bila ada sale =)
No comments:
Post a Comment