17 January 2011

17012011

Salam

Hari ni saya hepy. Hepy sgt sbb dapat suprise. Berganda-ganda pulak tuh =)

Lepas balik breakfast pagi tadi, tengok ada fail terlungkup atas meja. Cet! Ni yang nak marah ni. Sapa pulak yang mencari murka beta ni. Tapi relax dulu, selidik dulu apa pasal la fail ni terlungkup sakan. Rupa2nya hanya alasan semata...

Sebab nak cover benda ni dari penglihatan umum rupanya...hehe



Untuk 1st anniversary. For coming besday pun ada. hohoho...Terharu sangat sebab tak expect pun akan dapat adiah selain dari en.Abg. Lagi2 bila baca wish tu. Walaupun agak panjang berjela. hehe. To Anonymous, trima kasih banyak2. Saya syg kamu. Muah muah muah! =)

Dalam pukul 11, tengah sibuk wat keje dapat satu call. Roommate en.Abg kat AD call, katanya sekarang ada kat bawah PERKIM. Nak bagi satu barang yang en.Abg kirim. Barang ni saya da sedia maklum. Tup2 dapat ni..Wah wah wah....Bikin suprise ye syg. Terkejut i. Malu pun ada. Tapi suka suka suka. Suka very da extravaganza. Tq syg. U brightened my day =)



Cupcake pun warna purple cam wedding theme dulu. Kamu buat saya rasa sungguh terharu...



And for those yang wish our anniversary esp. family tersayang, trima kasih banyak2. Doakan hidup kami aman dan kekal bahagia di bawah rahmatNya. Amin =)

16 January 2011

16012011

Salam

Setahun sudah menjadi isteri kepada en. Abg. Alhamdulillah, berjaya bertatih perlahan-lahan di sepanjang jalan.


Setahun ni rasanya berlalu dengan pantas. Baru saja beberapa kali berjumpa dan berpisah sementara, usia ikatan sudah menginjak setahun. Setahun yang lebih manis dari masamnya. Setahun yang jauh mata, tapi amat dekat di hati.

Hasrat hati mau menggenggam erat tgn en. Abg tika susah dan senang. Berkongsi suka dan duka. Biarpun jarak menjadi halangan, tapi niat dalam hati menjadi pegangan.

16012010 - 16012011

"Hepy 1st Anniversary syg. Saya Cinta Kamu sgt7"

11 January 2011

UjianNya

Salam

Saya baru pulang dari Kota, Negeri Sembilan menziarah seorang kawan yang baru kehilangan ayahanda tercinta. Takziah kpd my opismate, Masnida di atas pemergian ayahandanya pada malam semalam.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

09 January 2011

Kat Mana Kau Sembunyi Hah?

Salam

2 minggu sudah saya n Izan pakat2 beli electronic scale. Senang, boleh la kitorang pantau kandungan lemak2 badan ni. Letak je badan macam buah nangka ni atas benda alah tu trus kuar brapa kilo diri ni.

Mestilah excited bukan. Jadinya sampai saja di rumah, berlumba-lumba la menimbang diri sendiri. Tekejut! Hasilnya sangat la di luar akal. Macam tak percaya je. Itu ke kilo badan kitorang ni?

Jadinya terus buat andaian scale tu xbetol/rosak. Maklum sajalah, beli di Tesco. Harga pun murah ya amat *tu sbb kitorang beli*. Lagipun, sejak saya pakai benda alah ni, rasa macam da kurang makan. Adalah sorang dua yang kata badan pun ada kurang kilo skit.Tapi lain pulak halnya. Tak boleh jadi ni.

Jadi, sampai je Puchong semalam terus cari manual scale. Macam biasa, timbang diri dalam keadaan yang amat takut/cuak teramat sangat. Nah, amik ko! Electronic scale tu xsalah. Sama sekali tak rosak. Cuma minda je tak boleh nak trima kebenaran. huhu

Baru je sebentar tadi menimbang diri smula dgn scale Tesco itu. Oh, ada penurunan la berbanding 2 minggu sudah. Lega skit..Tapi ini sudah lebih dari jangkaan yang sepatutnya. Stress balik la. huhu

Hairan! Saya tak dapat rasakan pertambahan lemak ni di mata kasar. Sedangkan hari2 membelek diri di depan cermin. Sebarang perubahan tak dapat dikesan dan turut diakui oleh Along dan keluarga terdekat. Maka bertambah stress lagi sedangkan tau stress adalah sangat tidak elok di kala episod berbulan madu mahu bermula semula.

Hoi lemak degil! Di mana kau sembunyi hah? Mau main Hide and Seek ya?

07 January 2011

Gift for 2010

Salam :)

Crita ini mungkin sudah lapuk. Hanya layak dicanang sebulan yang lalu.

Tapi bila ianya suatu yang manis utk dikenang, siapa kisah? Biarpun hanya gemilang sedekad yang lalu.

Presenting

.

.

.

.

.

Piala Pusingan & Piala Johan Sukan MAIWP 2010 =)

Volleyball & Netball

Jom kita zoom skit =p


And....

this


Thanx Shima!

May 2011 bring happiness for us. Amin =)

Red Book

Akhirnya....

I got my own Red Book

Semakin panjang la langkah kakiku ini. Patut la rasa gatal2 je =p

Sesape yang nak wat Red Book ni, korang pi la buat kat Wangsa Maju. 1 jam setengah, this Red Book is yours ^_^

03 January 2011

2 citer 2 rasa

Salam :)

Dengar citer kutipan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah dah cecah juta2. Kutipan hari pertama tayang je dah 300K. Hairan jugak saya. Best sangat ke citer ni sampai berjuta kutipnya. Lawak sangat ke sampai berduyun orang kejarkan citer ni. Tu ha, budak praktikal kat opis saya tu sampai 3 kali mengadap citer Hantu Kak Limah ni.

Disebabkan tengok sana sini beriye orang mencanang citer ni best, saya n Izan pun excited la nak tengok citer ni Jumaat lepas. Waktu org tengah solat Jumaat tu. Sebab citer ni pun mungkin dah penghujung musim, bilik tayang tu pun tak besar mana tapi still penuh. Ada jugak golongan lelaki yang tersasar Jumaat di MBO ni. Ish3...

Abis je menonton, saya n Izan sibuk berdiskusi di mana letaknya kehebatan citer ni. Entahla, saya rasa citer Hantu Kak Limah ni biasa2 saja. Tidak lebih dari tu. Mungkin setiap orang berbeza fikiran, tak terkecuali saya. Takpela, hanya utk santaian minda, apa salahnya. At least, teruskan menyokong filem tempatan.

Malamnya, saya sambung menonton citer Bollywood, tapi di rumah je lah ye. Tak penah pulak seumur hidup saya ni menonton citer industan di mana2 panggung. Walaupun dulunya saya peminat setia Aamir Khan dan selalu leka dengan tarian gelek hangat depa tu. Namun nak tengok kat panggung, tak kuasa la. Malu ah =p

Saya n Izan tengok citer We Are Family. Agak baru la citer ni, kuar tahun lepas. Cet! Bila sebut tahun lepas macam dah lama sangatkan. Padahal baru je 3 hari berlalu. huhu

Citer ni best! Korang sesape yang minat cite indi boleh la tengok citer ni. Mesti korang sedih punya. Saya pun yang hati stone ni pun tangkap leleh tengok citer ni. huhu. Arjun Rampal sgt hensem! Ops, tetibe plak balun nama mamat tu. Takde kaitan langsung =p


Tengok preview Khurafat tu macam best je?