28 March 2013

Impian Tinggal Kenangan


Salam 

Dapat bad news tadi =(

Cik C yang menjadi igauan dari malam tadi sudah sold out. huhu

Takpelah, takde rezeki buat masa ni. Kita tunggu sebulan dua nanti. Kalau memang dah rezeki cik C ni menjadi kepunyaan saya, macam mana cara pun pasti saya miliki. Kan? =)


p/s : Tunggu sale. Kalau tak sale, i tak mampu u. Ke petanda jangan buang duit...? =p

26 March 2013

One Baby World Bandar Tasik Permaisuri

Salam

Dengar ceritanya dalam masa terdekat ni ofis saya akan adakan Team Building. Buat masa ni tarikh dah ada cuma belum final lagi. Tempat pun belum dipastikan lagi. Kalau jadi Team Building ni, makanya ni kali kedualah. Kali pertama diadakan awal tahun lepas, masa saya baru je masuk keje dari cuti bersalin 3 bulan. 

Hopefully, untuk Team Building kali lokasi tidak berapa jauh. Dan juga bukan di kawasan ceruk =p

Bila dah ada Team Building ni, maknanya saya akan berjauhan dengan Airis untuk beberapa hari. Memandangkan Airis masih lagi fully bf, maka stok susu Airis haruslah mencukupi sepanjang tempoh kami berjauhan *macam nak pegi jauh je kan =p*. Jadi matlamat saya sekarang, buat stok susu sebanyak yang mungkin. Walaupun keperluan Airis tidak sehebat dulu *team building kali pertama*, rasanya biarlah supply melebihi demand.

Stok sekarang ni cukup2 makan je. 2 minggu sudah, saya dah buang lebih kurang 50oz stok susu yang expired. Yang tinggal sekarang ni pun hampir2 expired. Jadi bemula pagi tadi saya dah mula bekalkan Airis dengan stok frozen EBM. Sayang kalau expired, terbuang begitu je. Kalau dulu hasil tuaian banyak, tak berapa nak kisah. Sekarang ni hasil tuaian tak sehebat dulu, kenalah kedekut2 sedikit =)

Stok yang terpaksa dibuang sebab kecuaian sendiri =(

Stok yang masih ada yang mula dibekalkan kepada bs Airis

Kalau untuk buat stok susu, saya lebih prefer gunakan S3. Tapi S3 dilanda sedikit masalah. Bila on, tak terasa sebarang suction. Dah lebih sebulan saya tak gunakan S3dan digantikan dengan Avent Manual. Banyak betul jasa Avent Manual tu.

Jadi saya bawa S3 ke One Baby World di Bandar Tasik Permaisuri. Saya bawa satu set untuk memudahkan pemeriksaan ke atas S3. Senang nak beli spare part, beli yang mana rosak je.

OBW di Bandar Tasik Permaisuri. Kali pertama sampai di sini. Lokasi yang mudah dicari dan juga parking lot yang banyak. 

Orang pun tak ramai. Boleh memilih dengan tenang *dan pose dengan tenang. hehe*

Kak Long tolong ummi memilih =)

Sebelum beli spare part saya adukan dulu masalah berkenaan S3 pada staff OBW. Diperiksanya satu persatu. Finally tahu yang problem tu datangnya dari tube. Maybe tube tu bocor di mana2 kot. Macam tahu2 je saya nak tukar tube sebab sebelum ni pernah dimasuki susu. Rupa tube tu pun dah tak cantik, macam dah kena cacar air rupanya =p

Hasil belian di OBW, tube dan juga filter untuk elakkan susu dari termasuk ke tube. Sebelum ni tak pernah guna, so belajar dari kesilapan. Betullah kata orang, kesilapan tu banyak membantu ^_^

Alang2, tukar valve membrane yang baru yang sekali. Spare part yang didatangkan percuma masa beli S3

Bila dah dipasangkan. Ada yang pasang filter tu di penghujung tube  yang dekat dengan motor, tapi saya prefer pasang di awal tube, yang berdekatan dengan breast shield. Jadi takdelah peluang susu masuk ke tube. Lagipun saya pasang macam gambarajah yang tertera pada kotak filter tu. hehe 

Hasil pertama bersama tube, filter dan valve membrane baru

Peralatan pump pun dah ada, tinggal usaha je untuk mengumpul stok susu. Lepas ni tak boleh da la bermalas-malasan, skip jadual pump. Mudah2an usaha saya ni dipermudahkanNYA =)

Hasil sampingan untuk Airis di OBW. Sapa kata anak lelaki je main2 dengan car ni, anak dara pun boleh juga ^_^

p/s : Susu ibu adalah susu yang terbaik =)

20 March 2013

Percutian 2 Hari 2 Malam

Salam

Dulu sebelum mula berpindah masuk ke rumah PJ, saya dan en. Abg pernah berbincang. Tentang pengurusan masa untuk kedua2 buah rumah. Plan asal, bagi hari bekerja kami akan bermalam di PJ. Dan untuk hari bercuti, kami akan bermalam di BK. Lebih spesifik, hari Jumaat malam Sabtu lepas dah dinner dan siap semua, kami akan bertolak ke BK dan bermalam di sana sehinggalah pagi Isnin. Kiranya dari rumah BK, kami terus hantar Airis ke rumah bs dan terus ke office. Malamnya kami akan tidur di PJ selama seminggu sehinggalah malam Jumaat kami akan balik semula ke BK. Begitulah perancangannya.

Rasanya sudah lebih kurang dua bulan kami pindah masuk ke rumah PJ. Tapi dalam dua bulan inilah juga, plan kami tu tak pernah menjadi. Kadang2 kami balik bermalam di BK cuma semalam, kadang tak bermalam langsung pun. Balik sana hanya untuk mengambil barang keperluan. Sebabnya tiap hujung minggu ada je aktiviti. Kadang2 adik beradik saya datang berkumpul, ada masanya kami keluar atas urusan tertentu. 

Sampailah minggu lepas, akhirnya plan asal terlaksana. Dapatlah jugak kami bertiga berhujung minggu di sana. Percutian 2 hari 2 malam di teratak BK =)

Antara aktiviti sepanjang 2 hari 2 malam hujung minggu lepas


Shopping barang dapur di Giant BK dan pekena nasi kerabu favourite di Old Klang Road Kopitiam.

Baca menu dengan ayah. Ha, nak order apa dik...?

Airis pun makan nasi kerabu jugak tapi takat nasi dan ayam jelah. Budu segala bagai masih belum dibenarkan lagi =p
 
Dinner kali pertama @ Nasi Beriani Batu Pahat.  

Menu en. Abg, Nasi Beriani Ayam. Memang terbaek! Harga pun ok, RM10.80 sepinggan

Milo tabur untuk saya. Tanggapan pertama setelah melihat air ni, sangatlah tak sabar untuk merasa. Tapi rasanya so-so sahaja. Boleh la...

Bawak Airis mandi di swimming pool

Reaksi Airis bila berendam dalam pool. Takut air! Berbeza dengan kali terakhir saya bawa dia  ke swimming pool ni

Lepas 5minit still refused berenggang dari ayah. Macam pelik je sebab kalau kat rumah bila cakap je nak mandi, dialah paling excited masuk ke bilik air. Dengan mulut riuh dia tu.  

Kenalah ayah pujuk2 dulu

Baru ok

Dan dah mula kocak2 air

Sebab turun ke swimming pool pun dah lambat, matahari pun sudah memancarkan sinarnya. Jom kita balik. Next percutian kita datang lagi ye =)

i tak join sekali. Berendam sikit2 je

Hari Ahad, lepas attend kenduri kahwin member office singgah Tesco Ampang



Harga murah sangat sampai budak cashier tu pun terkejut. hehe





Balik semula ke rumah PJ. 

Pondok kecil Airis

Cubaan Amani menggoyang pondok. Jangan dik, pondok ni tak kuat mana. hehe


Tiga saudara =)


p/s : Masa saya kongsikan post ini, ada yang bertanya kolam hotel mana saya jejak. Kat rumah je kak... Rumahku Syurgaku =)


15 March 2013

Breakfast Best Yang Mengancam

Salam

Pagi tadi saya rasa lapar lain macam la. Dalam tren lagi perut dah macam nak berkeroncong. Kenapa eh... Selalu tak macam ni pun...

Baru teringat malam tadi tak makan nasi. Saya cuma makan bihun goreng mak yang sedap tu dalam jam 6ptg. Lepas tu dalam kul 8.30mlm saya goreng sedikit nugget dan fries. 3 4 hari ni teringin makan fries gamaknya. Tu yang mintak en. Abg beli, balik2 rumah je en. Abg minta gorengkan.

Lepas dah habis makan, pukul 10mlm kami tiga beranak terus tidur. Airis yang biasa tidur lewat pun pakat2 tidur sekali. Mana tak laparnya... Selalu lewat malam saya sibuk mengudap itu ini, malam tadi tak. Manalah badan tak mengembang dengan jayanya kan =p

Disebabkan perut hebat berkeroncong, maka dah terbayangkan breakfast yang hebat. 


Tu dia, menimbun nasi lemak. haha. Tapi tak habis tau, siap buat makan lunch. Baguslah tu, pagi petang makan bersantan. huhu

Kombinasi yang sangat perfect. heh!

p/s : Agak2 kalau seminggu berturut2 saya amalkan breakfast macam ni, mesti tak boleh beza mana pinggang mana punggung kan. hahaha

Kembali Bersama

Salam

Setelah menghilang untuk tempoh yang agak lama, akhirnya saya jumpa kembali jam Esprit ni =)

Jam ni salah satu hantaran yang diberikan oleh en. Abg masa kami berkahwin dulu. Tapi entah mana tersalah letak, jam ni missing untuk tempoh yang agak lama. Dalam setahun begitu. huhu

Ada juga saya cari, tapi tak berjumpa. Sampai dah putus harap. Siap bodek en. Abg minta digantikan yang baru lagi ^_^

Tapi minggu lepas masa saya mengemas barang2 lama, tup2 terjumpa balik jam ni. Bila belek2, tengok keadaannya masih lagi tip top. Dan bila dipakai, masih lagi muat. Thanks to emak sebab turunkan genetik kat kami adik beradik pergelangan tangan yang kecil. hehe

Kami sudah bersama semula. Rindu tau =D

p/s : Macam jejak kasih pulak. hehe

06 March 2013

Buah Hati Ummi

Salam

Hari ni rasa lemah semacam. Rasa macam mood pun tak berapa nak mari. Airis dah pindahkan selsema dan batuknya pada saya -_-

Takpelah, biarlah ummi yang terjaga dek sebab batuk di tengah malam atau pun tersedu2 menahan selsema asalkan anak ummi baik2 saja. 

Buah hati ummi, cepat2 sihat ye


p/s : Ummi sayang anak ummi =)

04 March 2013

Delicia Butterscotch

Saya baru tahu tentang kewujudan perisa butterscotch ni. Sangat ketinggalan kan? hahaha

Bila dah dijamah, erm.....acceptable. Kalau sebelum ni saya hanya makan perisa coklat dan reject perisa2 lain, lepas ni mungkin butterscotch boleh jadi alternatif bila perisa coklat kehabisan stok =)