20 March 2013

Percutian 2 Hari 2 Malam

Salam

Dulu sebelum mula berpindah masuk ke rumah PJ, saya dan en. Abg pernah berbincang. Tentang pengurusan masa untuk kedua2 buah rumah. Plan asal, bagi hari bekerja kami akan bermalam di PJ. Dan untuk hari bercuti, kami akan bermalam di BK. Lebih spesifik, hari Jumaat malam Sabtu lepas dah dinner dan siap semua, kami akan bertolak ke BK dan bermalam di sana sehinggalah pagi Isnin. Kiranya dari rumah BK, kami terus hantar Airis ke rumah bs dan terus ke office. Malamnya kami akan tidur di PJ selama seminggu sehinggalah malam Jumaat kami akan balik semula ke BK. Begitulah perancangannya.

Rasanya sudah lebih kurang dua bulan kami pindah masuk ke rumah PJ. Tapi dalam dua bulan inilah juga, plan kami tu tak pernah menjadi. Kadang2 kami balik bermalam di BK cuma semalam, kadang tak bermalam langsung pun. Balik sana hanya untuk mengambil barang keperluan. Sebabnya tiap hujung minggu ada je aktiviti. Kadang2 adik beradik saya datang berkumpul, ada masanya kami keluar atas urusan tertentu. 

Sampailah minggu lepas, akhirnya plan asal terlaksana. Dapatlah jugak kami bertiga berhujung minggu di sana. Percutian 2 hari 2 malam di teratak BK =)

Antara aktiviti sepanjang 2 hari 2 malam hujung minggu lepas


Shopping barang dapur di Giant BK dan pekena nasi kerabu favourite di Old Klang Road Kopitiam.

Baca menu dengan ayah. Ha, nak order apa dik...?

Airis pun makan nasi kerabu jugak tapi takat nasi dan ayam jelah. Budu segala bagai masih belum dibenarkan lagi =p
 
Dinner kali pertama @ Nasi Beriani Batu Pahat.  

Menu en. Abg, Nasi Beriani Ayam. Memang terbaek! Harga pun ok, RM10.80 sepinggan

Milo tabur untuk saya. Tanggapan pertama setelah melihat air ni, sangatlah tak sabar untuk merasa. Tapi rasanya so-so sahaja. Boleh la...

Bawak Airis mandi di swimming pool

Reaksi Airis bila berendam dalam pool. Takut air! Berbeza dengan kali terakhir saya bawa dia  ke swimming pool ni

Lepas 5minit still refused berenggang dari ayah. Macam pelik je sebab kalau kat rumah bila cakap je nak mandi, dialah paling excited masuk ke bilik air. Dengan mulut riuh dia tu.  

Kenalah ayah pujuk2 dulu

Baru ok

Dan dah mula kocak2 air

Sebab turun ke swimming pool pun dah lambat, matahari pun sudah memancarkan sinarnya. Jom kita balik. Next percutian kita datang lagi ye =)

i tak join sekali. Berendam sikit2 je

Hari Ahad, lepas attend kenduri kahwin member office singgah Tesco Ampang



Harga murah sangat sampai budak cashier tu pun terkejut. hehe





Balik semula ke rumah PJ. 

Pondok kecil Airis

Cubaan Amani menggoyang pondok. Jangan dik, pondok ni tak kuat mana. hehe


Tiga saudara =)


p/s : Masa saya kongsikan post ini, ada yang bertanya kolam hotel mana saya jejak. Kat rumah je kak... Rumahku Syurgaku =)


2 comments:

  1. Beli 2 rumah ker? Murah rezeki..rumah BK yg mana..pj yg mana..? Ms husband kt obersea ida ada ckp rumah yg ditinggalkan..so skrg tak dok rumah tu ker? Syiokknyer ada kolam hr2 boleh berendam..

    ReplyDelete
  2. xdelah kak..yang kat pandan jaya tu (PJ) menyewa je. tak mampu nak beli lagi satu. hehe.yg BK tu rumah beli. gilir2 balik dua2 rumah tu..
    jarang pun pi kolam tu kak. ada je hal.malas pun ye.hehe

    ReplyDelete