02 July 2013

Teman Sahur Pagi Tadi

Salam

Hanya tinggal sehari lagi untuk mengganti puasa. Yey!!! 

Ok, sedikit over. Orang lain dah habis ganti pun, saya ni baru terkial-kial nak mengganti pada masa yang nak sampai ke penghujung ni. Jadi saya berazam lepas ni habis je raya akan datang ni, terus nak ganti puasa =p

Pagi tadi saya bersahur seperti biasa. Malam tadi sebelum tidur dah siap2 buat alarm pukul 4.15am dan 4.22am. Memang dah kebiasaan saya sebelum tidur akan buat alarm 2x dan beza setiap waktu tu mesti 7minit. Sebab apa 7 minit ye. Sebab nombor 7 tu nombor favourite en. Abg. Jadi saya pun dah terbiasa dengan angka 7 tu. Bukan jiwang ye. Tapi kalau jiwang dengan suami sendiri pun apa salahnya  kan =D

Biasanya bila bangun sahur ni saya akan pump susu sekali. Samada saya sahur dulu ataupun pump susu dulu, semuanya bergantung pada masa. Kalau saya bangun awal, saya akan pump susu dulu. Kalau bangun agak lewat2, masa yang tinggal pun ngam2 je, saya akan sahur dulu. Kalau saya tidak berpuasa, saya still akan bangun awal dalam pukul 5.30am untuk pump susu. Pump susu tu dah jadi aktiviti wajib di pagi hari.

Pagi tadi masa alarm bunyi Airis tengah menyusu. Dah pasti dia betul2 tidur, pukul 4.30 lepas basuh muka dan gosok gigi saya teruskan dengan misi pump susu. Tak lama lepas tu terdengar suara Airis merengek. Makin lama makin kuat. Lama kelamaan dia mula menangis dan memanggil saya. Mula2 en. Abg tepuk2 badan dia dengan harapan dia tertidur semula tapi rupanya tidak. Jadi pagi tadi dapatlah saya teman sahur =)

Menu sahur pagi tadi. Air milo suam2 yang dikongsi bersama teman sahur. Dan juga nasi impit yang dipadankan bersama daging masak dendeng. Dah macam hidangan raya pulak. hehe

Ini pula teman sahur saya pagi tadi. Dari bangun pagi tadi terus segar bugar sehingga saya  nak pergi kerja tadi

Biasanya lepas sahur tu saya akan baring2 sekejap buat lelap mata 10-15 minit tapi pagi tadi bila dah ada teman sahur yang sibuk ajak bermain ni, terkebil2 la mata saya melayan. Kejap bermain, kejap minta susu. Sampailah saya nak bersiap untuk pergi kerja.


p/s : Sekarang ni bila tengok orang makan tak terliur langsung pun. Agaknya dah tua2 mmang macam ni kot. hehe

No comments:

Post a Comment