11 July 2013

Suprise!!!

Salam

Semalam saya dapat kejutan dari Airis. Kecik2 lagi dah pandai buat suprise =p

Kisahnya bila malam tadi lepas en. Abg pergi je tarawikh *confused tarawikh ke tawarikh akibat penangan upin ipin*, dek sebab mengantuk sangat saya terlelap sekejap. Lena saya tidur tanpa diganggu Airis walaupun hanya sebentar.

Bagus anak ummi ni, dia tahu ummi dia penat. Dia kasi ummi rehat secukupnya. 

Bila bangun dari tidur saya perhatikan sekeliling hall. Takdelah sepah mana pun. Takat lego dia je yang berterabur, yang lain semua ok. Saya pun bangun, kemas2 sikit dan terus cari baju untuk digosok.

Sekali bila nak keluar je dari bilik tu, terkejut besar saya bila memandang ke dinding ruang tamu. Nak tahu apa yang buatkan saya terkejut?

Ni haaa dia... Lukisan cantik Airis di sepanjang dinding yang mebuatkan mata saya terbeliak besar. hahaha

Patutlah dia tak kacau saya tidur tadi. Ini projek dia rupanya... Sabar ajelah ummi ni Airis....

Apalagi, saya teruslah cari pemadam. Nak buat operasi permbersihan sebelum en. Abg balik dan terkejut besar. Mujurnya lukisan cantik Airis ni hanya menggunakan pensil dan colour pencil. Masih boleh dipadam walaupun meninggalkan kesan.

Tapi tak sempat bersihakn semua pun bila en. Abg balik. Jangkaan saya en. Abg terkejut tapi rupa2nya reaksi yang diberikan memang sama sekali tak terjangka.

"Takpelah sayang.. Rumah sewa je pun. Tak lama lagikan kita nak pindah rumah baru. Biarkan je"

Cool je ayah Airis, tak macam ummi yang menggelabah. Yela, kalau conteng dalam bilik takpe jugak. Ni kat ruang tamu, tempat orang bertandang. Dah la nak raya ni... Tapi takpe kot. Sebab selagi menyewa di sini kami amalkan konsep close house. Nanti bila dah berpindah ke home sweet home yang baru, baru kita kasi open =)

Jadi saya terus berhenti dari memadam lukisan Airis. Dah en. Abg bagi green light, saya ikut ajelah kan. Takpelah, at least ada juga kenangan Airis bila kami serahkan kembali rumah ni kepada owner. hehe

Pagi tadi saya dah request kat en. Abg, bilik Airis nanti mahu dicatkan dengan cat yang kalis lukisan. Hanya padam menggunakan air =)

Tepek sekali kueh pra raya. Masuk ni balang ketiga dan keempat dah =p

p/s : Alhamdulillah, rezeki yang tidak sama sekali diduga.

No comments:

Post a Comment