18 June 2015

1 Ramadhan 1436H

As salam dan hai 

Hari ni hari pertama berpuasa untuk tahun 2015. Alhamdulillah, setakat ni masih ok. Takde lagi rasa lapar, tekak pun takat haus2 biasa je. Cumanya mata ni je kuyu semacam, datangkan mengantuk je. Saya perasan simptom mengantuk yang saya kena masa awal2 pregnant dulu datang balik sekarang. Tido sambil duduk pun lena hehe

Pagi tadi sahur bertiga. Dengan Airis sekali bangun bersahur. Terus aktif sampailah nak hantar ke rumah pengasuh. Riuh jugalah pagi tadi dengar celoteh dia yang macam tu2. Airis sekarang ni memang riuh mulut dia. Kadang2 ayat yang keluar dari mulut dia tu sampai tak terjangka dek fikiran. haha

Dan si kecil dalam perut ni alhamdulillah memahami keadaan umminya yang berpuasa. Takde buat gerakan yang kuat melampau, just nice tanda ajak bermain. Tq ye adik, tolong ummi berpuasa. Kalau boleh, adik stay la dalam perut ummi sepanjang Ramadhan ni. Keluar ke dunia bila sampai masanya nanti =) 

Oklah, selamat berpuasa dan berbuka ye korang. Moga Ramadhan kali ni membawa segala nikmat dan keberkatan dalam hidup kita. Amin.


p/s : Sebulan je lagi

16 June 2015

Kisah Ringkas 3 in 1

As salam dan hai

Sedar tak sedar, usia si kecil dalam perut ni dah menghampiri 36 minggu. Maknanya tinggal 4 minggu lagi je sebelum Airis bergelar kakak dan keluarga kecil kami menerima ahli baru =)

Perasaan? Tak dapat digambarkan. Happy, excited, takut semuanya adalah. Happy mestilah sebab nak bertambah ahli keluarga. Takut pulak sebab dah lama berehat panjang. Nak dekat 4 tahun jugaklah. Dah macam nak beranak sulong rasanya. haha

Perancangan Allah tu memang cantik. Alhamdulillah rezeki diberi pada waktu saya dan en. Abg meminta. Mudah2an kami sudah bersedia mental dan fizikal untuk menerima kehadiran orang baru =)

Kalau perasan kali ni saya langsung tak update pasal perkembangan si kecil dalam perut ni. Agak bz mungkin dengan macam2 hal. Tapi sebagaimana saya teruja menanti kehadiran Airis, begitulah perasaan yang saya alami sekarang =)

Masa mula2 disahkan pregnant *selang beberapa hari usia Airis menginjak ke 3 tahun*, saya dan en. Abg sibuk menguruskan kisah pembelian rumah EA. Alhamdulillah, hadirnya si kecil dalam perut ni membawa rezeki. Hasil jual rumah SK, ada untung2 sikit kami ketepikan untuk menambah aset untuk hari tua.

Selesai kisah jual beli, sibuk nak repair rumah EA apa yang patut sebelum disewakan kepada orang. Mujurnya kondisi rumah EA ni masik elok lagi, cuma perlu touch up sikit2 dan cat baru untuk menambah seri. Proses nak cari penyewa pun tak makan masa yang lama. Hari ni iklan, esoknya dah ramai yang merisik khabar. Sudahnya rezeki melekat ke pasangan pengantin baru. Mudah2an berkembang keluarga bila dah duduk situ ye dik. hehe


Habis urusan rumah EA, terus fokus pada urusan rumah BA dan juga persiapan menyambut si kecil ni. Memandangkan ni anak kedua so saya dah tahu step2 persiapan. Dah tahu mana barang patut beli, mana tidak. Mana patut beli dulu, mana beli kemudian. Tak macam anak pertama dulu, pakai redah je. Sudahnya ada barang yang tak terpakai. huhu

Dapat kunci rumah BA setelah 2 tahun menunggu. Tiap kali hujung minggu inilah kerjanya, meninjau keadaan rumah. Dari mula2 nak cari kontraktor sehinggalah sekarang proses renovation dah hampir 80% selesai

Proses pasang plaster ceiling dan cornice


Perempuan dan cermin memang bff. Lepas ni tambah sorang lagi geng cermin. haha



Proses beli perabot mana yang perlu 

Survey perkhidmatan custom made curtain

Untuk bab langsir, dari A to Z semunya kedai langsir yang buat. Dari ambil ukuran, pasangkan rod dan juga langsir bila dah siap nanti. Akak dah sarat dek non, tak larat nak kisahkan benda alah ni.

Sambil tinjau2 progress rumah BA, sambil shopping barang si kecil. Harus diakui bab beli barang2 dan baju baby adalah part yang paling teruja sekali. Walaupun baju Airis dulu masih banyak yang elok sebab pakainya sekejap je, still tak dapat menahan diri dari shopping baju baby yang comel tu. Adik pun nak baju baru kan ^_^

Assistant ummi =)

Nanti boleh tolong ummi jaga adik ye kakak =)

Sampai sini dulu. Ada rezeki dan kesempatan saya mencoret lagi di sini. Doakan semua berjalan lancar ye =)


p/s : Raya ke tak raya eh...

01 April 2015

Setia Ok?

Salam

Hai la blog... Lama sungguh daku tak mencoret kat sini..

Nanti lah ye.. Bila diri ni berkesempatan berjumpa lah kita ye.


Janji setia menunggu tau..? 

^_^


p/s : Penat

09 October 2014

Santai Hujung Minggu : Makan2 & Zoo Negara

Salam dan hai

Minggu Hari Malaysia baru2 ni cuti lama sikit. Hari Malaysia kan jatuh pada hari Selasa, jadi Isnin tu saya n en. Abg pakat ambik cuti sama2. Mulanya malas nak ambil cuti sebab cuti pun dah tinggal berapa hari je. Tapi last minit tukar fikiran. Takat cuti sehari ada apahal. Kalau cuti dah habis nanti, hujung tahun hari2 pergi balik kerja jela. hehe

Pagi Sabtu tu awal2 dah terpacak kat opis. Nak bawak balik barang sikit. Kat opis tu tengah sibuk dengan operasi mengemas. Mana yang rasa tak perlu tu, bawak balik je. Tapi bila dah bawak balik, dah tak reti nak simpan kat mana or nak buat apa. Sudahnya ke laut jugak. huhu



Dah ambil barang2 kat opis, singgah jumpa Kak Izan hantar barang dia. Ingat nak hantar barang terus cau cin cau, tapi tahu jelah bila dah jumpa dia. Sembang kena lama. Mujur lepas tu ada hal, kalau tak rasanya kitorang dah bentang tikar duduk bersila sama2. haha

Lepas tu terus cepat2 balik rumah nak bersiap sebab nak ke kenduri kahwin dan majlis pertunangan bestfriend adik. 

Sakan ummi n anak dara nak makan nasi minyak ^_^


Keje dua beranak dalam kereta. Bertabah je en. Abg =p


Ini memang aksi fav ummi n Airis. haha

Satu keluarga besar kita pergi ke majlis bestfriend adik ni di dewan MPAJ.Bestfriend adik ni pun memang dah biasa sangat keluarga kitorang ni

Wearing MiaBella Dress dari Imaan Boutique. Sangat selesa dan best. Yang penting nursing friendly. Airis nak menyusu banyak kali pun no hal


Untuk outfit Airis, recycle je dress masa resepi Mak Lang awal tahun lepas. Masih muat lagi cumanya kali ni terletak cantik kat badan Airis. Sebelum ni dia pakai ala2 long dress sebab masa tu kecil lagi





Potret bersama pengantin

Congrates Ain dan suami =)





Dari dewan MPAJ bergerak ke Langat menghadiri majlis pertunangan Aishah, juga bestfriend adik. Memang kenyang perut lah akak sekeluarga dik non. Sana makan sini makan kat rumah makan lagi. Nak salahkan sapalah badan mengembang bagai juara. huhu



Ada kambing golek. Akak pun dah pandai makan kambing sekarang ni. Sikit lama lagi mungkin pandai makan sambal belacan kot =p


Ehem2 ^_^


Bulatnya la si Hannah ni

Congrates Aishah. Makan nasi minyak ti jangan lupa jemput Angah ye =)


Hari Ahad duduk rumah je. en. Abg pun keje. Moh le kita kemas rumah Airis

Hari Isnin saya dan en. Abg ambil cuti. Bawa anak dara ni jalan2 pi Zoo Negara 

Amboi bukan main happy ye awak Airis...


Breakfast kat Oldtown dulu

Masuk Zoo dalam pukul 10.30 terus ke tempat Animal Show. 

Dapat duduk port best kat tengah2 sebab datang awal 
    





Layan Animal Show



  





Part ikan ni memang fav Airis. Kalau boleh setiap akuarium tu dia nak tengok




Hari senaman sebab Airis taknak berjalan. Nak berdukung je. Time ni rasa kalau kena beli stroller yang ada aircond bapak mahal pun sanggup asalkan Airis nak duduk dalam stroller. Fuh!

Nasibla ayah Airis gagah dan kuat. Kalau ummi mang tak daya nak dukung lama2


Kita naik tren jelah ye





Turun tren kita jalan2 jap ye nak




Cuak gak masa ni kot ditanduknya kitorang tak ke  jadi sejarah. hahaha

Tengok Panda jom


Ngam2 je kitorang kat pintu, kuota nak tengok Panda dah full. Kenalah tunggu jap dalam 20 minit

Sementara tunggu turn tengok Panda. Duduk sesaje je dalam bilik ni sambil layan slideshow yang tak seberapa,. Ingat adalah pihak Zoo nak explain or bagi apa2 info pasal Panda ni, tapinya nan hado. Nak tahu sejarah, sila cari dan baca sendiri ye 




Reminder di awal pintu masuk. Masuk2 je terasa sejuk je

Jom kita cari Panda kat mana


Sekali Panda tengah tido. Bukan seekor je tido, dua2 pulak tu. Sabar ajelah. huhu











Cantik benor gaya tidonya. haha



Keluar dari tempat Panda, pusing2 balik sambil berjalan ke tempat tunggu tren

Rombongan sekolah. Gigih cikgu2 dorang bawak budak2 dalam panas terik ni



Happy + kepenatan seharian di Zoo Negara


Sampai tertido.. Sebelum balik singgah makan kat kedai Upin Ipin Ampang. 

Tapi Airis bila kata dengar Upin Ipin kan.. Terus bangun

Tah kenapa kali ni rasa makanan semua memang out. Orang pun dah lain..

Hari Malaysia tu berehat kat umah jela. Asik ke sana sini, hari ni berehat sambil kemas2 rumah

Rajin anak ummi. Ringan tulang =)

Layan Zumba bakar lemak2 degil. Semangat wei. haha

Siang dah bakar lemak, malam kita ternak lemak balik kat Burgerbyte Bangi ni =p

Pilihan en. Abg

Untuk Airis tapi alih2 ummi yang makan sebab sedap sangat. Tapi tak habis sebab portion yang besar, tak macam kids menu pun

Menu fav ummi, chicken naked burger. Recommended sangat

4 hari cuti macam2 boleh buat. Yang penting dengan sapa kita luangkan masa tu =)


p/s : Birthday Airis dah dekat