23 December 2013

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Salam

Plan saya hujung minggu sudah nak bawa Airis hirup udara luar. Nak bawa dia berjalan2 tengok pemandangan luar sebab kesian kat Airis terperuk je kat rumah. Selaluya balik kerja, waktu maktu malam rajin juga saya bawa Airis keluar. Kalau tak ke Tesco Ampang, saja naik kereta pusing2 amik angin malam. Kadang2 ngeteh. Saja je nak kasi dia happy sebab seharian duduk di rumah Mama Ina walaupun petang2 tu rajin je Mama Ina bawak dia bersiar2 kat bawah. Tak pun main kat padang.

Tapi last week en. Abg agak bz. Setiap hari balik lambat sebab tengah bz mengemas barang nak berpindah ke tempat kerja baru. Paling awal balik pun dah dekat jam 9mlm. Malas nak kacau dia. Jadi layan Airis main dalam rumah je la.

Cadangnya hari Sabtu tu lepas en. Abg setle hal ambil motor, nak le keluar ke mana2. Dalam fikiran dah terfikir nak bawa Airis ke Zoo Negara memandangkan cuaca pun cantik je. Tapi sampai ke petang terperuk dalam rumah je sebab dua beranak ni marathon tidur bergilir2. huhu. 

Sebab rasa nak keluar berjalan pun dah lambat, jadi en. Abg ajak saya ke taman tasik permaisuri. Berjogging katanya, nak keluarkan peluh. Nak jogging macammana, sport shoes saya tinggalkan di opis lepas join aerobik minggu lepas. Patutnya saya bawa je balik tapi sebab malas nak berangkut2 bagai tiap kali join aerobik, saya tinggal je kat opis. Nampaknya lepas ni saya kena bawak balik la sport shoes tu, mana tahu tiba2 datang angin nak berjogging ke.

Tapi ada hikmah sport shoes tinggal kat opis. Petang tu hujan lebat kat kawasan rumah saya. Takdelah rasa nyesal sangat. hehe

Sudahnya malam tu kami keluar dinner bersama emak ayah kat Santai. Akak order chicken chop. Dalam kata nak diet, siap order Chicken Chop lagi =p

Ingatkan lepas makan tu nak terus balik. Sekali melencong ke Taman Cempaka mencari si raja buah. Airis yang tengah leka menyusu bila saya tanya "nak makan durian tak?" terus bangun dengan cergas. Siap cakap "nak yan mi". Hantu durian betul. hahah


Muka tak sabar nak makan durian nak2 lagi tengok buah durian yang tersusun kat para tu. Tapi tak banyak yang tinggal sebab dah lewat malam. Kedai sebelah tu dalam proses nak tutup kedai pun. Mana taknya pukul 11.30 malam ok. Memang ke laut diet akak. huhu

Muka takde perasaan tapi makan tetap makan. hehe

Sama je dua beranak ni


Sampai ke hidung bagai. Rasanya dalam 3 ulas jugak Airis makan. Saya 2 ulas dah stop, tak larat sebab perut dah penuh. Ulas durian ni pulak besar2, memang kenyangnya la dibuatnya.

Untuk 2 biji durian size besar tu cuma RM40. Berbaloi2 sebab rasanya sedap sangat. Memang terbaiklah.

Esoknya hari Ahad lepas breakfast kat pasar Kampung Pandan, kami ke opis baru en. Abg dulu kat Bangsar South. en. Abg nak usha2 keadaan opis baru sebab minggu ni dah mula kerja kat sana. Ingatkan nak naik ke atas sekali tapi keadaan agak berhabuk. Tak sesuai untuk Airis. Jadi saya n Airis tunggu di bawah je.


Sambil tunggu ayah naik opis jap


Sebijik muncung Mak Usu. hahaha

Cinta hati ummi =)


Suka gambar ni =)

Cantik tempat kerja baru en. Abg ni. Lepas ni bolehla kitorang lepak2 kat sini sementara tunggu en. Abg buat kerja time cuti

Ada je keletah anak dara ni. Seronok =)

Lepas dah setle urusan kat opis baru en. Abg tu kami teruskan perjalanan. Dalam hati masih terfikir2 nak ke mana. Mula2 ingat nak pi Alamanda je cari barang sikit tapi last minit betukar arah. en. Abg ajak tengok rumah lama zaman dia kecil dulu. Jom kita jalan jauh sikit!

Destinasi tak terjangka kami, Felda Sungai Behrang. Yok!

Airis tidur dari mula bergerak sampailah kami nak bergerak balik. Tak dapat ayah nak bercerita kat Airis. Berceritalah sangat =p

Tempat kerja lama FIL yang dah banyak berubah

Rumah lama en. Abg sekeluarga. Dulu kayu je, sekarang dah jadi batu. Lama sangat dah pun.



Balik dari Behrang tu singgah KL Sentral sebab ingat nak makan kat Kelantan Delight, Sooka. Sekali tengok sunyi sepi je. Semua kedai tutup, maybe dorang just bukak hari kerja je kot. Sudahnya kami makan kat Chicken Rice Shop KL Sentral je

Rasanya dah lama betul saya xmakan kat Chicken Rice Shop. Adalah dalam 7 8 tahun kot. Sebenarnya saya kurang minat pada Chicken Rice Shop ni, tak tahu sebab apa. Rasa macam menu kat situ biasa2 je.

Rupa2nya telahan saya salah. Not bad jugak Chicken Rice Shop ni. Sedap, Airis pun makan banyak. Paling sedap menu Nyonya Pai Tee. Dan agak mengejutkan hidangan kat sini murah.

Semua ni hanya RM54.95. Kami ambil set untuk 2 orang dan add on chicken curry. Memang best. Next time kalau tengah window shopping boleh la singgah sini lagi

Dah kenyang perut terus balik rumah la. Plan nak sambung window shopping barang Airis tak kesampaian sebab perut dah full. Mata pun dah mengantuk. Airis pun sudah poo-poo. Jadinya kita balik dan rehat2 kat rumah je la. Rabu nantilah kita shopping barang Airis =)


p/s : Airis sunyi takde kawan. Nenek, atok n Mak Usu pergi berjalan. Jangan lupa ole2 ye ^_^

20 December 2013

Perkembangan Airis @ 2 Tahun 1 Bulan

Salam

Wa... Lamanye menyepi.. Sebulan lebih dah kot. Banyak cerita yang tertinggal.. Cerita raya pun separuh jalan je. hehe. 

Takpela, itu nanti2 kita boleh kongsi. Nak story pasal perkembangan anak dara kenit saya tu. Rasanya dah lama saya tak story mory pasal Airis kan? Last skali pun up post birthday yang cenonet tu.

28 Disember akan datang ni genap Airis 2 tahun 2 bulan. Sebelum cerita lebih, kasi up dulu gambar Airis yang paling latest

Inilah orangnya, pic yang diambil dalam 2 3 hari lepas

Alhamdulillah, menghampiri usia 2 tahun 2 bulan, Airis masih lagi menyusu badan. Makin besar makin kuat menyusu. Tang aksi tu jangan cakaplah. Kejap macam ni, kejap macam tu. Sampai punggung atas muka saya pun pernah. hahaha.

 Saya telah pun berhenti mengepam susu sepenuhnya kira2 tiga minggu lepas, ketika saya mula memperkenalkan susu formula pada Airis. Usaha memperkenalkan Airis dengan susu formula menemui jalan buntu. Kata Mama Ina dia memang ketap mulut habis2an, tiada ruang langsung untuk puting botol susu tu masuk ke dalam mulut. haha. Sudahnya di rumah Mama Ina, saya bekalkan susu kotak ducth lady perisa coklat macam gambar kat bawah ni. Kalau kat rumah memang pulun susu saya habis2an. hehe

Sehari dia minum dalam 2 kotak. Kat rumah Mama Ina ada stok, kat rumah kami pun ada stok. 

Berat terkini Airis dah naik sikit ke 11kg. Hairan juga, bila saya dukung Airis ni terasa semangatnya. Tapi bila timbang tetap 11 kg. Takpelah, biar kecil molek tapi sihat walafiat. Senang ummi n ayah nak dukung kalau Airis tertidur bila berjalan. hehe

Oh ye, anak dara kenit saya ni suka sangat makan durian. Kalau nampak durian, memang mintak la. Pernah satu hari tu dia tibe2 minta durian. Selalunya kat rumah atok tu memang tak pernah putus beli buah durian, selang dua hari mesti ayah saya beli. Tiap2 hari beli pun iye jugak. Tapi hari Airis minta tu, seulas pun takde kat rumah. Bila saya khabarkan keinginan Airis tu, esoknya terus atok import durian dari Kundang. Bukannya sikit2, banyak pulak tu. Dapatlah bagi sikit ke Mama Ina dan keluarga mertua Mama Ina. Atok dan cucu sama je kaki durian. Bukan Airis seorang je, Waiz dengan Amani pun sama gak. Dapat pulak atok yang rajin melayan, apa yang cucu nak semuanya dapat. Seronok la budak2 tu. 

Semalam petang sekali 3 ulas durian Airis makan. Dah la durian tu besar2, kalah dengan ummi yang makan 2 ulas je ^_^

Airis dah boleh mengira 1 sampai 10. Dan juga dah boleh baca doa makan =)

Sekarang ni sibuk suruh saya nyanyi lagu alif baa taa je =)

Kelmarin ketika saya sibuk menggosok baju, Airis bermain di sebelah. Dengar suara dia membebel. Bila diamati, rupanya2 dia tengah baca doa makan. Full pulak tu! Terkejut saya. Plus terharu plus happy. Reaksi ummi tentang Airis memang selalunya emosional, datang dari hati =)

Tapi en. Abg takde masa tu, belum balik kerja. Tak dapatlah dia nak dengar sama. Lepas ni bila nak dengar lagi tak tahulah sebabnya jenis Airis ni bila disuruh baca memang dia tak mahu. Kalau dia nak, dia sendiri akan baca. Nak tungguh saat tu memang jarang la. Selalunya dia banyak lompong2 je sambil ikut saya baca doa. Itu pun tak sempat2 nak amin cepat2. hehe

Percakapan Airis juga semakin jelas walaupun dalam keadaan pelat. Dah boleh buat ayat panjang. Kadang2 tu macam keretapi panjangnya. Dah macam membebel pun iye jugak. haha. Tapi kalau nak dibandingkan antara saya dan en. Abg, rasanya saya lebih cepat tangkap apa yang Airis cakapkan. Bonding ibu dan anak kan.. Lagi2 Airis ni breastfeed sepenuhnya.

Saya akui saya bukanlah orang pertama yang dapat mengesan setiap perkembangan terbaru Airis. Kebanyakannya Mama Ina yang dapat kesan dulu apa skill terbaru Airis. Iyelah, dari pagi ke petang ketika saya mencari rezeki, Airis meluangkan masa bersama Mama Ina. Kalau tak dikhabarkan pada saya, memang saya tak tahu sampailah saya sendiri melihat di depan mata. Saya pun tak expect Mama Ina update segala perkembangan Airis ni, janji dia jaga Airis dengan baik sudah. Saya dapat fokus dan kerja dengan senang hati. 

Hadiah pertama yang Airis dapat bila menginjak ke usia 2 tahun ni, Mama Ina yang bagi. Teddy bear kecil berwarna putih plus kad ucapan kecil dari Nana, anaknya yang bongsu. Yang bila nampak saja Airis, beriye memanggil. Yang cium Airis tanpa henti ketika saya menjemput Airis pulang. Tahun lepas pun teddy bear jugak hadiahnya. Size je yang berubah, tahun ni besar sikit. hehe. Takpe, saya terima apa saja. Niat ikhlas memberi sudah cukup memadai. Tak terbalas dengan jasa menjaga Airis tak kira masa walaupun hari cuti. Tu belum masuk saya balik lambat kalau nenek dan atok Airis takde kat rumah.

Ini pula hadiah belated besday untuk Airis dari ibu Izan, Besarnya mengalahkan tuan punya badan yang comel. hehe. Juga disertakan kad kecil tulisan tangan kakak Najwa yang menyentuh hati. Thanks =)

Dari saya dan en. Abg pula, kami belikan kuda rotan ni untuk Airis. Sebenarnya bukan hadiah birthday pun tapi kebetulan beli dekat dengan tarikh lahir Airis, consider hadiah birhtday la. hehe. Beli ni kat Melaka masa kitorang dinner sama2 di Restoran Parameswara, Umbai. Later saya story pasal makan2 bersama keluarga tu

Tak sabar tunggu bawak balik rumah

Terlalu cepat sangat masa berlalu. Rasa kadang2 macam tak percaya yang anak saya ni dah besar. Rindu rasanya waktu dia baby dulu2. Itu yang dalam tren on the way balik saya selalu layan gambar dan video masa dia kecil2 dulu. Mengimbas kenangan lama katanya =)

Dari segi kesihatan, alhamdulillah sangat memberansangkan. Saya berikan dia QasehGold Junior sebagai makanan tambahan. Serasi nampaknya. Selera makan pun semakin meningkat. Demam pun dah lama tak menyinggah dengan izinNya...

Airis anugerah yang berharga untuk saya. Pengubat duka saya di kala saya memerlukan. Penawar hati saya yang tiada bandingannya. Duka yang datang diganti dengan Airis yang membawa bahagia dalam hati. Mudah2an Airis membesar dengan sihat dan menjadi muslimah yang baik =)


p/s : Apa nak buat weekend ni ye.. Yang pasti nak bawa Airis hirup udara luar. Tapi tak mahu pegi makan2 or ngeteh2 ye. Ummi on diet =p 

28 October 2013

Happy Birthday Nur Airis Afrina!

Salam

Hari ni genap umur Nur Airis Afrina 2 tahun. Happy Birthday Airis! =)

Ummi n ayah xtau nak bagi hadiah apa kat Airis. Airis fikir masak2 dulu pastu bagitau ummi n ayah ye. hahaha

Moga anak ummi membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah dan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin...

Nanti kita cerita perkembangan Airis lagi. Cukup birthday wish buat masa  ni ;)

Ini dia tuan punya badan, si manja ummi dan ayah =)

p/s : Agak2 "adik" tu termasuk dalam wishlist Airis tak? =p

16 October 2013

Family Day @ Sunway Lagoon

Salam

Baru2 ni saya dan Airis join Family Day opis en. Abg. Kalau tahun lepas buat di PJ, kali ni event diadakan di Sunway Lagoon pada hari Sabtu.

Memandangkan hari tu free & easy je, keluar dari rumah pun agak lambat. Biarkan Airis tidur puas2 dulu, nak dekat pukul 10 baru keluar rumah. Lagipun Sunway Lagoon tu bukannya jauh mana kan...

Tahun ni baju tak disediakan. Tak sempat katanya sebab tarikh event telah diawalkan. Saya dan en. Abg sepakat pakai t-shirt hitam tapi untuk anak dara ni kasilah warna lain sikit. Nanti tenggelam gambar =)

Suka dia pakai baju upin ipin ni. Baju tu agak besar sikit jadi saya padankan dengan legging kaler sedondon

Ummi dan Airis =)

Lengang je jalan pagi Sabtu tu

View Sunway Lagoon dari atas. Kami sampai sana dalam pukul 10.15, kena berjalan jauh sikit sebab parking kat Sunway Pyramid. Parking Sunway Lagoon awal2 dah penuh
 
  

Naik escalator yang entah berapa tingkat banyaknya. Last time saya berkunjung ke Sunway Lagoon masa sekolah rendah dulu dalam darjah 6 kot rasanya. Tak pernah ingat pun kena guna escalator ni =p

UEM Family Day. Ramai betul orang

Airis taknak jalan sendiri. Ayah ngan ummi lah gilir2 mendukung. Tapi kebanyakan masa ayahlah yang jadi mangsa. hehe

Game untuk kanak2, isi air dalam botol menggunakan tangan

Fokus pada budak2 yang main game tu ye =p


Untuk breakfast dapat Nasi Lemak dan lunch pulak dapat kfc. Tapi kami tak ambil pun kfc tu sebab balik awal



Seronok tengok dorang ni main. Excited =)

 



Emcee untuk hari tu, Farouk Hussin dan Sharifah Shahira


Satu cup RM6 kongsi 3 beranak. hahaha

Jalan2 pusing Sunway Lagoon



Asyik tengok orang mandi manda. Sorry la ye Airis, memang sengaja taknak libatkan Airis dengan permainan air or mandi2 sebab orangnya ramai sangat. 




Marah sebab tak dapat turun bawah. hehe

Bila kasi turun je, terus pecut ke kolam. hehe


Main tepi2 kolam je. Jadilah nak bagi dia merasakan =)


Agak2 dah habis pusing dalam 1jam setengah, kami bertukar arah ke Sunway Pyramid. Nak isi perut sambil2 cuci mata

Bagi dia main puas2 dulu


Dah makin lasak anak dara ni



Menjamu selera di SR

Fav cake Airis bila singgah di SR. Tiap kali masuk SR mesti belikan cake ni untuk Airis