15 February 2013

Menghampiri 1 Tahun 4 Bulan

Salam

Sedar tak sedar hujung bulan ni Airis dah pun berusia 1 tahun 4 bulan. Memang tak terasa masa berlalu, tau2 je bila orang tanya berapa umur Airis, dah nak masuk 1 tahun 4 bulan anak dara saya ni =)

Alhamdulillah, Airis sihat dan baik2 saja. Sebelum ni ketika melepasi usia setahun, Airis sering disapa masalah kesihatan. Demam dan selsema sering menyinggah. Tapi dalam dua tiga bulan ni, kesihatan Airis baik sekali. Mungkin juga antibodinya semakin kuat. Mudah2an terus sihat ye nak =)

Perkembangan Airis dengan sebelum2 ni tak banyak bezanya. Cuma mulut anak dara ni semakin riuh. Banyak cakap tak seperti saya di waktu kecil. Itu yang dikhabarkan nenek Airis. Takpela, biarlah Airis ikut sifat nenek yang ramah tamah tu. hehe

Sebutan Airis juga semakin clear. Dia dah boleh ikut dan sebut word yang saya cakap dan ajarkan pada dia.  Word2 yang meniti di bibir Airis sekarang,

Enek- Nenek
Nak cu - Nak susu
Atu - Satu
Apat - Empat
Ima - Lima
Acut - Kasut
Epeshhh - Pampers (dalam nada berbisik untuk bunyikan huruf s tu)
Awak - Awak

Dan banyak lagi word2 yang keluar dari mulut comel dia tu. Cumanya dia masih tak boleh ikut sebutan alif baa taa yang saya ajarkan. Takpela, learning proses haruslah perlahan-lahan kan =)

Ini aktiviti Airis dua hari yang lalu, jam 12.30tgh mlm. Masih kekal aktif untuk bermain. Mujurnya saya masih belum mengantuk, jadi bolehla temankan dia bermain. Sempat snap beberapa foto Airis yang leka bermain




Katanya anak dara, haruslah ada mainan masak2 kan.  Sebab Airis suka sangat main senduk sudip segala bagai di rumah nenek, belikan dia mainan ni. Tapi sizenya kecil sangat la, tak jumpa yang besar. 





Yang bagusnya Airis ni, lepas main dia akan kemaskan semula. Bagus anak ummi =)



Yey! Dah siap kemas. Good job sayang! Tq =)

p/s : Dua rumah, mainan pun harus bertambah ^_^

06 February 2013

Aktiviti Keluarga : BBQ @ Senawang

Salam

Hari Ahad baru ni kami sekeluarga berkumpul di Senawang. Ada makan2 sikit di rumah Along. Ingatkan nak bermalam di sana je tapi tak berkesempatan disebabkan banyak urusan berkenaan rumah bujang yang harus diselesaikan.

Otw to Senawang, singgah Tesco kejap tunggu en. Abg beli buah tembikai






Inilah agenda utama kami ke sini. Tuan puan rumah offer nak buat BBQ =)





Tumpang posing je. haha






Apakah ini? Kenalah tunggu hasilnya bila dah siap nanti =)

Cam bz sangat je puan rumah ni kan. hehe

Muka hepy sebab asyik kenakan saya. huhu

Hobi baru, suka sarung selipar. Pantang jumpa selipar, entah sapa2 punya besar ke kecik semua nak disarungnya. Kali ni selipar saya yang menjadi mangsa


Satu lagi aktiviti yang tak dapat nak dibuat di rumah, turun naik tangga. Mujurlah rumah saya  tu apartment, kalau double story memang tak larat hari2 nak kejar dia naik turun tangga ni. Letih oiiii...


Main sorang2 sebab abg Waiz tidur

Menu BBQ yang membuka selera

Ayam BBQ

Mashed potato oleh abg ipar. Serius sangat sedap. Yang ni memang kitorang request sempena BBQ ni. Terbaik!

Macaroni cheese oleh Along.  Sedap! Hebat kakak i =D

Petangnya rehat2 santai sambil tengok BIL2 main layang2


Adik beradik yang dah comot2. haha



Kenapalah budak ni comel and montel sangatkan. Rasa nak gigit2 je ^_^


BIL dah mula turunkan layang2, dah nak Maghrib

p/s : Tq Along dan abg Shamin sebab menjamu kitorang makan. Lepas CNY ti, i jamu makan kek 29tingkat ye. hahaha

05 February 2013

Majlis Adik - Bertandang

Salam

Majlis bertandang adik diadakan seminggu selepas majlis belah kami diadakan. Kali ni kami tak travel jauh pun memandangkan besan mak ayah saya ni duduknya di Langat je. Tak sampai sejam dah sampai.

Pukul 12tgh kami dah berkumpul di Pandan Jaya. Sebelum ke rumah pengantin, kami singgah dulu di Hotel De Palma Ampang, tempat adik dan suami bersiap sebelum bertolak ke Langat. Mujur kami bertolak awal sebab keadaan trafik di Ampang tak berapa lancar. Sampai rumah pihak lelaki pun ngam2 je seperti yang dirancang







  









Keluarga bs. Sorryla pic background lori je. Nak berlindung dari terik matahari katanya. hehe


Beautiful bride

Adik2 saya =)




Anak dara ni bantai tidur tanpa hiraukan kebisingan di sekeliling










Adorable Amani



Thankx to Angah dan keluarga yang sudi datang.  Senyap2 je datang tau2 dah terpacak tepi khemah. hehe

Minta en. Abg ambilkan aiskrim. hehe



Masih mengekalkan busana songket. Walaupun simple tetap nampak manis dan menarik. Tradisional itu tidak pernah lapuk  ditelan zaman =)




Otw balik, ini budak pun sudah kusut masaii

Doorgift dari belah lelaki.

p/s : Pengantin tengah berhoneymoon di Bali sekarang ni. Jangan lupa beli souvenier untuk i ye =D