18 January 2012

Welcome Cik S!

Salam


Sweetheart baru di dalam hati :)



2 in 1 punya gift. TQ en. Abg :)


Mula2 terfikir utk ambil BB tapi since BB ni kualiti gambar tak berapa nak memuaskan, saya pilih Samsung. Function lain saya xberapa nak kisah but since saya suka berblog dan sebelum ni Cik N memainkan peranan dengan jayanya, saya rasa Cik S yang baru ni dapat menyambung keje Cik N yang lama. Nak beli kamera hebat, takde kemampuan. Kalau ada kemampuan pun rasa macam payah je nak bawak ke sana sini. Kalau pakai hp, xdelah segedabak manakan. Boleh curi2 snap b4 makan pizza. Tapi kalau dah kamera sebesar2 alam tu, kang orang kata i ni batak xpenah makan pizza pulak. huhu


Masih sayang pada Cik N pemberian ayah. Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam manakan. Apa2pun saya tetap sayang Cik N sangat2 :)



p/s : apa nak bagi kat en. Abg pulak ek...

16 January 2012

2 Tahun Yang Indah

Salam


16 Jan 2012, genap 2 tahun menjadi isteri kepada en. Abg. Alhamdulillah :)

Ulangtahun tidak dirai secara hebat. Sekadar makan berdua di rumah. Itu pun setelah menidurkan Airis lebih cepat dari waktu biasa. Mujur Airis faham. hehe


Simple. Tapi penuh bermakna. TQ sayang :)









Dan ini, hadiah untuk kami berdua :)




2 tahun yang manis ditambah dengan kehadiran si bam2 yang menghiburkan. Mudah2an kekal jodoh ni sehingga ke hujung nyawa. Love u so much sayang :)


p/s : Masih dapat bunga :)

14 January 2012

Tentang Airis

Salam


Diam tak diam hari ni usia Airis dah mencecah 79 hari. Lebih kurang 2 bulan setengah la. Dan selama itu jugaklah saya asyik bergumbira menikmati tempoh cuti panjang yang hanya tinggal beberapa hari lagi. 2 minggu lagi sebelum meninggalkan Airis bersama pengasuh dan memulakan kembali langkah mencari rezeki.


2 bulan setengah yang sarat dengan momen2 manis yang didatangkan dalam pelbagai keadaan. Dari hari pertama Airis dilahirkan sehinggalah ke saat ini, saya masih belajar. Belajar untuk mengenali sifat dan lumrah Airis yang sentiasa berubah-ubah. Hari ni Airis macam ni ragamnya, hari esok lain pula ragamnya. Tapi ragam Airis pun setakat ragam biasa je. Bukan salah Airis, salah saya sebab masih kekurangan ilmu untuk menjaga si anak. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar insan2 terdekat, saya belajar untuk menangani sebarang situasi. Terima kasih semua :)


Banyak perubahan Airis yang berlaku depan mata saya. Setiap hari saya meneroka perubahan Airis. Sedang asyik bermain dengan Airis, disajikan saya dengan skill baru yang membuat saya tersenyum. Tak kira apa saja yang Airis buat walaupun bagi sesetengah orang hal yang remeh, bagi saya itu satu kemajuan. Sebab hari2 saya menatap dan membelai Airis, hanya saya yang lebih mengetahui.


Airis sekarang suka sangat hisap tangan. Digenggam tangan, lalu disua ke dalam mulut dan dihisap. Begitu asyik sampai berdecap2 bunyinya. Tak dapat tangan, dihisapnya bahu saya ketika didukung sampai basah baju. Tau2 je dah basah baju ni :)


Waktu paling ceria Airis masa bangun tidur lagi2 bangun tidur pagi. Bukan main ligat lagi kaki dan tangan dia. Kalau ditegur, disahutnya dalam bahasa dia. Saya pun balas je la dalam bahasa dia. Apalagi, tersengih2 la dia. Tiap kali en. Abg memberi salam masa bagun tidur pagi dan bila pulang dari keje, bukan main meleret lagi senyum dia. Hai la anak ummi...


Sekarang Airis dah boleh terima susu botol. Kalau dulu bukan main meraung dia menolak botol tu, sekarang dah boleh berkompromi da. hehe. Tapi minumnya xsekerap menyusu badan la. Takpela, janji nak kan. Saya terbaca satu post di blog Cikgu Azleen, anak2 kita ni bijak apabila menolak susu yang diberikan melalui botol. Sebab dia tau bezakan mana yang ori dan x ori. Yela, sehebat dan secanggih mana pun puting yang direka tu, takkan sesekali dapat menyerupai puting susu ibu yang sebenar. Dan pada saya susu botol takkan memberi feel yang sama. Cuba tengok reaksi anak kita kalau menyusu, compare dengan hisap botol, kan beza tu. Airis kalau menyusu muka feeling semacam je. hehe


Airis xmenangis kalau mandi. Lagi suka adalah. Maybe dia rasa mandi tu segar je. Tapi waktu nak pakaikan baju, yang ni mula menguji skill saya. hehe. Time tu la dia isap tangan, time tu la nak tendang2, time tula nak menggeliat dan time tu la dia nak angkat kepala. Oh ye, Airis dah boleh angkat kepala lama nak2 time saya pangku dia masa menyuso botol. Dah macam bentuk udang badan dia.hehe


Masa cucuk 2bulan tu, berat Airis dah mencecah 5.6kg, Tinggi dah 58.5cm. Alhamdulillah, lepas cucuk tu Airis tak demam. Menangis pun masa masuk jarum je. Lepas tu dah cool balik kecuali masa part nak bagi dia minum susu botol dia tu.hehe. Sebelum cucuk tu, sempat lagi dia main sengih2 dengan doctor. Anak ummi ni tak takut jarum ke. Macam ummi ni =p


Airis dah boleh tendang toys2 yang bergantung kat playmat dia!!! Yang ni baru je saya nampak tadi. Sebelum ni takat pukul2 pakai tangan je, sekarang dah boleh kick toys2 tu. Gud job sayang!


p/s : Tempoh 2 bulan setengah ni berlalu dengan pantas. Lepas ni bila berada di ofis mesti saya rindukan Airis. Takpela, ummi cari rezeki sayang :)

12 January 2012

Untuk Semua

"Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, beerti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu beerti hatinya mati - Saidina Ali bin Abu Talib"



Moga kita tidak tergolong dalam golongan ni. Amin.

08 January 2012

Nak Ke Taknak Eh

Salam


Cik Nokia buat hal lagi =(


en. Abg dah buat tawaran penggantian. Mau diterima atau ditolak tawaran beliau tu?


Kalau diganti, belum pasti apa yang berkenan di hati. Mau bergandingan BB en. Abg atau sekadar ada2 sahaja. Boleh call in & out dan bersms.


Hmmm....... Nak ke taknak eh...


05 January 2012

E-Day

Salam


Akhirnya dapat jugak completekan story E-day Izan ni. Setelah didraft berhari2. Lets pictas do da talking ok :)


Pagi2 hari bertolak ke Seremban. Dah ada si kecil ni, maka kedudukan sudah bertukar ke belakang. Tinggal la en. Abg sorang2 kat depan. Tolong drive elok2 ye. Ingat orang tersayang kat blakang u ni. hehe




Chinta hati yang baru. Yang lama juga masih chinta hati selamanya. Ummi love Airis soooooooooooooooooo much. Muahhh!!! :)






Sampai2 je lepas salam ngan atok Airis terus terjah masuk rumah nak tengok pelamin. Fuh! Macam pelamin nikah dah ni. Tinggal salam tok kadi je.hehe. Sangat puas hati, sentuhan aunt Sofie memang memikat hati. Combination colour yang sangat sweet. 3 beradik dengan aunt Sofie, berbaloi-baloi ^_^




Catering from Seremban





Abg Waiz pun sayang Airis




Kitorang sepupu :)






Hantaran yg sangat sweet gubahan aunt Sofie from her






Siring junjung & coklat




Buah2an & sejadah




Kek






Sebelum tu, i rasmi dulu pelamin ni. Nak jugak tumpang glamor tu. hehe





Dengan en. Abg pulak. Airis tido time ni, so xdapat join sama. Bagi peluang ummi & ayah berdua2an. hehe






Da bangun pun anak ummi ni...





Ummi, ayah & Airis




Dah tukar baju. Thanks Mak Lang. Cantik dress ni :)







Buah hati ummi & ayah





B4 majlis





Airis & Mak Long Anis





All from her




Memang memikat hati. Harga pun memikat hati jugak. hehe





Masa majlis berjalan





Jurucakap pihak kitorang mestilah Pak Long. My en. Abg dan BIL pun ada skali. Nak terima biras baru kan. hehe





Sesi sarung cincin. Sangat sweet. Adikku sudah menjadi tunangan orang. Sedihnya nak melepas dikau pergi. haha.





Ole2 utk tetamu





Digandingkan dengan bahulu ikan yang teramat lembut tu. Serius, memang sedap. Plan nak jadikan kueh raya this year. hehe





My beautiful sister on her E-day. Congrates Izan :)





All from him







Cepat2 kawen. Tak sabar i nak makan nasi mintak u olls. hehe




Kesayangan2 hati






Dengan si bam2 chumel :)








Izan n bakal ipar2nya.hehe





Anak ayah :)






Ececehhhh... Kunun2 rajin la tu =p





Angah & alang





Baju dia sangat cantik. Lagi2 tang kain dia. Kalau kurus kan best, boleh pinjam. hehe. Nak kurus mana lagi ye tak kalau dah sah2 dah ada si Airis tu. Janji perut tetap mantain, xmacam mengandung 3 bulan. Ouchhh!!!



Apa2 pun majlis dah selamat berlangsung. Congrates to Izan & Pami. Moga semuanya berjalan lancar sehingga diijabkabul nanti. Love u sis! :)



p/s : Ayoy xde sebab tgh ada final exam. Gud luck Ayoy :)

01 January 2012

Hari Pertama Tahun Baru

Salam


Slamat Tahun Baru smua! :)


Hari ni 1st time bawak Airis kluar berjalan2. Slalunya sebelum ni keluar bertujuan. Tak check up ummi, kluar sebab check up Airis. Kali ni ummi bawak Airis jalan2 gi Seremban tengok Mak Lang bertunang. Tak lama lagi Airis nak dapat Pak Lang ^_^


Kali pertama Airis pi umah Pak Long & Mak Long Anis. Lepas ni xtau sempat sampai ke tak lagi. Dorang kan nak pindah rumah baru. Ke nak tolong Pak Long & Mak Long Anis berkemas? hehe


Mak Lang pun dah selamat bertunang. Kesian Mak Usu tak dapat join sama sebab dah nak exam. Takleh kacau Mak Usu, biar dia study dan score. Gud Luck Mak Usu. Nanti Mak Lang kawen kita pastikan Mak Usu ada ye. Ditambah sorang lagi penyeri, baby baru Mak Long Anis. InsyaAllah :)


p/s : Congrates to Izan n Pami 4 ur engagement. Will story later. Adios!