20 November 2010

Wedding Fitri

Salam

Bila mula cuti sekolah je, maka musim orang kawen pun start la. Alhamdulillah, jemputan yang saya terima tidaklah sekencang mana. Hanya 2 3 majlis setakat ini. InsyaAllah kalau takde aral melintang, dapatla hadir semuanya.

Masa kat Matrik KTT dulu, saya n Fitri ni satu rumah. Lepas abis matrik adalah sekali dua kitorang budak2 umah saja kuar sama2. Tapi lepas tu da jarang contact, kecuali ngan Uji sebab rumah kitorang dekat. U pun sama tapi course lain2.
Tup2 bila opis saya pindah Perkim ni, terjumpa balik si Fitri ni. Rupanya kitorang keje sama bangunan. Saya tingkat 7, dia lak tingkat lebih atas..
Dia wat majlis kat Dewan TTDI. Macam biasa la, bila PJJ ni memang jarang sangat dapat pi wedding kengkawan ngan en. Abg. Jadi saya bawak Izan, yang sentiasa rela temankan saya kalau pegi majlis2 camni.



Bila Izan kata candid time inilah reaksi candid yang terhasil. Nampak garang sungguh muka aku. haha


Hadiah utk Pn. Fitri dan suami. Macam biasalah, drama sebabak sebelum menghadiri wedding. Kelam kabut mencari hadiah kat JJ Maluri. Bila dalam kete Izan tegur napa letak ribbon warna biru sedangkan wrapper warna pink. Aha ek? Kenapa ye? Sbb ribbon tu free kot. Jadi dorang tibai jela nak letak kaler apa. muehehehe...



Jom tengok apa saya tulis utk dia. Seringkas yang mungkin. Izan kata make it short. Yang pentingnya niat dalam hati kite. Orang dirikan masjid, kite doakan yang terbaik.

Berat gak hadiah tu. Lupa hari tu Hari Sabtu. JJ tak provide plastic bag. Tapi kalau provide pun, tak kan nak hangkut dengan plastic beg bagai kan.

Sepatutnya gambar ni berada di atas. Tapi tersalah susun masa upload gambar. hehe. Otw nak cari dewan. Alhamdulillah tak sesat since Izan agak familiar tempat ni.
Suka ngan fresh flower kat kaki Arch tu. Nampak rimbun, tak nampak kosong.

Flower kat table pun nice jugak

Bersama ngan Cik Sai yang nak kawen Mac nanti. Cepat2 kawen wei, tak sabar aku nak merenjis kat ko nanti =p

Pengantin pun sampai. Tak sempat melambai ke Fit, sbb rombongan pihak suami dia ramai yang mengikut.

Uniform team kompang dia sangat menarik perhatian saya. Nampak tradisional dengan baju melayu. Nampak gagah jugak mungkin :)

Masa mula2 masuk dewan, dengar bunyi gamelan. Sangat sweet. Dulu masa kawen, saya pun teringin orang mainkan gamelan sebegini. Sebab feel dia semacam, ala2 romantik tradisional. Saya kan suka yang ala2 kemelayuan. Tapi sebab bajet tak berapa nak cukup, jadi terpaksa korbankan keinginan yang satu ni. Prinsip saya belanja di bawah bajet adalah keutamaan, baru turutkan keinginan.

Nice pelamin. Before balik saya ke tepi pelamin. Nak tunjuk muka n lambai kat pengantin. Tapi Fit tak nampak saya la plak. Maybe kedudukan dia yang tinggi kat atas stage tu buatkan dia tak nampak saya kat bawah. Agak frust jugak. Telahan saya, pelamin yang tinggi membataskan penglihatan pengantin. Betol ke?

Suka dengan deco meja beradap dia. Simple tapi sweet n nice.

Cik Sai n tunang. Amboi, baju sedondon nampak :)

Ini la co-pilot yang sangat membantu.

Puas hati perut kenyang.

Lepas ni majlis Sue kat Shah Alam. Harap2 dapat jumpa ramai kawan2 kat sana. Rindunya zaman blaja :)

18 November 2010

Cari Makan Di Malam Raya

Salam

Semalam mak masak ringkas2 saja, rendang ayam dan kari tulang. Lawan pulak dengan nasi impit dengan lemang. Memang mengantuk je rasa. Petang tu ayah cakap nak ajak dinner kat luar. Saja nak berubah rasa tekak. Mana larat asik mengulang lauk yang sama. Jemu.

Jadi, lepas Maghrib siap2 terus keluar. Hajat di hati nak makan kat Santai Bandar Tun Razak tu aje. Tapi dari jauh tengok gelap je. Tutup rupanya. Bukan lupa sambutan raya tapi sekadar mencuba nasib. Bila tengok Santai tutup, pusing2 la area Bandar Tun Razak tu. Hampa. Semuanya tutup kecuali ada satu kedai tu. Tapi mak tak bekenan, so sambungla aktiviti tawaf.

Dari Bandar Tun Razak ke Jalan Pahang, kot2 la Haslam bukak ke. Still hampa sebab Haslam pun tutup. So last choice pi area Kampung Baru. Adalah jumpe 2 buah kedai ni. Satu masak2 biasa satu lagi Western. Kitorang pilih yang masak biasa tu. Tapi duduk tak sampai 10minit, kitorang chaw sbb tengok ada 4 5 group air pun tak sampai. Kalau tunggu gak, alamatnya 2 3 jam nanti baru dapat makan gamaknya.

Pusing2 punya pusing kat depan The Mall, tibe2 ayah terus masuk parking Seri Pacific. Aik??? Mujur masa kuar tadi sarung jeans *TQ ayoy sbb advice tu. hehe* So, dengan senang hatinya mencari kafe. Memang da lapar gile time tu, rasa perut ni da masuk angin.

Welcome tu Zende Cafe. Kitorang pilih zone Non Smoking.



Saya senang je, terus order Nasi Goreng Kampung. Ketepikan menu glamor yang berbelit nak menyebut tu. Kata pun da lapar, memang cari nasi ajelah. Ayah pun amik menu yang sama. Ayoy plak pilih soto. Izan? Dia memilih sikit punya la lama. Tup2 pilih menu sama ngan saya. Cet!





Tak ramai orang. Yang ada pun pak2 arab je. Orang lain raya makan kat umah. Kitorang yang sibuk2 nak makan luar :)



Gambar dorang sebegini mesti ada =p



Still pilih mineral water. Baik utk kesihatan ^_^



Soto Ayoy. Sedap but kurang pedas.



Mine, Nasi Goreng kampung. Sedap. Complete dengan ayam, sate, udang sambal, papadom, sup n kerabu mangga. Nyum2!



Dessert. Ini pun sangat sedap. Combination eskrim, brownies cake n berry. Yummy2!



Lepas balik dari Pacific tu, singgah umah Pak Long. Macam2 ada. Ada sup tulang fresh, kuah kacang, laksa johor, rendang daging, rendang ayam n kueh apam gula hangus. Semua nampak sedap tapi perut ni dah gila penuh. So tengok jela. Tapi sempat makan 3 4 bijik kueh apam buatan Kak Ayu. Sedaplah plak. Bolehla mintak resipi yang entah bila nak buat. hehe

Terima kasih ayah. Terima kasih mak. Along, kite pi next time suh Izan belanja =p

p/s : Jom bercuti kat Langkawi!

17 November 2010

Multipurpose Dress

Salam

Raya Haji ni tak ke mana. Duduk2 di rumah saje sambil intai FB kengkawan yang baru married. Saya heart satu dress kawan ni. Terus mintak izin utk post di sini. Hopefully masa Sue baca komen tu, dia sudi membenarkan :)

Fyi, baju ni boleh dikatekan multipurpose. Nak buat dinner boleh. Nak bawak gi raya boleh. Nak pakai masa preggy pun boleh. Sangat multipurpose bukan?

Kawan saya ni kecik molek je orangnya. But dress ni masih sedap dipandang pada dia. Kalau kena gaya, nampak tinggi n sweet.

Rupanya buat di Medan Mara. Dekat ajelah kalau teringin mencube. Tapi kejadah apa kalau tetibe tempah baju macam ni kan? =p



p/s : Bila la nak guna baju tunang n nikah tu. Simpan dalam gerobok utk anak cucu jela :(

16 November 2010

Terima Kasih

Salam

Tadi masa nak naik lrt balik ke umah, ada sorang budak laki tanya saya. Kalau nak pi Bukit Jalil, kena amik tren mana?

Bila saya jawab je, tren pun sampai. Dia pun rushing nak naik tren tu. Tapi before tu dia sempat cakap dengan kuat "TERIMA KASIH KAK". Mungkin untuk make sure saya dengar dalam keadaan yang bising tu.

Saya senyum sambil angguk. Jawab "SAMA-SAMA" dalam hati

TERIMA KASIH kamu sangat bermakna buat saya. Setidaknya saya tahu luaran kamu tak menggambarkan dalaman kamu. Setidaknya saya tahu, bukan sukar utk berterima kasih kpd seseorang. Dan setidaknya kamu akan mengingatkan saya utk berterima kasih kpd orang lain.

Terima kasih dik. Kamu ceriakan hari saya. Bukan benda besar pun yang kamu buat, tapi cukup buat saya rasa dihargai.

p/s : Cume 2 perkataan shj.

Idaman Kalbu

Salam

Bila di telek2, design lebih kurang sama. en. Abg, boleh bikin rumah kite sebegini? Kalau tak dapat sebijik sama, lebih kurang sama pun jadilah ^_^







p/s : Tabung ayam manalah nak korek utk realisasikan impian ni =p

15 November 2010

Al-Khawarizmi

Salam

Ini gambar2 ketika bermain Bola Tampar pada hari Sabtu lepas. Baru hari ni berkesempatan utk upload.

Di pagi harinya. Dengan rasa hepy dan berlagaknya tanpa sebarang warm up terus masuk padang lagak orang yang hebat =p



Game pertama. Prestasi? Sangat hancus! Buat gelak je kalau ingat2 balik. hehe




Ini namanya gelak besar cover macho bile teknik served bola berada di tahap zero





Ketika diberi arahan oleh Wawa utk menjaga garisan. huhu



Abis semua game pun sudah tengahari. Ketika matahari betol2 di atas kepala dan bahang sedang elok membakar kulit dan lemak2. Lepas abis turn kitorang, sempat tengok Kak izan n Wawa main badminton. Satu game sahaja, sebab mengejar masa mau pulang.



Gaya mereka yang menang :)



p/s : Seronok jugak bermain Bola tampar ni. Next time nak try join lagi :)

13 November 2010

Yey! Kami Menang!

Salam

Sebelum crita lebih, nak lompat bintang sambil jerit Yey! Kami menang! =p

Kami menang besar masa main Bola Tampar tadi :)

Tangan sakit, sedikit kebiruan bengkak. Memang bukan bidang kite kan, pakai cube2 je. Ok lah kot...

Awal bulan Dis nanti ada Bola Jaring plak. Tak sabar pulak rasanya. Harap2 mampu mengulangi momen manis tadi :)

Sat gi nak pi makan sate. Bolehkah dikatakan sebagai reward? hehe

p/s : Ingat nak turun tengok dorang main bowling esok kat Mines, tapi tak tau jadi ke tak.