20 September 2010

Dating Hari Ahad

Salam

Ahad lepas dating ngan en. Abg. Sempat jugak akhirnya kitorang curik2 masa kuar jalan sama2. Bukan apa, ejak en. Abg lik ni masa terlalu padat. Dia balik pun da hujung2 posa. Lepas tu masuk raya lak, memang xde ruang langsung la nak spend masa berdua sama2. Lepas da pusing beraya ni la, baru ada ruang skit kitorang nak relax2.

Akhirnya sampai jugak kitorang kat IKEA. Da lama plan nak pi IKEA ni, sejak dari awal kawen dulu. Nak cari barang2 yang sesuai utk umah, tapi selalu je xde masa. So ahad lepas dapat la kitorang gi sana. Xdelah nak beli barang banyak sgt, saja nak cuci2 mata amik idea nak deco rumah. Da ujung2 bulan ni, nak2 lagi raya poket pun suam2 kuku je =p

Rumah kitorang ni dgn IKEA xdelah jauh sgt. Setengah jam da sampai. Alhamdulillah kejap je da dapat parking. So bila da sampai tu, pusing2 cuci mata cari apa yang berkenan n perlu. Pegi pun weekend, sah2 la ramai orang. Xdapat nak menelek betol2. Dalam 2 jam da abis pusing cari barang. Kalau ikutkan nak beli 2 barang je, buat lastly terlebih beli sudah. Xpela, barang2 tu memang praktikal pun kalau ada kat umah.

en. Abg ngah cari meja putih yang dia nak beli tu. White colour, buat tempat letak laptop kalau nak buat keje. Cuti pun macam xcuti je beliau ni. Tong sampah tu ingat nak amik kaler merah je but en. Abg cam xberapa rela je. Merah sangat Mak Ngah =p


Lepas tu pusing2 IKANO jap. Perut pon da lapar, singgah la satu kedai masakan Siam ni. Nama apa tah, xingat la plak. Saya try yang bawah ni. Nama dia Stir-Fried Mee with Egg n Prawn. Dia lebih kurang mee goreng je tapi mee dia tu cam kueh teow n liat skit. Sedap. Licin la pinggan.hehe

en. Abg lak makan yang ni. Nama dia xingat la plak tapi yang bebenornya bihun tomyam je pun. Namanya je gah sampai payah nak mengingat. Yang ni pun best gak tapi banyak sgt kuahnya.

Lepas balik dari IKANO tu kitorang singgah IOI Mall jap, nak beli tiket wayang. Mula2 ingat nak tengok Avatar yang baru tu but baru tau dia limited time only. So decide punya decide, beli la tiket Piranha. Amik kul 9 punya. Takat umah nak ke IOI 15 minit je da sampai.

Malam tu sampai kat IOI dalam kul 8.15. Lepak kat A&W dulu sementara nak tunggu kul 9. Tengok, keje lagi. Udah2 le tu bang oi...

Keje yang xpenah sudah T_T

Poster citer yang kitorang tengok tu. Xdela best mana pun. Over sgt je cara dia nak wat citer tu scary. Xpela, Khamis nanti pilih citer yang best2 la..Tapi kalau xtengok lagi mana nak tau best ke x, ye x?


Lepas abis tengok wayang tu, rasa lapar lak. Cakap kat en. Abg teringin makan KFC. Malam2 makan KFC, patutla makin membulat badan ni. Bagus sangat la tu =p

p/s : Lepas da kenyang mengadap KFC, apa lagi..Balik umah la..Fuh! Senak perot dibuatnya. hehe. Gitu la citer dating kitorang Ahad lepas. Bak kata en. Abg, kawen ni seronok. Aha, seronok sgt..Korang pun kan? =p

Aidilfitri 2010

Salam

Hope masih xterlambat lagi utk update citer sal raya. Baru 11 Syawal, kire ok lagi la kan. But macam kering idea lak nak story. Biar gambar je la citer ek?

Dapat jugak bergambar satu family. Lepas Solat Hari Raya terus siap2 nak amik gambar. Time ni si Waiz baru je bangun tido, tu yang melepek je kat nenek dia tu.

Siblings... Sweet =)

Haruslah ada gambar berdua dgn en.Abg plak

Kat depan umah Ayah Lang. Selagi boleh posing, tu lah kejenya. Bila lagikan =)

2nd day raya lak x kemana pun tapi wat projek bakar sate. BIL import khas dari Kelantan. Ni la orang kuatnya. TQ eh. Next year kite wat lagi nak? hehe


Tumpang sekaki. Sangatle panas cuaca masa tu. Mula2 cadang nak bakar malam raya pertama but pakcik lak wat kenduri. So hold la, tu yang duk mengipas tengahari bute tu T_T

Raya ke-7 baru sempat turun Melaka. Tu pun straight dari Kluang. Sampai2 terus lunch kat luar, merasa angin laut. Nyaman btol. *Gedik btol posing macam ni kan? Sila maafkan saya ye.hahaha*

Raya kat umah Nek Yen. Satu2nya nenek sedara yang ada lagi.


Budak berdua ni relax santai je xpakai baju kurung. Akak juga yang excited pakai baju kurung bagai. Yela, awal2 lagi en.Abg da ingatkan pi raya mana2pun kena pakai baju kurung. Tapi yang ni bukan baju raya pun. Kitar2 baju gi opis je. hehehe

Saya pun dapat angpau jugak =p

Lepas da raya umah Mak Long, otw nak lik KL mak belanja makan Ikan Bakar. Tempat ni baru lagi, kat Sungai Udang. Disebabkan masa kitorang pi tu, kire dalam awal raya lagi, so xbanyak pilihan. Tapi bedal ajelah =p

Sementara tunggu makanan sampai, mengadap laut dulu tunggu sunset. Ayah pun nak join posing2 gak. hehe



Team makan2.


Syg, sila jangan makan banyak2 ye =p



p/s : Citer lain update nanti le. Gambar raya kat Kluang langsung xde.huhu.

11 September 2010

Sate Raya

Salam

Baru lepas menikmati hidangan. Raya2 pekena sate.. Marvellous!!!

Thanx to en. Abg n BIL yang tolong bakar sate. Walaupun berpanas, hasil tetap terbaik =)

Will upload pics later.

p/s : Malam ni balik Puchong. Sok pagi gerak lik Kluang. Sakan la =)

07 September 2010

Balik Kampung Ooo Balik Kampung!

Salam

Hari ni da 28 Ramadhan. Maknanya lagi 3 hari le nak raya. Esok start cuti. Yahuuu!!!

Btw, akan jumpa en.Abg sebentar lagi...Sebentar je lagi =)

Rasa2nya menjelang nak raya ni memang xsempat nak jengah blog ni lagi. Harus ke sana ke mari menunaikan kehidupan berumahtangga bersama suami. Cewah!!!Menyampah =p

So sebelum tu...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Pandu Cermat, Jiwa Selamat"

Sat lagi lepas amik en. Abg kat KLIA akan terus bergerak maju ke Kluang, kampung halaman tercinta beliau. Harap2 sampai sana dengan selamatnya sebelum berbuka..Harap2 xperlu berbuka dalam kereta dgn keadaan yang kurang selesa. InsyaAllah...

p/s : Semoga selamat berjumpa lepas raya.

06 September 2010

Jalan2 Adik Beradik

Salam

Sabtu lepas kitorang adik beradik turun PKNS Shah Alam. Along la, dia nak cari baju kurung ready made. Kalau da kat PKNS tu, mesti la berlambak kan. Pilih je mana yang kenan. Yang macam i ni, da cukup kuota baju raya, ikut temankan je sambil cuci2 mata.

Sepatutnya bila nak pegi tempat macam tu kena la gerak awal. Tau2 le tempat padat camtu. Sesak dan padat! But disebabkan malam tu, saya n Ayoy ada operasi wat biskut cornflakes, jadi terlambat'lah sikit geraknya. Yeah!!!Siap jugak biskut cornflakes tu. Ingat memang da xsempat da. Tapi dapat buat jugak. Dapatle en.Abg merasa biskut raya buatan isteri dia yang xseberapa ni =)

Sebenarnya pi PKNS ni memang khas tuk teman Along cari baju dia. So, kenala tunggu dia turun rumah mak dulu. Sampai pun da dekat pukul 11. Tidokan Waiz dulu baru gerak pi Shah Alam. Memang xnak la bawak budak tu kat tempat2 sesak n padat cmtu. Buat kesian kat dia je.

Sampai2 sana terus parking kete kat atas sekali. Amik lif n turun kat tingkat 3. Mula2 kitorang singgah kedai brooch. Adoi la!!! Gila meronta2 hati tengok brooch2 yang tersangat la cantik n kilat kat kedai tu. Design dia pun comei2 n unik semuanya. Xmacam yang jual kat Jalan TAR tu. Semua sama je sampai kebarangkalian nak tengok orang lain pakai design yang sama teramatlah tinggi. Along, Izan n Ayoy semua amik. At least sorang satu, saya je xamik. Sbb kan da kata memang xnak beli apa. Lagipun brooch yang en.Abg beli dari sana tu pun xpakai lagi. Kalau beli, rasa membazir la plak.. Next year boleh la kot...

Rambang mata tengok lama2. 1pair harga dia RM40. Kalau beli 3pairs harga dia RM100. Murah n cantik2. Sila2lah pilih =)

Bila da kuar dari kedai brooch tu, masuk lak kedai hiasan rumah. Yang banyaknya pinggan mangkuk la. Mula2 ingat nak usha2 je. Tengok cantik2 je. Betol la bila da kawen ni, da ada rumahtangga sendiri ni, taste tu dengan sendirinya akan berubah. Kalau dulu suka beli2 baju *utk dating2*, sekarang ni suka beli barang utk rumah lak. Xkisah la apa, tapi memang fikir tuk umah je. Lagi satu utk suami.. Tengah pusing2 tu, saya terpandang balang isi kueh raya. Terus teringat, saya memang xde balang utk isi kueh raya. Xkan nak letak dalam pinggan bujang kot?Sungguh xmanis. Biskut pun cepat lemau, sangat lah rugi. Akhirnya, dari niat xnak beli apa2 tu, terbeli la set balang kuih ni. 1set ada 6biji balang...

Ada ke x orang nak raya umah i ni. Kalau nak datang, sila bagitau dulu ye. Boleh la i import makanan dari mana2.hehehe

Masa beli balang tu, lupa lak yang kitorang ni nak jalan2 lagi. So mintak kedai tu tolong simpankan dulu barang kitorang. Nak balik nanti baru amik, lagi pun 1 way je.. Lepas tu terus la ronda2 PKNS tu tengok mana yang berkenan...

Kat Vincci, Ayoy nak cari kasut. Tapi xjumpa yang berkenan. Design Vincci sekarang macam xbest je. Dah le harga pun macam hape tah, mahal semacam. Kualiti dia? Tidaklah sebagus mana seperti dulu. Along sibuk ngan ketupat palas n rendang tok dia tu. Orang da lama berpantang katakan, smuanya teringin =p

Jalan2 lagi, masuk Bonia sbb nak cari wallet utk ayah. Tapi xjumpa yang berkenan, sbb xde compartment yang ber'zip'utk syiling. Sempat le usha2 handbag.

Yang ni cost bout RM1400++. Full leather... Gile mahal. Memang tak terbeli la.huhu

Cari kat sini lak tapi lain yang dicari lain yang dibeli. Owh tidak!!! Izan sudah sambar Guess. Aku bila lagi. Sungguh xbest tengok dia melaram sorang2. huhu. Kena beli jugak la mcam ni. Macamkan kilang cop duit je.hehe *Along belanja Big Apple. TQ sis. We loveeeeeee u sooooooooo much!*

Dari tengok2 yang memang xbeli, baik tangkap gambar T_T

White color. Boleh la i pinjam ye nanti.hehe

Along da sambar baje sepasang, Izan da sambar handbag, Ayoy da sambar brooch2 cantik. Saya??? Bukan kehendak, tapi terbeli kasut ni dengan alasan nak buat kasut raya padahal sudah beli pun. Kan da kata, sangat bahaya kalau ikut dorang ni jalan. Terbukti dah pun.huhuhu

Lately ni kalau beli kasut, mesti amik size 7. Xtau le kaki ni ke yang da membesar atau pun sekarang ni depa memang buat kasut saiz kecik2. Display pun size 5 je. Menyampah!

Gambar selingan lain. Tengok, Along beriye beli ketupat palas. Tapi Along n Izan kata rendang tok dia masin skit *tapi saya rasa ok aje?*


Masa nak beli tu semuanya nampak sedap. Sampai xtau nak pilih yang mana. Tapi lepas da berbuka semuanya buat2 xpandang je sampai la bawak ke sahur. Alih2 mak yang abiskan. Besar tol pengorbanan emak.hehe

Masa tunggu Along bayar duit parking. Jom balik!!!

p/s : Da lama tol kitorang x hang out sama2 cmni. Rindu tol la zaman shopping baju raya sama2 dgn mak ayah dulu. Duit raya plzzzzz =)

02 September 2010

Cuti

Salam

Rasa spt mau cuti dari ber'blog' buat masa ni.

Selamat Menyambut Syawal dear!

Syawal

Salam

5 days to go dear =)

Sungguh, mood bekerja menghampiri negatif. Sangat berharap dapat bercuti awal dan bergembira membilang hari menunggu en.Abg pulang. Kalau boleh la...

Dulu saya xpenah pun kedekut utk cuti raya lama2 sbb masa beraya tu memang banyak habis kat kampung ayah je. Tu pun 4 hari raya da balik KL lik, stay n rehat2 kat umah. Lepas tu pi la rumah Pak Long n sedara mara yang ada kat KL ni. Jadi mood beraya tu xdela hebat mana, janji dapat beraya kat kampung. Dapat rasa suasana kampung. Tapi hebat manalah beraya di kampung ni bila atuk n opah da xde...

But sekarang, sambutan raya saya banyak yang da berubah. Bila da hidup berdua ni, wajib ada giliran balik kampung. Kalau thn ni balik kampung saya dulu, thn depan balik kampung en. Abg dulu plak. Kalau dulu sibuk buat/beli kueh raya utk rumah mak, sekarang harus tambah utk ditapaukan ke rumah mentua dan rumah sendiri. Kalau dulu sibuk tolong mak hias rumah, sekarang sudah ada rumah sendiri yang hendak dijaga jugak.

Act, saya agak nervous jugak nak beraya dgn keluarga baru ni. Walaupun keluarga belah ayah saya agak besar, tapi kitorang ni beraya xdelah hebat mana. Bukan2lah setiap hari n tiap masa berjalan ke sana ke mari. Tapi lain lak dgn kedaan keluarga en.Abg. Depa betol2 raya pusing kampung. Dah le saya berkampung lama kat sana. Agak2 larat ke x la saya nak join rombongan depa tu kan =p

Kalau last year, saya xpayah sibuk2 nak masukkan duit raya dalam angpau, tahun ni kena wat la sendiri agaknya. Dulu Izan volunteer nak masukkan duit2 tu, tapi since dia da keje n ada angpau dia sendiri wajibla la saya yang isi sendiri kan. So far, separuh duit dah ditukar n balance maybe tukar esok. Angpau/sampul pun da banyak dapat. Comel2 lak tu sampai sayang nak guna.hahaha. Boleh lak macam tu kan =p

Masa mula2 posa hari tuh, memang saya n Izan da plan nak wat 3 4 jenis kueh. Tapi rasa macam xtercapai je hasrat tu sbb so far baru berjaya siapkan Coklat Chip je. Memang saya prefer operasi buat kueh raya ni malam weekend je. Sbb kalau siang, xtau la apa rasa kueh tu. Kalau weekdays lak, memang xlarat nak pi keje ti. Paling busuk pun, makan masa 3 4 jam nak siapkan semua. Xlarat la..huhu. So ingatkan last week dapatla siapkan biskut Cornflakes but disebabkan keadaan xmengizinkan, tergendala la rancangan. Sabtu ni lak Along ajak pi PKNS. Ntah buat ke x la agaknya..Nasib ko la ye kueh...

p/s : Ayoy da balik. Macam2 la juadah berbuka hari ni. Rezeki2 =)