20 September 2010

Dating Hari Ahad

Salam

Ahad lepas dating ngan en. Abg. Sempat jugak akhirnya kitorang curik2 masa kuar jalan sama2. Bukan apa, ejak en. Abg lik ni masa terlalu padat. Dia balik pun da hujung2 posa. Lepas tu masuk raya lak, memang xde ruang langsung la nak spend masa berdua sama2. Lepas da pusing beraya ni la, baru ada ruang skit kitorang nak relax2.

Akhirnya sampai jugak kitorang kat IKEA. Da lama plan nak pi IKEA ni, sejak dari awal kawen dulu. Nak cari barang2 yang sesuai utk umah, tapi selalu je xde masa. So ahad lepas dapat la kitorang gi sana. Xdelah nak beli barang banyak sgt, saja nak cuci2 mata amik idea nak deco rumah. Da ujung2 bulan ni, nak2 lagi raya poket pun suam2 kuku je =p

Rumah kitorang ni dgn IKEA xdelah jauh sgt. Setengah jam da sampai. Alhamdulillah kejap je da dapat parking. So bila da sampai tu, pusing2 cuci mata cari apa yang berkenan n perlu. Pegi pun weekend, sah2 la ramai orang. Xdapat nak menelek betol2. Dalam 2 jam da abis pusing cari barang. Kalau ikutkan nak beli 2 barang je, buat lastly terlebih beli sudah. Xpela, barang2 tu memang praktikal pun kalau ada kat umah.

en. Abg ngah cari meja putih yang dia nak beli tu. White colour, buat tempat letak laptop kalau nak buat keje. Cuti pun macam xcuti je beliau ni. Tong sampah tu ingat nak amik kaler merah je but en. Abg cam xberapa rela je. Merah sangat Mak Ngah =p


Lepas tu pusing2 IKANO jap. Perut pon da lapar, singgah la satu kedai masakan Siam ni. Nama apa tah, xingat la plak. Saya try yang bawah ni. Nama dia Stir-Fried Mee with Egg n Prawn. Dia lebih kurang mee goreng je tapi mee dia tu cam kueh teow n liat skit. Sedap. Licin la pinggan.hehe

en. Abg lak makan yang ni. Nama dia xingat la plak tapi yang bebenornya bihun tomyam je pun. Namanya je gah sampai payah nak mengingat. Yang ni pun best gak tapi banyak sgt kuahnya.

Lepas balik dari IKANO tu kitorang singgah IOI Mall jap, nak beli tiket wayang. Mula2 ingat nak tengok Avatar yang baru tu but baru tau dia limited time only. So decide punya decide, beli la tiket Piranha. Amik kul 9 punya. Takat umah nak ke IOI 15 minit je da sampai.

Malam tu sampai kat IOI dalam kul 8.15. Lepak kat A&W dulu sementara nak tunggu kul 9. Tengok, keje lagi. Udah2 le tu bang oi...

Keje yang xpenah sudah T_T

Poster citer yang kitorang tengok tu. Xdela best mana pun. Over sgt je cara dia nak wat citer tu scary. Xpela, Khamis nanti pilih citer yang best2 la..Tapi kalau xtengok lagi mana nak tau best ke x, ye x?


Lepas abis tengok wayang tu, rasa lapar lak. Cakap kat en. Abg teringin makan KFC. Malam2 makan KFC, patutla makin membulat badan ni. Bagus sangat la tu =p

p/s : Lepas da kenyang mengadap KFC, apa lagi..Balik umah la..Fuh! Senak perot dibuatnya. hehe. Gitu la citer dating kitorang Ahad lepas. Bak kata en. Abg, kawen ni seronok. Aha, seronok sgt..Korang pun kan? =p

1 comment: