21 July 2015

Salam Aidilfitri 2015

As salam dan hai 

Rasanya tak terlambat lagi untuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kan :)

Aidilfitri tahun ni amat bermakna untuk saya sekeluarga. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan puteri kedua pada 7 Julai 2015 yang lepas. 2 minggu awal dari due date.

Makanya, tahun ni kita gunapakai istilah beraya dalam berpantang la gamaknya. Walaupun berpantang tapi feeling beraya tetap ada. Baju raya still pakai walaupun xsedondon dan beli last minute. Walaupun menu pagi raya tak semeriah menu raya orang lain ^_^

Tentang story kelahiran si kecil nanti saya kongsikan. Itu pun kalau datang mood rajin. Kalau tak nan hado la macam kakaknya dulu. Hehe. Takpela asalkan saya dan si kecil selamat keduanya dan semuanya berjalan lancar.

Ini dia kawan baru yang di nanti2 Airis selama 9 bulan. Yang hari2 dicium dan dipeluk ketika masih lagi berada di dalam perut :)

Nur Auni Nabila bt Nor Azam. Memang anak2 saya ni lahirnya montel2 kot sebab Auni lahir 2 minggu awal sudah mencecah 3.37kg. Kalau diperam cukup 40minggu mau lawan berat kakak Airis dulu. Haha

Potret raya ala kadar keluarga kecil kami tahun ni. Ingatkan raya bertiga tapi mana tau rupanya raya berempat :)

Jadi tahun ni kami beraya ala kadar je la. Takpela tahun depan bila Auni dah besar skit kita kasi pusing satu kampung ok =p

Oh ye.. Terima kasih pada yang melawat saya dan Auni baik di hospital mahupun di rumah. Dan juga terima kasih atas ucapan atas kehadiran si kecil ni. Akhir sekali Salam Aidilfitri Maaf Lahir Batin buat semua :)


p/s : Mudah2an panjang rezeki susu ummi buat Auni. Amin


No comments:

Post a Comment