03 October 2014

Aidilfitri 2014 - Part 6

Salam

Akhirnya..Sudah sampai ke part yang terakhir. Dekat 2 bulan ko nak habiskan cerita raya je. heh!

Nak dekat2 hujung raya keluarga mertua turun KL. Turun KL sebab adik en. Abg yang bongsu nak konvo. Sambil2 tu datang beraya sekali

Sampai2 KL haruslah singgah rumah menantu dan besan dulu kan. Kali pertama mak abah datang bertandang ke rumah sewa kami ni. Gigih la suami isteri ni berkemas ^_^

Siap lunch pergi beraya ke rumah Pak Long


Akak pun xtahu tu patung Elsa ke Anna. Bantai sajalah labu



Petua untuk selim melim macam saya, makan kueh raya je ye uolsss =p

Menu yang dihidangkan tuan rumah adalah sangat best. Ada sup tulang kaw2 punya, rendang ayam nogori dan juga mee goreng basah. Sama macam menu masa raya kat Melaka hari tu cumanya kali ni ada rendang ayam nogori tu. Hari tu kat kampung xberapa nak ngadap sebab ramai orang, kali ni tetamu limited memang heaven la makan banyak2. Tak teringat langsung nak simpan space untuk rumah seterusnya. hehe


Destinasi seterusnya, ke rumah cousin kat Bandar Kinrara. Walaupun dulu rumah kitorang dekat2, datang menjengah masa raya je. Takpun terserempak kat Giant or kat bazar Ramadhan. Macam bz sangat kan. huhu. Eh, serius akak dah boolat sangat masa raya ni =(

Tadi kata dah makan banyak kan.. Tapi nak jaga hati tuan rumah kenalah makan. Jaga hati sangat la =p




Nanti dah besar skit boleh la lawan main congkak dengan ummi ye sayang ^_^


Makin semangat budak kecik ni. Mak Uda larat dukung kejap je. hehe



Malamnya singgah hotel dulu sebelum gi dinner.  

Airis panggil adik bobot. hehe


Dinner kat Burgerbyte Bangi




Owner Burgerbyte dan wife yang sangatlah low profile

Geng Airis bila balik kampung

Ada iras x ?

Pilih Chicken Naked Burger. Daging grill lembut sangat, sos black pepper pun sedap. Memang recommended.

Esoknya, sama2 merai adik ipar konvo kat Uniten Bangi

Sementara mak abah and adik kat dalam dewan, kitorang tunggu dalam bilik. Kesian kat budak2 ni kepanasan

Ilman pun dah pandai tengok Upin Ipin



Suasana dekat lobi hotel yang penuh dengan student yang nak ambil gambar. Kat lobi hotel ni ada perkhidmatan fotografi sempena konvo



Orang berkonvo

Congrates adik =)



Pinjam gambar dari fb adik






Habis je konvo SIL, keluarga mertua balik ke Kluang dan kami balik ke PJ. Sampai rumah pun dalam pukul 4. Memang lepak habis. Sekali dalam kul 6 dengar ada orang ketuk pintu

Ni ha tetamu datang raya mengejut. Memang lintang pukang tuan rumah dibuatnya. Mujurlah tetamu dah tapau bawak kfc siap2. Tuan rumah tinggal hidang dan melantak je. haha

Tq ye kak datang beraya kat umah kita. Makan pun kat bawah je

Ok, cerita raya dah habis. Boleh tukar tajuk lain dah lepas ni ^_^



p/s : Malam ni kemas beg nak balik kampung. Salam Aidiladha korang =)

25 September 2014

Aidilfitri 2014 - Part 5

Salam

Masih lagi story mory pasal raya walaupun raya dah beberapa bulan berlalu. Walaupun raya haji bakal menjelang tak berapa lama lagi. Ini dah masuk part 5, menyusul nanti part 6. Mungkin juga ada part 7. Harap bersabar ye. hehe

Sayang kalau xcoret kat sini. Memori saya tak mampu menampung kapasiti yang banyak. Umur pun semakin meningkat =)

Ok, dah tak ingat peristiwa ni raya keberapa cuma rasanya di pertengahan Syawal ada buat makan2 antara keluarga di rumah Along. Jemput tak ramai mana pun, keluarga Melaka n kawan2 yang terdekat je. Yang dapat datang terima kasih diucapkan, yang tak dapat datang tu takpe. Doa agar rezeki kita dapat berkumpul beraya bersama tahun depan. Gambar pun tak banyak. Kongsi yang mana ada je.

Menjelang tengahari, menu utama dah diambil. Menu utama hari kejadian Nasi Arab Damsyik. Kedai Nasi Arab favourite keluarga kalau2 teringin nak makan nasi arab walaupun kena ke Senawang nun. Nak2 lagi dia punya shish taouk, memang terbaik lah. Tapi kali ni tak order shish taouk sebab dah ada sate.

Suami saya memang rajin. haha. Boleh x bagi statement nak up suami sendiri je =p

Budak bertiga ni kejap baik kejap gaduh. Sabar ajelah. huhu

 



Antara menu yang ada

 
Sebab tak moden jadi tak tahu nama benda alah ni. haha. Kena tanya Izan sebab dia yang sponsor dessert ni

Mini pavlova juga adik yang bawak

Juga yang ini. Memang dia kaki dessert

Dah lepas Zuhur sambil tunggu orang datang dah boleh tukar baju. Baju raya Airis buat 2 pasang tapi yang ni baru sempat nak pakai kali pertama. Haruslah pakaikan dari tersadai dalam almari, tau2 je nanti dah tak muat


Tak lekang dengan patung frozen dia tu

Our Hannah 

Dah pandai meniarap sayang Mak Ngah ni =)

Mak moden. Bawak bersabar ye Hannah  =p


 

 
Anak bongsu Pak Long yang masih available. hehe

Sebelum bersurai kita tangkap gambar ramai2 dulu

Cousin belah mak ni memang ramai kaum perempuan =)

Kaum lelaki

Mak, anak2 dan anak buah. Sorang lagi tak dapat datang

Family potrait Aidilfitri 2014 =) 

p/s : Alhamdulillah urusan pembelian rumah EA berjalan lancar. Kalau berkesempatan nanti saya kongsikan cerita perihal membeli dan menjual rumah. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi yang berminat. Sharing is caring kan =)