06 December 2010

Bangsar Village

Salam :)

A million thanx to Izan sbb bawak i n Ayoy gi Bangsar Village. Kesian kan, orang lain da abis tawaf 1000x kali kat sana, aku baru nak jejak kaki. Kalau orang Bota tanya mesti geleng kepala dengan stress. Sadis sungguh =p

Last week Izan kata Aldo Bangsar Village ngah wat sales gile2. Jadi saya pun pasang harapan la nak rembat handbag sebijik. Tup2 dapat extra. Berbunga-bunga hatiku. hehe

Yey! Dapat handbag baru :)









Lepas tu masuk Toys R Us. Mak lang ajak cari toys utk Waiz. Tapi pusing punya pusing takde yang sesuai. Budak 5 bulan apa sgt la mainnya. Jadi jangan membazir. Tunggu besar skit ye Waiz :)



Badanku yang mengembang macam Giant :(





Izan belanja makan kat Madam's Kwan







Fish n Chip 4 Ayoy



Apa nama benda alah ni aku tak ingat la pulak. Isi dalam dia udang. Sekali makan krak kruk krak kruk bunyi dia. Memang sedap.



Char Kueh Teow 4 me. Macam takde makanan lain nak cube kan. hehe



And Nasi Bojari 4 Izan. Ayam goreng dia sangat garing. Sedap. But kitorang semua makan masa perot ngah lapar gile, so memang tak dapat nak abis la.



Tengah2 bulan ni poket pun nipis. Harap2 en. Abg tak kisah. Kitorangkan dalam operasi nak penuhkan tabung ayam.

03 December 2010

Cucu Atok

Salam

Semakin hari semakin keletah

Semakin hari semakin bijak

Semakin hari semakin menghiburkan

Semakin hari semakin hebat mengexplore benda baru

Semakin hari semakin rindu

Ish!!! Geramnya dengan budak ni. Rasa nak geget2 je. Mesti sedap kan? Nyum2.





Yang ni paling tak boleh blah. Tengok muka dia tu. U make me melt la dear :)



Tapi kadang2 susah nak senyum jugak



Tapi kadang2 manja sesangat. Macam ni haaa...



Eh Waiz! Muka inilah yang salin pampers kamu tau kalau ibu dan ayah kamu takde. Smile plzzzzz....



Bila dipaksa dan terpaksa jadilah begini. Kecian atok tau. huhu



30 November 2010

Hari Graduasi Version Cabuk - Part II

Salam

Sebelum teruskan post ni, mahu maklumkan sesuatu berkenaan tajuk post. Cabuk di sini bukanlah bermaksud yang hampeh tapi bermaksud segala gambar yang terdapat dalam post ini dan terdahulu adalah dari hp cabuk saya sendiri. Yela, dengan hanya 5mp, kualiti gambar tidaklah sehebat mana. Tapi kalau dibandingkan dengan BB, saya tetap vote for N82 ni. Tq Carl Zeiss. Nanti bila da dapat gambar dari BIL dan tukang tangkap gambar Izan, saya dedahkan dalam version hebat pulak.

Lepas Izan kuar dari dewan, kitorang berkumpul kat Galeri. Stay situ je sbb kat luar pun tgh ujan lebat. Tak dapat nak gerak mana. So lepas amik2 gambar tuh, kitorang gerak ke Quality Hotel utk dinner. Tapi Izan n da geng keluar cari port utk snap sum pics memandangkan cuaca mengizinkan.

Sampai kat Quality tu port dulu kat surau for Asar. Alang2 tunggu skali Maghrib. Gilir2 jaga si kecik ni

At Gardenia Cafe. Fyi buffet ni dari kul 7 to 12. Masa kitorang sampai tu, tak ramai orang pun. Adalah 3 4 group je including kitorang


Ayah makan dulu, baru ibu pulak. Kenalah gilir2 kan :)


Our mak :)


Puan punya blog baru nak makan. Amik nasi dulu. Memang tengah lapar gile time tu


Main food


Lepas tu makan ni pulak. Rojak buah dengan dessert


Baru nak ramai orang datang. Rasanya dorang ni tengah kursus n stay kat Quality Hotel


Wif her besties. Yang tengah tu pengapit i dulu, remember?


Aishah pun nak join bidang mengajar ni. Gud luck ye dik :)


Sambil tengok dorang bercerita ni, melantak bihun sup pulak. Rasa dia ok tapi sup dia kurang panas. Mana nak kick kan.

Lepas da kenyang perut bercampur senak, balik dengan hati senang. Kite tido kat Puchong jom! :)

29 November 2010

Hari Graduasi Version Cabuk - Part I

Salam

Alhamdulillah Hari Graduasi Izan pada petang Sabtu lepas berjalan dengan lancar. Walaupun hujan turun dengan lebat. Walaupun sebelumnya kena meredah jem yang agak teruk. Waiz dalam keadaan tak sihat, tapi tak meragam. Bagus2, senang bawak berjalan :)

Izan dapat sesi petang, jadi dia gerak ke sana dulu dgn mak ayah. Dari melopong tak tentu arah keseorangan di luar dewan, saya pilih utk join Along ke sana. Sekurang2nya sampai di sana dekat2 waktu dia da nak kuar dewan, jadi takdelah buang masa sangat.

Hujan renyai2, jalan jem. Macamkan semua pun nak menuju ke Shah Alam. Oh, lupa pulak nak story pasal bunga yang kitorang belikan utk Izan. Kongsi saja bunga tu dengan Along sbb malam sebelum tu dia sudah pau saya kasut konvo. huhu.

Back tu cerita bunga. Rentetan daripada tahun lepas, saya n Along share jugak beli bunga utk dia. Tapi bunga tu kami import dari luar, di jalanan menuju ke UiTM. Sebab saya tengok pesta konvonya tak seperti pesta konvo, kurang meriah spt di UUM *promote UUM nampak :P* Tapi rupanya2, saya termiss jualan bunga di bahagian belakang dewan. Sedangkan semuanya cantik2 belaka. Jadi bila sudah beli kat luar tu, maklum sajalah harganya ye. Tak kisah la, bukan selalu pun kan...

So kitorang pun decide la dis year nak usha2 bunga kat citu. Tapi disebabkan bertolak pun sudah lambat, jadi beli saja bunga dari Kedai Victory yang berdekatan dgn rumah. Mujur sungguh ada kedai bunga tuh. Takdelah kitorang kelam kelibut semacam. Sekali dia letak RM50 da. Tapi lepas upacara nego2 oleh BIL dapatlah RM45. Harus upgrade skill nego ni Abg Shamin :P


Waiz yang aktif :)



Nak berdiri je. Kalau duduk gelisah semacam



Jadi Mak Ngah amik dari ibu dan bagi bantal utk bagi dia leka



Dan tangkap gambar sama2



Tapi fokus kembali kpd bantal



Dan akhirnya mau berdiri semula. Very da agresif boy :)



Sampai je kat sana, ujan tengah betol2 lebat. Of coz la keadaan penuh sesak dgn manusia. Sudah menjadi adat, keluarga harus ada bersama utk meraikan. Ok, sementara Waiz belum celik bolehla snap2 ngan Along. Bila nampak Waiz dilitupi napkin ni, ingat masa dia kena bedung dulu. Aih, cepatnya masa berlalu







Tido di pangkuan ibu adalah saat terbaik :)



Tapi bila bangun dalam keadaan bising, terus berubah mood menjadi garang



Masih tidak mahu senyum. Ekuuuuu chak aa! Tu ayat mengacah BIL. Harus buat dengan memek muka utk keberkesanan yang hebat



Sementara tunggu Izan tu, pusing2 dulu dalam Galeri. Tengok2 hasil kerja budak kos Art & Design. Memang kreatif sesangat sampai haku pun tak tau apa kebenda yang depa buat ni. Contohnya macam ni



Yang ni ok la, tau jugakla konsep dia



Ada ni jugak. Lukis melukis



Sejurus kuar dewan dengan muka hepy dia tuh. Muka kitorang kelihatan tidak terurus sikit. huhu. Bunga tuh dari besties dia, Aisya n Wanie



Disebalik tabir. Amboi kau Izan. Ari tuh kata takmo gi konvo ni. Alih2 tukang tangkap gambar pun kau sapu skali ye ^_^





en. Pami ada sekali



Wif Sheza yang sama2 bergraduasi. Congrates She :)



Sekian untuk Hari Graduasi Version Cabuk - Part I. Sangat padat dgn gambar. Tak sempat nak citer Part II. Ketemu esok saja la. Nak merempit ngan ayah ni. Da...