14 October 2010

Penat Tapi Seronok

Salam
Baru balik dari Kursus Pengurusan Tekanan kat Teratak Riverview, Ulu Bernam. Stress? Tak langsung sekarang.

Seriously, sangat enjoy kursus tu walaupun penat dan sakit2 badan.

Xboleh nak update sekarang cuz sedang bz menjaga si kecil=)

Esok jela ye.

Daaaaa....................

07 October 2010

Skit Lagi Maka Bertukar Kategori

Salam

Okey. Bila keadaan da jadi macam ni, harus mula sedar diri. Harus kena ada keazaman yang kuat. Sedikit maju lagi maka akan jadi Pre-Obese *gelak pada diri sendiri.huhu*

Ingatkan bila en. Abg xde ni, nafsu makan tu akan berkurangan secara otomatik. Tapi rupa2nya silap la plak. Masih sama/makin kuat. Pengumuman kepada yang sibuk bertanya sesedap mulut. Ini bukan gejala kehamilan. Ini cuma gejala pemakanan yang melampau. hahaha




p/s : Next week ada Kursus Pengurusan Stress. Harap2 mampu membantu mengadapi stress Pre-Obese ni T_T

06 October 2010

Bila On Nampak Dia

Salam =)

Bila rindu sgt kat en. Abg, maka beginilah jadinya. Sekian.



p/s : Harap maklum perasaan si pecinta yang berjauhan.

05 October 2010

Manhattan Fish Market

Salam

Dis coming Nov Izan konvo lagi. 2nd time ni xingat lak konvo apa. hehe. Anyway congrates Izan. Hopefully impian nak keje pakai seragam hitam putih tu tercapai =)

So, last weekend saya teman dia pi Harrison cari kain pasang utk wat baju konvo. Aih...Jahat tol Harrison ni, saja wat sale. Kain plak stok lawa2 n cun2 sungguh. Betolla mata ni, time xcari memang banyak yang berkenan. Time mencari, langsung sebelah mata pun xde yang memikat hati T_T

Kalau dulu Izan selalu reject kain yang saya suggest kat dia. Tapi sekarang apa yang berkenan di hati saya, tu jugak yang nampak cantik di hati dia. hohoho.. Taste kami sudah sama sekarang. Sangat bahaya, takut dia grab dulu apa yang saya nak =p

Baru je nak suggest kain ni kat dia, dia da suh brother tu amik kain ni dulu. Wah, banyak bagus taste kamu. Act, saya rasa kaler krim gold tu lagi nice tapi atas faktor dia tu muda, saya suggest yang kaler ijau. Lagipun, untuk konvo saya rasa ijau tu sesuai sebab rasa happening. Barulah nampak ceria n happy je bila amik gambar baling topi =)



Sementara tunggu brother tu potong kain, ni lah kejenya. Adoila, macam Giant ngan Nobita lak. Sedih gila ok T_T



Lepas tu round2 kat Jalan TAR, dia beli la sepasang dua lagi kain. Part paling best, Izan belanja makan. Bila orang belanja ni sedap dia lain macam tau. Rasa best semacam je. Biarkan orang yang belanja buat pilihan, i terima seadanya je =)





Tak ingat lak apa nama menu ni. Mula2 rasa nampak skit tapi sebenarnya memang xabis kalau makan 2 orang. Ni macam portion utk 3/4 orang ni...



Lepas kenyang melantak tu, baru boleh balik rumah. Dalam kete rasa mengantuk je..TQ Izan belanja aku. Lain kali biar i yang order plak ye =)

p/s : Dating bukan takat ngan en. Abg je...Ngan sibling pun best apa =)

01 October 2010

Mak Oii

Salam

RM1500!!!

Gile ke hapa???

Setakat guna broadband Etisalat tu xsampai brapa hari. Tu pun jarang2. Dah kena charged RM1500. Mak oii!!! Terkejut badak haku!

Nak menyesal memang xguna dah la. Xpela, nak buat macam mana. Bukan rezeki le tu. Walaupun tau dgn amount tu banyak benda boleh buat. Gulp! *telan air liur*

p/s : Bagitau en. Abg, jangan sesekali bwk balik menatang tu lagi. Gone baby gone =(

28 September 2010

Sehingga Beliau Pulang

Salam

Atas pujukan en. Abg yang begitu sweet n mencairkan hari, akhirnya termakan jua dek hati ni. Memandangkan en. Abg pun da nak berangkat balik AD, so saya pun dgn rela hati telah me'reward'kan EL kat diri sendiri. Rasanya kalau nawaitu tu disebabkan yang wajib *meluangkan masa dgn suami*, xdelah rasa bersalah sangat =p

Plan asal patutnya saya keje hari tu n malamnya nak pi tengok Magika kat IOI Mall. But bila da EL ni, xkan memerap kat umah je kan. Harus la keluar ngedate sama2, amik angin. So lepas tengahari tersadailah kitorang kat Mid Valley. Lama gile rasanya xjejak Mid Valley ni. Last time gi sana pun masa nak usha2 Pameran Kahwin kot, bulan 1 ari tuh ngan Along n Abg Shamin.

Dari plan nak tengok Magika kat IOI Mall tu, terus cancel. Terus beli tiket time tu gak. Ikutkan hari tu 1st day kuar citer Magika, but xdelah ramai orang sgt. Maybe sebab weekdays kot.

Macam biasa la, b4 masuk mesti beli kudap2an dulu. Buat kenyang perot =p



Citer Magika tu xlama, dalam 1 jam setengah je. Citer tu sangat best okey. Biarlah ada nyanyi2 pun tapi rasanya citer tu sangat best. en.Abg apalagi, mentang2 la dia minat bebenor dgn KRU. Melambung2 la pujinya. Tapi memang betol pun. Lain dari yang lain, lagu pun best2. Kalau x, xkan le i sibuk mintak lagu2 tu kat Alin. hehe.

Dulu masa mula2 dengar KRU nak wat citer tu, terpikir gak saya. Yela, cmna nak combinekan semua mitos tu dalam satu citer. Sedangkan satu mitos tu kisahnya da panjang berjela. But at last, baru tau. Nasib da baca sinopsis, kalau x mau saya meneka2 sbb watak2 mitos tu xditonjolkan sebagaimana yang kita tau. Paling suka masa scene Puteri Gunung Ledang dengan Bendahara. Lawak gile. Terkekek2 jugak la saya dalam panggung tu. hehe

Lepas abis tengok Magika, terus port kat Sweet Chat teman en. Abg makan. Act, ni 1st time try makan kat cni. Saya memang xmakan spaghetti2 ni, memang xmasuk tekak. Tapi bila try menu en. Abg ni, rasa sedap la plak. Dari nak rasa2 terus kongsi. haha. Cian beliau xcukup makan =p

Apa la yang dipilihnya tu...



Pilih punya pilih, order la yang ni. Jangan xtau, punya la en. Abg mengidam nak makan durian terus sambar Cendol Durian. Entah apalah rasanya makan cendol bercampur durian. Tapi beliau kata sedap. Sedap betol la kot sbb sekali ngap je durian tu.

Yang cendol tu ada gak saya ngecak skit2 sbb xboleh blah sangat ngan durian. Tapi spaghetti tu, rancak jugak la. Sedap. Rasa macam kuah masak lemak kuning =p



Da alang2 jalan, trus round lagi Mid Valley tu. Masuk jap MPH. Kitorang tah apa penyakit. Sejak dulu lagi suka masuk MPH, usha2 buku. Tapi potensi nak beli buku tu memang la tipis sangat. Apa kes tu? ^_^



Esoknya tu, kitorang balik Kluang plak since en. Abg punya flight hari Ahad malam. Sebelum sampai umah mak abah, kitorang singgah Jab. Imigresen dulu sbb en. Abg nak wat passport baru. Buat plak yang 5tahun punya *macam nak lama je kat sana?. huhu*

Disebabkan kwn beliau org dalam kat sana, jadi haruslah gunakan peluang ni sebaik mungkin kan. Dari 3 jam jadi setengah jam. Kan jimat masa tu. Trima kasih le ye sahabat. Nanti saya kirim salam awak pada Izan ye. hehe



Petang tu en. Abg bawak saya jalan2 keliling kampung. Dalam hujan rintik2 tapi dalam kete la. Kalau berpayung, sebijik macam citer industan kan? hehe



Esoknya tu hari Sabtu pagi kitorang gerak balik. Masa nak isi minyak tu ternampak bas kiut miut ni. Teringat masa sekolah form 2 dulu. Bas ni la yang saya naik. haha



Sebelum balik Puchong tu singgah Seremban dulu. Along ajak makan kat umah dia. Dapatla pekena nasi tomato yang sedap tu. Suami isteri berganding bahu siapkan. Sweet kan =)

Sampai2 tengok budak ni tengah tido. Penangan susu ibu, membesar dengan sihat. hehe



Malam tu keluar pi Giant lak. Rutin biasa tiap kali en. Abg nak balik AD. Mesti nak beli rempah2 or apa yang patut. Da kawen pun makan megi lagi ke. Cam orang bujang la plak =p



Ok, sudah abis part bersukaria. Sekarang part bersedih plak sbb mau hantar en. Abg balik ke sana. api pic bawah ni muka kitorang xnampak sedih kan. Hepy semacam je.. Patutnya bila nak berjauhan tu sedih la, ni muka sengih riang semacam je.. Entah la, macam da kebal kot...




Orang lain duk sibuk melambai sakan, saya lak sibuk snap pic en. Abg dengan senyuman. Gile apa minah ni, xde perasaan langsung. hehe. Nanti pun en. Abg balik jugak kan. Time tu dia punya happiness extravaganza tau =)



Selamat Tinggal sayang... Ketemu lagi di bulan Januari =)

3 in 1

Salam =)

Lama giler peram n3 ni. Hari tu lepas abis je majlis rasa cam excited je nak terus update. Tapi tah angin malas apa merasuk terus tertangguh sampai la sekarang. And now, tetibe je rajin nak teruskan perjuangan =p

Isnin lepas ada buat 3 in 1 event. Majlis Khatam Quran + Majlis Sambutan Hari Raya + Farewell. Majlis khatam tu sepatutnya kitorang buat masa penghujung Ramadhan but masing2 sibuk memanjang terpaksa la hold dulu. Yang farewell tu plak kebetulan ada 2 org staff nak bertukar bahagian. Kalo nak buat satu2 majlis memang le xlarat n xterkejar dek masa. Lastly, terus combine je. Ringkas n padat gitu =)

Scroll down 4 more pics n story okey =)

Bunga telur utk khatam quran prepared by Unit Pentadbiran. Pakej sekali ngan pulut kuning n rendang daging. Terhangat di pasaran dari Kak Jijan =)

B4 majlis bermula. Macam biasalah, tunggu ketibaan tetamu VVIP *perasan je* Macam biasa, kena tumpang mencelah. Kejar glamor sungguh daku ni =p


Ofismate yang sama2 mengimarahkan majlis. Mudah2an berkat hendaknya *sisi tepi sungguh besar.huhu*



Lepas abis khatam tu, bagi peluang kat Kak Siti n Kak Fidah bagi speech. Deme ni le yang nak berpindah. Bukan jauh mana pun, still dalam MAIWP gak. Sayonara guys...



Bunga telur n pulut kuning... Tapi kalau yang tukang bagi tu muda belia *macam i* lagi meriah kan? haha

Abis je khatam n farewell hape lagi... Selamat Hari Raya la. Ni muka senyum kambing b4 melantak sakan dan kekenyangan melampau. Muka suka bukan?
Mau makan apa? Smua ada. Laksa, Nasi Tomato, Soto, Lemang, Rendang, Kambing Bakar etc. Just name it, pastu amik je apa berkenan. Semuanya sedap2. Fuh! Mau ternak 3 4 kilo lemak lagi ni. Tengok! Puan punya blog sibuk mencelah nak dapatkan nasi tomato. Sudahnya, terbiar dulu sampai ke tengahari. Bad girl =p

Ber'background'kan kesibukan melampau. Tension je. Orang sibuk ke hulu hilir nak melantak, kitorang sibuk wat port posing. muahahaha

p/s : Next will be Majlis Hari Raya MAIWP. Tungguuuuu =)