06 September 2010

Jalan2 Adik Beradik

Salam

Sabtu lepas kitorang adik beradik turun PKNS Shah Alam. Along la, dia nak cari baju kurung ready made. Kalau da kat PKNS tu, mesti la berlambak kan. Pilih je mana yang kenan. Yang macam i ni, da cukup kuota baju raya, ikut temankan je sambil cuci2 mata.

Sepatutnya bila nak pegi tempat macam tu kena la gerak awal. Tau2 le tempat padat camtu. Sesak dan padat! But disebabkan malam tu, saya n Ayoy ada operasi wat biskut cornflakes, jadi terlambat'lah sikit geraknya. Yeah!!!Siap jugak biskut cornflakes tu. Ingat memang da xsempat da. Tapi dapat buat jugak. Dapatle en.Abg merasa biskut raya buatan isteri dia yang xseberapa ni =)

Sebenarnya pi PKNS ni memang khas tuk teman Along cari baju dia. So, kenala tunggu dia turun rumah mak dulu. Sampai pun da dekat pukul 11. Tidokan Waiz dulu baru gerak pi Shah Alam. Memang xnak la bawak budak tu kat tempat2 sesak n padat cmtu. Buat kesian kat dia je.

Sampai2 sana terus parking kete kat atas sekali. Amik lif n turun kat tingkat 3. Mula2 kitorang singgah kedai brooch. Adoi la!!! Gila meronta2 hati tengok brooch2 yang tersangat la cantik n kilat kat kedai tu. Design dia pun comei2 n unik semuanya. Xmacam yang jual kat Jalan TAR tu. Semua sama je sampai kebarangkalian nak tengok orang lain pakai design yang sama teramatlah tinggi. Along, Izan n Ayoy semua amik. At least sorang satu, saya je xamik. Sbb kan da kata memang xnak beli apa. Lagipun brooch yang en.Abg beli dari sana tu pun xpakai lagi. Kalau beli, rasa membazir la plak.. Next year boleh la kot...

Rambang mata tengok lama2. 1pair harga dia RM40. Kalau beli 3pairs harga dia RM100. Murah n cantik2. Sila2lah pilih =)

Bila da kuar dari kedai brooch tu, masuk lak kedai hiasan rumah. Yang banyaknya pinggan mangkuk la. Mula2 ingat nak usha2 je. Tengok cantik2 je. Betol la bila da kawen ni, da ada rumahtangga sendiri ni, taste tu dengan sendirinya akan berubah. Kalau dulu suka beli2 baju *utk dating2*, sekarang ni suka beli barang utk rumah lak. Xkisah la apa, tapi memang fikir tuk umah je. Lagi satu utk suami.. Tengah pusing2 tu, saya terpandang balang isi kueh raya. Terus teringat, saya memang xde balang utk isi kueh raya. Xkan nak letak dalam pinggan bujang kot?Sungguh xmanis. Biskut pun cepat lemau, sangat lah rugi. Akhirnya, dari niat xnak beli apa2 tu, terbeli la set balang kuih ni. 1set ada 6biji balang...

Ada ke x orang nak raya umah i ni. Kalau nak datang, sila bagitau dulu ye. Boleh la i import makanan dari mana2.hehehe

Masa beli balang tu, lupa lak yang kitorang ni nak jalan2 lagi. So mintak kedai tu tolong simpankan dulu barang kitorang. Nak balik nanti baru amik, lagi pun 1 way je.. Lepas tu terus la ronda2 PKNS tu tengok mana yang berkenan...

Kat Vincci, Ayoy nak cari kasut. Tapi xjumpa yang berkenan. Design Vincci sekarang macam xbest je. Dah le harga pun macam hape tah, mahal semacam. Kualiti dia? Tidaklah sebagus mana seperti dulu. Along sibuk ngan ketupat palas n rendang tok dia tu. Orang da lama berpantang katakan, smuanya teringin =p

Jalan2 lagi, masuk Bonia sbb nak cari wallet utk ayah. Tapi xjumpa yang berkenan, sbb xde compartment yang ber'zip'utk syiling. Sempat le usha2 handbag.

Yang ni cost bout RM1400++. Full leather... Gile mahal. Memang tak terbeli la.huhu

Cari kat sini lak tapi lain yang dicari lain yang dibeli. Owh tidak!!! Izan sudah sambar Guess. Aku bila lagi. Sungguh xbest tengok dia melaram sorang2. huhu. Kena beli jugak la mcam ni. Macamkan kilang cop duit je.hehe *Along belanja Big Apple. TQ sis. We loveeeeeee u sooooooooo much!*

Dari tengok2 yang memang xbeli, baik tangkap gambar T_T

White color. Boleh la i pinjam ye nanti.hehe

Along da sambar baje sepasang, Izan da sambar handbag, Ayoy da sambar brooch2 cantik. Saya??? Bukan kehendak, tapi terbeli kasut ni dengan alasan nak buat kasut raya padahal sudah beli pun. Kan da kata, sangat bahaya kalau ikut dorang ni jalan. Terbukti dah pun.huhuhu

Lately ni kalau beli kasut, mesti amik size 7. Xtau le kaki ni ke yang da membesar atau pun sekarang ni depa memang buat kasut saiz kecik2. Display pun size 5 je. Menyampah!

Gambar selingan lain. Tengok, Along beriye beli ketupat palas. Tapi Along n Izan kata rendang tok dia masin skit *tapi saya rasa ok aje?*


Masa nak beli tu semuanya nampak sedap. Sampai xtau nak pilih yang mana. Tapi lepas da berbuka semuanya buat2 xpandang je sampai la bawak ke sahur. Alih2 mak yang abiskan. Besar tol pengorbanan emak.hehe

Masa tunggu Along bayar duit parking. Jom balik!!!

p/s : Da lama tol kitorang x hang out sama2 cmni. Rindu tol la zaman shopping baju raya sama2 dgn mak ayah dulu. Duit raya plzzzzz =)

02 September 2010

Cuti

Salam

Rasa spt mau cuti dari ber'blog' buat masa ni.

Selamat Menyambut Syawal dear!

Syawal

Salam

5 days to go dear =)

Sungguh, mood bekerja menghampiri negatif. Sangat berharap dapat bercuti awal dan bergembira membilang hari menunggu en.Abg pulang. Kalau boleh la...

Dulu saya xpenah pun kedekut utk cuti raya lama2 sbb masa beraya tu memang banyak habis kat kampung ayah je. Tu pun 4 hari raya da balik KL lik, stay n rehat2 kat umah. Lepas tu pi la rumah Pak Long n sedara mara yang ada kat KL ni. Jadi mood beraya tu xdela hebat mana, janji dapat beraya kat kampung. Dapat rasa suasana kampung. Tapi hebat manalah beraya di kampung ni bila atuk n opah da xde...

But sekarang, sambutan raya saya banyak yang da berubah. Bila da hidup berdua ni, wajib ada giliran balik kampung. Kalau thn ni balik kampung saya dulu, thn depan balik kampung en. Abg dulu plak. Kalau dulu sibuk buat/beli kueh raya utk rumah mak, sekarang harus tambah utk ditapaukan ke rumah mentua dan rumah sendiri. Kalau dulu sibuk tolong mak hias rumah, sekarang sudah ada rumah sendiri yang hendak dijaga jugak.

Act, saya agak nervous jugak nak beraya dgn keluarga baru ni. Walaupun keluarga belah ayah saya agak besar, tapi kitorang ni beraya xdelah hebat mana. Bukan2lah setiap hari n tiap masa berjalan ke sana ke mari. Tapi lain lak dgn kedaan keluarga en.Abg. Depa betol2 raya pusing kampung. Dah le saya berkampung lama kat sana. Agak2 larat ke x la saya nak join rombongan depa tu kan =p

Kalau last year, saya xpayah sibuk2 nak masukkan duit raya dalam angpau, tahun ni kena wat la sendiri agaknya. Dulu Izan volunteer nak masukkan duit2 tu, tapi since dia da keje n ada angpau dia sendiri wajibla la saya yang isi sendiri kan. So far, separuh duit dah ditukar n balance maybe tukar esok. Angpau/sampul pun da banyak dapat. Comel2 lak tu sampai sayang nak guna.hahaha. Boleh lak macam tu kan =p

Masa mula2 posa hari tuh, memang saya n Izan da plan nak wat 3 4 jenis kueh. Tapi rasa macam xtercapai je hasrat tu sbb so far baru berjaya siapkan Coklat Chip je. Memang saya prefer operasi buat kueh raya ni malam weekend je. Sbb kalau siang, xtau la apa rasa kueh tu. Kalau weekdays lak, memang xlarat nak pi keje ti. Paling busuk pun, makan masa 3 4 jam nak siapkan semua. Xlarat la..huhu. So ingatkan last week dapatla siapkan biskut Cornflakes but disebabkan keadaan xmengizinkan, tergendala la rancangan. Sabtu ni lak Along ajak pi PKNS. Ntah buat ke x la agaknya..Nasib ko la ye kueh...

p/s : Ayoy da balik. Macam2 la juadah berbuka hari ni. Rezeki2 =)

27 August 2010

Counting

11 days to go!!!

p/s : Buat masa ni xde mood nak citer benda2 lain. Sibuk membilang hari =)

25 August 2010

Betol Ke Ni???

Salam

Pagi tadi otw pi keje sempat le dengar berita skit. Kalau btol la pendengaran ni, interest PTPTN turun dari 3% ke 1% start Oktober ni. Biar betol!!!

Jadi, xde lagi la alasan liat nak bayor balik utang PTPTN ku itu =p

p/s : Takda PTPTN, xmerasa la pakai jubah biru tu. Takda PTPTN, mungkin jugak belum married lagi sekarang sbb tidak ketemu en.Abg.hehe

Lagu Raya Mereka Untuk Saya

Salam =)

Ada 2 org ofismate sedang menujukan lagu raya pada saya *laughing*

Lagu Aishah, Pulanglah *thanx to Masnida n Kak Zura*

Lagu sedih, patutnya emosi pun sedih. Tapi emosi di kala ini, di saat menghitung hari sehingga kepulangan suami terchinta, sarat dengan seribu rasa gembira

p/s : Xsabar rasanya nak berbuke bersama walaupun rasanya peluang berdua berbuka tu teramat tipis. Xpelah, cium tangan suami pagi2 raya pun da cukup bukan? Boleh ganti dengan beraya keliling kampung sambil gedik2 depan kamera memakai baju hampir sedondon =p

24 August 2010

Mari Menonton Bersama2

Salam =)

At last, dapat gak upload pic..Setelah guna comp Anan.huhu. Sbb apa tah kat comp sendiri xleh nak upload pics. Nak godek lebih2, den bute IT. Salah godek, naya lak. Pasrah ajelah. New lappy? Hmm... Better saving utk travel nanti kot...

Btw, telah pinjam 4 dvd dr Speedy Desa Pandan last Friday. Act, saya jarang masuk Speedy ni. Biasa Izan pi ngan Ayoy je sbb citer2 latest ni banyak dorang je yang tau. Saya ni, citer apa yang dorang bawak balik, citer tu la yang saya hadap. Yela, dengan ketiadaan en.Abg ni, masa bila lak saya sibuk nak menjengah wayang tu. Kalau ada pun, sekali sekala ngan Izan n Ayoy.

Cari punya cari, kitorang sewa 4 citer ni. Punyalah banyak dvd kat situ, susah nak jumpa yang berkenan. Kalau cari apa yang kite nak, xde lak. Maybe sbb orang sewa kot. Sampai2 umah je pas da setle smua, trus mengadap tv. Starting with dis movie...

B4 this penah la dengar citer ni. Xsangka best lak. Lagi2 bila ada Aamir Khan ni. I loikeee!! Gambar citer ni pun lawa, colourfull. 2j 40m xrasa lama sgt. Sesapa yang minat cite Hindi cm akak ni, boleh la tengok citer ni. Xrugi tau =)

Nasib menonton citer ni ngan Izan. Kalau ngan en.Abg payah la plak. Sbb mulut ni asik kata "hensemnya dia, comelnya dia"hahaha. I dulu memang minat ngan dia. Saki baki minat tu adalah sampai sekarang =p


Esoknya tu pulak, tengok citer ni..Romantik gile. Memang love story betul la. Sorang thn 2004. sorang thn 2006, but dorang ni jatuh cinta. Mula2 complicated gak nak faham citer ni but lama2 tu boleh faham da..Happy ending..Bila tengok citer, tetibe jadi jiwang gedik lak teringatkan en.Abg =p

Lake House ni lah tempat yang buatkan dorang fall in love. The whole rumah tu made from glass..And the box behind dorang tu, medium tuk dorang communicate with each other..

Lepas abis tengok The Lake House, trus marathon tengok citer ni lak. The Lovely Bones. Citer agak slow skit. Citer dia ok but mata mengantuk lak. Alih2 trus tertido n biarkan Izan sorang je tengok. Sebelum tu sahur dulu. Popcorn chicken n fries je. Emak ayah xde ni, sahur pun entah apa la jawabnya...

Lastly, tengok Phoonk 2. Cite antu Hindi. Boleh la.. Bile tengok time bula posa ni, xdelah takut2 kan.hehe

So itu le aktiviti bersama Izan tatkala ditinggalkan emak dan ayah. Menarik bukan? Penuh dgn aktiviti yang tidak cergas =p


p/s : Disebabkan rindu kat Waiz begitu tinggi, so hari Ahad pi la berbuka kat umah Along. Ya ampun... Dah besar rupanya budak ni. Da 2 bulan. Kaki semakin tegap, pipi semakin tembam, badan semakin bulat. Semakin comel n manja =)