Salam
3 hari ni saya akan berjauhan dengan Airis. Saya akan mengikuti kursus di Ulu Yam sehingga tengahari Ahad nanti.
3 hari berjauhan, rindulah saya pada anak dara kenit tu -__-
Pagi tadi sewaktu memangku Airis ketika dia bangun dari tidur, sudah saya bisikkan pesanan supaya duduk elok2 tanpa saya. Walaupun kami saling berbicara bahasa yang berlainan, rtapi saya pasti Airis mengerti maksud yang saya cuba sampaikan. Bonding di antara ibu dan anak =)
Biasanya Airis bangun lambat di pagi hari. Tapi disebabkan kami akan berjauhan sementara, saya biarkan Airis bangun awal. Dapatlah kami bergurau senda dulu. Dapat saya peluk cium dia dulu
Aktiviti di pagi sebelum Airis bangun, menyediakan bekalan susu untuk Airis |
Beberapa pose manja Airis untuk saya sebagai ubat rindu berjauhan. Kamu tengoklah. Siap posing bagai. Manalah ummi tak rindu Airis macam ni ^_^
Dah semakin semangat |
Pose ni yang buat saya gelak terbahak2. Siapa yang ajar posing macam ni ha. hahaha |
Ni mesti ikut gaya Mak Lang n Mak Usu ni =p |
i will miss u sayang |
Takpelah, ummi pergi pun sekejap je. Kata ayah, nak bawa Airis berjumpa ummi esok petang. Nanti kita jumpa ye. Jangan nakal2 ok ^_^
p/s : Akan ummi ganti balik masa bermanja Airis masa kita bercuti nanti =)
No comments:
Post a Comment