30 August 2018

2 + 2 + 1/2

As salam dan hai 

Wah... lama gile menyepi. Sampai pass pun lupa. haha. Takpelah, kita start balik ye. Harap2 puan punya badan rajin di kala kesihatan semakin baik ni =)



Update ringkas. Alhamdulillah 1st trimester hampir sampai ke penghujung. Kesihatan diri semakin baik walaupun tidak sepenuhnya. Ada masa nanti kalau rajin saya akan share pengalaman pregnancy kali ni. Yang lain dari yang lain sangat ^_^

p/s : Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia =)

21 December 2016

Junior Chef Class : Mini Pizza & Mashed Potato

As salam dan hai.

Semalam hari pertama Airis join kelas masak2 @ Junior Chef class kat sekolah dia . Balik je keje semalam bila dia nampak muka saya terus buat report. Terus tunjuk hasil air tangan dia ^_^

So menu semalam ialah mini pizza dan juga mashed potato. Gambar mashed potato lupa nak ambil 

Hasil air tangan cik Airis kat sekolah. Kena bakar dulu. Walaupun rupa dia biasa2 saja tapi rasanya mengancam. Sampai saya dan en. Abg share makanlah. haha

p/s : Tak sabar nak tengok hasil menu hari ni. Oh ye, tq kawan2 bagi ole2 dari Langkawi. Nampak gayanya proses fat to fit terbantut seketika la =p

20 December 2016

Sunway Velocity Mall

As salam dan hai

Ok fine baru tahu pasal kewujudan Sunway Velocity Mall ni. Itu pun bila scroll2 fb ternampak orang duk kecoh pasal opening mall ni. Terus tanya pakcik google kat manalah port mall ni. Alih2 dekat dengan Aeon Taman Maluri je. Cet! Dekat je ngan rumah rupanya. Macam manalah akak boleh sangat ketinggalan ni. huhu

Jadi Sabtu malam baru2 ni sempatlah singgah jap. Yang bebenarnya nak bawak anak2 jalan tapi tak pasti hala tuju. Nak yang dekat2 je sebab keluar rumah pun lepas maghrib. Mula2 ingat nak pi IOI Puchong tapi fikir2 balik gamaknya pukul brapa la nak sampai sana. Kalau ke Sunway Velocity Mall ni lebih kurang 10minit je. Itu yang langsung ke sana. Walaupun dah agak mesti ramai orang. Yelah tempat baru bukak kan. 

Ni gambaran Sunway Velocity Mall. Waktu malam memang meriah dengan lampu lip lap dia tu. Memang nampak happening la.
Sumber pakcik google

Sempatlah pusing2 jap dalam mall tu. Tapi tak lama mana pun. Takat nak hadam apa yang ada dalam mall tu. haha. So far macam best untuk window shopping. Macam rambang mata gak tapi bila si Auni ni tengah galak nak lari sana sini memang tak sempat la menelek. Takpe2, nanti ada masa sesuai kita usha2 lagi. Masa tu maybe semua kedai dah fully open. Sekarang masih ada lagi yang belum open, masih dalam proses renovation rasanya.


Ok, ni gambar ready di mata en Abg. Pasrah je akak. huhu
  

Dalam 6 7 kali snap, ni je gambar paling elok adik beradik ni. Yang lain tu malas nak komen. hahaha




p/s : Overall kalau rasa nak window shopping yang tak perlu pergi jauh, boleh la pergi sini. Dengarnya mall yang bakal bukak dekat dengan IKEA Cheras tu pun best jugak.

02 December 2016

Ganti Kepada Godaan Nafsu

As salam dan hai

Yey!!! Bertambah lagi koleksi besi kuning dalam simpanan. Dah hujung bulan baru teringat nak menambah besi kuning ni. Itu pun dapat 0.5g je sebab dah terbelanja hoye2 tah apa2. hehe. 

Takpelah 0.5g pun masih besi kuning. Walaupun kecil tapi sangat besar jasanya di masa akan datang. Buat kegunaan dua beradik tu di masa akan datang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan =)



p/s : Sambil berbelanja sambil beringat

25 November 2016

Turquiose Day

As salam dan hai

Hari ni kat sekolah Airis ada Haflah Day @ Students Year End Celebration. Untuk student yang join morning session, kiranya hari ni last day hadir ke sekolah. Tapi kalau untuk full session macam Airis, masih lagi ke sekolah. Cuma tiada sesi pembelajaran di sebelah pagi. Day care seperti biasa.

So hari ni no uniform sekolah. Terpulang kepada student nak pakai apa baju kurung/baju melayu/jubah. Bila tanya Airis nak pakai apa, katanya nak pakai baju kurung dengan tudung hello kitty. Walaupun bentuk hello kitty tu tak berapa nak ada sebab diamond dia banyak dah tercabut sebab ummi basuh pakai washing machine. hehe

ootd dengan anak dara hari ni =) 

p/s : Nak kemas bag balik kampung

15 August 2016

Berlangsung Sudah

As salam dan hai

Alhamdulillah majlis kesyukuran yang dirancang telah pun selamat berlangsung Sabtu lepas. Lega rasanya, tak payah nak fikir apa2 dah. Sebelum ni asyik sibuk prepare itu ini memandangkan ni 1st kenduri yang kami handle dalam skala sederhana. Lepas ni dah boleh fokus hal lain plak. Contohnya fokus menghilangkan babat2 berlebihan ni. hahaha

Kongsi 2 keping gambar di sebalik majlis. Gambar2 lain akan menyusul bila saya dapat gambar dari official photographer nanti. 

Beberapa jam sebelum majlis

Mak bapak pengantin =p

p/s : Penat masih bersisa

04 July 2016

29 Ramadhan 1437H

As salam dan hai =)

Update ringkas dari puan punya blog di petang hari terakhir sebelum mulanya cuti raya =D

Tahun ni kami beraya di Johor dulu. Kali ni pusing beraya akan bawa handbag baru yang first time nak pergi kutip duit raya. Tahun lepas tak kira lagi sebab masa tu Auni dalam hari. Saya pun duk memerap berpantang kat KL je. Mudah2an Auni tak meragam dan enjoy setiap masa ye ^_^

Mudah2an perjalanan balik ke kampung berjalan lancar dan kami selamat sampai. Sebelum tu,puan punya belog kasi ucapan raya sikitlah ye =)

Selamat Hari Raya buat sahabat2 saya semua. Pandu cermat jiwa selamat (copy paste ayat iklan tv).
Semoga tidak lupa daratan menjamah pelbagai juadah raya yang sedap tu (yang ini reminder utk diri sahaja) =p

Gambar raya kena tunggu raya nantilah kan. Takpe kita selit gambar pra raya dulu =)




p/s : Balik ni pulun sambung kemas bag. Jangan ada yang tertinggal sudah. Haru!