18 June 2015

1 Ramadhan 1436H

As salam dan hai 

Hari ni hari pertama berpuasa untuk tahun 2015. Alhamdulillah, setakat ni masih ok. Takde lagi rasa lapar, tekak pun takat haus2 biasa je. Cumanya mata ni je kuyu semacam, datangkan mengantuk je. Saya perasan simptom mengantuk yang saya kena masa awal2 pregnant dulu datang balik sekarang. Tido sambil duduk pun lena hehe

Pagi tadi sahur bertiga. Dengan Airis sekali bangun bersahur. Terus aktif sampailah nak hantar ke rumah pengasuh. Riuh jugalah pagi tadi dengar celoteh dia yang macam tu2. Airis sekarang ni memang riuh mulut dia. Kadang2 ayat yang keluar dari mulut dia tu sampai tak terjangka dek fikiran. haha

Dan si kecil dalam perut ni alhamdulillah memahami keadaan umminya yang berpuasa. Takde buat gerakan yang kuat melampau, just nice tanda ajak bermain. Tq ye adik, tolong ummi berpuasa. Kalau boleh, adik stay la dalam perut ummi sepanjang Ramadhan ni. Keluar ke dunia bila sampai masanya nanti =) 

Oklah, selamat berpuasa dan berbuka ye korang. Moga Ramadhan kali ni membawa segala nikmat dan keberkatan dalam hidup kita. Amin.


p/s : Sebulan je lagi

16 June 2015

Kisah Ringkas 3 in 1

As salam dan hai

Sedar tak sedar, usia si kecil dalam perut ni dah menghampiri 36 minggu. Maknanya tinggal 4 minggu lagi je sebelum Airis bergelar kakak dan keluarga kecil kami menerima ahli baru =)

Perasaan? Tak dapat digambarkan. Happy, excited, takut semuanya adalah. Happy mestilah sebab nak bertambah ahli keluarga. Takut pulak sebab dah lama berehat panjang. Nak dekat 4 tahun jugaklah. Dah macam nak beranak sulong rasanya. haha

Perancangan Allah tu memang cantik. Alhamdulillah rezeki diberi pada waktu saya dan en. Abg meminta. Mudah2an kami sudah bersedia mental dan fizikal untuk menerima kehadiran orang baru =)

Kalau perasan kali ni saya langsung tak update pasal perkembangan si kecil dalam perut ni. Agak bz mungkin dengan macam2 hal. Tapi sebagaimana saya teruja menanti kehadiran Airis, begitulah perasaan yang saya alami sekarang =)

Masa mula2 disahkan pregnant *selang beberapa hari usia Airis menginjak ke 3 tahun*, saya dan en. Abg sibuk menguruskan kisah pembelian rumah EA. Alhamdulillah, hadirnya si kecil dalam perut ni membawa rezeki. Hasil jual rumah SK, ada untung2 sikit kami ketepikan untuk menambah aset untuk hari tua.

Selesai kisah jual beli, sibuk nak repair rumah EA apa yang patut sebelum disewakan kepada orang. Mujurnya kondisi rumah EA ni masik elok lagi, cuma perlu touch up sikit2 dan cat baru untuk menambah seri. Proses nak cari penyewa pun tak makan masa yang lama. Hari ni iklan, esoknya dah ramai yang merisik khabar. Sudahnya rezeki melekat ke pasangan pengantin baru. Mudah2an berkembang keluarga bila dah duduk situ ye dik. hehe


Habis urusan rumah EA, terus fokus pada urusan rumah BA dan juga persiapan menyambut si kecil ni. Memandangkan ni anak kedua so saya dah tahu step2 persiapan. Dah tahu mana barang patut beli, mana tidak. Mana patut beli dulu, mana beli kemudian. Tak macam anak pertama dulu, pakai redah je. Sudahnya ada barang yang tak terpakai. huhu

Dapat kunci rumah BA setelah 2 tahun menunggu. Tiap kali hujung minggu inilah kerjanya, meninjau keadaan rumah. Dari mula2 nak cari kontraktor sehinggalah sekarang proses renovation dah hampir 80% selesai

Proses pasang plaster ceiling dan cornice


Perempuan dan cermin memang bff. Lepas ni tambah sorang lagi geng cermin. haha



Proses beli perabot mana yang perlu 

Survey perkhidmatan custom made curtain

Untuk bab langsir, dari A to Z semunya kedai langsir yang buat. Dari ambil ukuran, pasangkan rod dan juga langsir bila dah siap nanti. Akak dah sarat dek non, tak larat nak kisahkan benda alah ni.

Sambil tinjau2 progress rumah BA, sambil shopping barang si kecil. Harus diakui bab beli barang2 dan baju baby adalah part yang paling teruja sekali. Walaupun baju Airis dulu masih banyak yang elok sebab pakainya sekejap je, still tak dapat menahan diri dari shopping baju baby yang comel tu. Adik pun nak baju baru kan ^_^

Assistant ummi =)

Nanti boleh tolong ummi jaga adik ye kakak =)

Sampai sini dulu. Ada rezeki dan kesempatan saya mencoret lagi di sini. Doakan semua berjalan lancar ye =)


p/s : Raya ke tak raya eh...