30 August 2013

Aktiviti Syawal Di Hujung Minggu

Salam

Weekend baru2 ni agak bz. Sabtu ahad tak melekat di rumah. Hari Sabtu dimulakan dengan menghadiri jemputan open house officemate. Terima kasih Kak Aisyah dan suami atas jemputan =)

Muka monyok je sampai kawan ummi ajak main pun xlayan.

Kemudian ke office developer untuk selesaikan hal berkaitan rumah BA *ada masa nanti saya kongsikan*. Alhamdulillah semua berjalan urusan berjalan lancar. Hopefully rumah siap pada masa yang dijangkakan. Sekarang ni kami suami isteri ni sibuk berangan je nak masuk rumah baru. Tak sabar katanya. hehe

Balik dari uruskan hal rumah BA, singgah SR Sri Putra isi perut. Mungkin bila nanti kami sudah selamat mendiami BA, SR ni akan selalu dikunjungi =)

Suka betul Airis dengan Chocolate Indulgence cake ni


Makan sendiri je sekarang. Takpelah, learning proses. Cumanya redha ajelah bila comot sana sini -__-

Masa siang berjalan taknak makan, malamnya makan dengan berselera sekali

Hari Ahad merewang di rumah baru adik. Adik buat doa selamat masuk rumah merangkap open house

Bila sampai tengok khemah dah tersedia rapi cuma menunggu orang catering hantar menu utama

Dia pun nak ikut ummi lawat tapak =p

Orang yang diberi kepercayaan tinggi oleh adik untuk susun atur meja. Dia tau BIL dia handal bab2 macam ni. hehe 



Bos kecik siap silang tangan kebelakang ok buat lawatan tapak. Pak Lang as tuan rumah pun kena arah. haha

Mak dan mak mertua adik

Antara menu buatan sendiri. Yang ni adik tengah goreng karipap buatan mak mertua adik

Puan rumah yang bz. Lepas ni Mak Lang dah tak boleh dukung Airis selalu dah ye. Kesian adik dalam perut Mak Lang tu =)

Proses akhir siapkan kuah kari ayam untuk dicicah bersama roti jala yang saya tempah dari bs Airis

Kalau ada Mak Lang dan Mak Usu dia ni, ummi pun dia tak pandang dah




Menu utama hari tu nasi beriani, adik katering je. Antara menu yang dihidangkan pada hari tu






Rendang kerang air tangan mak mertua adik


Kari ayam dalam proses akhir sebelum dihidangkan

Menu yang wajib ada bila saya buat house warming nanti. Gandingan mantap dengan kari ayam mak. Fuh!





Pecan Butterscotch Cake yang nampak rupa biasa2 je tapi rasanya memang sangat sedap. Along order online je, delivery pakai Pos Laju.

Persediaan akhir

Tetamu terawal, ex-officemate adik di Damansara



Bacaan doa




Muka baru bangun tidur ^_^


Hobi terbaru Amani. Ibunya kata tempat ni dia akan tuju dulu kat mana2 open house kenduri. hehe

Berehat sebentar

Baju ni Mak Long Airis belikan. Saja pakaikan dorang baju yang sama. Ramai ingat dorang ni adik beradik =)

Tiga bersaudara. Sorang lagi coming soon. In Shaa Allah =)

Dah penat main kat luar, ajak dia lepak kat dalam rumah sambil tengok upin ipin



Tolong jagakan anak jiran adik sementara ibunya menikmati makan. Bagus budak ni, tak meragam langsung bila dijaga saya dan Along. Comel kan?

Lepas bangun tidur terus tukarkan Airis baju. Sedap dia bergandingan tidur sama2 atok =)

Nak amik hati tuan rumah sebab sampai lambat, sampai2 je terus basuh pinggan kat dapur. haha

Antara saudara mara yang hadir


Tq Mama Ina n keluarga sudi datang 



Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kehadiran tetamu yang tak surut dari tengahari sampai la ke petang. Along dan adik dah selamat pun buat house warming, 2 tahun lagi giliran rumah kami pula menerima kunjungan tetamu. In Sha Allah =)

Proses berkemas bila tetamu dah bergerak pulang semuanya. Adalah seoarang dua jemputan adik yang datang lewat petang, jemput makan dalam rumah je

Bz mak membekalkan anak angkat dia yang sorang ni


Rezeki Airis pada hari kejadian. Tq nenek, atok, uncle, aunt, kakak dan abang yang bagi Airis  duit raya =) 

p/s : Orang bila nak masuk rumah sibuk fikir deko2, tapi kami suami isteri sibuk fikir menu untuk house warming. Sabar ajelah. hahaha