28 June 2012

Naluri Ibu

Salam

Semalam berjalan kaki pulang ke rumah dari stesen LRT Pandan Jaya, tetiba terdetik dalam hati saya "Sedapnya kalau dapat makan kari daging. Cicah pulak dgn roti pratha. Sedapnyeeeeee"

Masuk2 je rumah mak, terus saya cakap "Mak... Mak tau tak ida teringin makan apa sekarang..."
"Teringin apa?"
"Kari daging" sambil buat muka terliur gila
"Memang mak masak kari daging pun. Makan lah"


Naluri ibu :)


Terus saya ke dapur ambil pinggan. Bersedia nak makan dengan banyaknya. "Taknak tunggu pakwe makan dulu ke?" tanya ayah saya.
Sambil sibuk mencedok nasi saya jawab "Lapar la. Makan dulu la"

Ayah dan emak saya geleng kepala sambil gelak. Anak dia ni memang cerewet bab makan tapi kalau dah suka satu benda tu, memang tak menyempat :)

Saya pun makanlah. Airis saya biarkan bermain dengan Mak Usunya. Makan dengan khusyuk.

Terdengar mak saya bertanya "Sedap tak?"
"Sedap!. Pasal tu lah senyap je. Nak menikmati"

hahaha. Begitu sekali saya lepas mengidam. Hebat bukan? hehe

"Camtu bawak balik sekali la. Mak masak banyak tu. Nanti balik boleh cicah dengan roti"

Ok, mak! Ida menurut perintah bawak balik kari daging mak yang marvelous tu. Masakan ibunda adalah yang paling terhebat :)

Otw balik singgah Giant sebentar. en. Abg nak bayar bil Maxis sambil nak beli roti paratha idaman isteri beliau ni. Gigih beliau nak menunaikan keinginan isteri. Tq bang. i sayang u banyak2 ^_^

p/s : Tak berkesempatan lagi makan roti paratha cicah kari daging. Petang ni nak kosongkan perut skit. nak pekena kari daging sedap. Yabedabedu!

27 June 2012

Tersasul Saja

Salam

Semalam ketika sampai ke rumah mak, buka2 pintu je lihat ayah dan Along saya di ruang tamu. Saya pula sedang mendukung Waiz yang sedang mamai. Dah besar budak tu, agak terasa bila mendukung dia.

Tau ajelah bila ada ramai budak2 dalam rumah, macam2 bunyi ada. Ayah saya sekejap teleng ke kanan, sekejap teleng ke kiri. Sibuk melayan dan mengacah cucu2. Tak tau nak layan mana satu dulu. Yela, dulu Waiz seorang je. Sekarang dah ada Airis dan Amani. Gilir2 ye wahai cucu atok ^_^

Saya pun sama. Baru ada 3 budak kecil dalam rumah, sudah tersasul-sasul memanggil. Nak panggil Airis, saya sebut Amani. Nak panggil Waiz, saya sebut Airis. Airis dan Amani saling bertukar. Harus tepuk dahi macam ni. huhu


Nama lebih kurang sama. Jom kita tengok rupa dorang sama tak? ^_^

Yang kecil atas bouncer tu Nur Amani. Jejaka macho tengah tu Waiz Miqdad. Dan pastinya yang sibuk mengangkat kaki tu, puteri saya Nur Airis Afrina. Buah hati keluarga :)



Bila melihat gambar ni teringat pada dialog Along saya "Macam nilah rupanya kalau anak aku lahir tahun 2010, 2011 dan 2012. Bayangkanlah."


hahaha


p/s : Ok, saya sedang membayangkan =p

26 June 2012

Perkembangan Airis @ 7M 29D

Salam

Hari ni Airis dah pun berusia 7bulan 29hari. Lagi 2 hari umur anak dara kenit saya bakal menginjak ke 8 bulan. Airis saya dah besar! :)

Time flies so fast. Sungguh! Kedip2 mata, 7 bulan telah berlalu ^_^

Dua tiga hari ni saya dan en. Abg perasan yang Airis dah mula nak merangkak. Tapi separuh jalan. Tapi akhirnya kelmarin Airis berjaya jugak merangkak setapak. Depan mata saya sendiri. Happy gile saya.

Semalam bs cakap Airis dah boleh duduk sendiri. Saya pun ternanti-nanti jugak bila dia nak tunjuk skill baru dia tu. Alih2 malam tadi sikit punya galak dia mencuba skill baru tu. Berjaya! Airis dah boleh duduk dengan sendirinya :)

Dua pencapaian serentak. Gud job sayang :)

Sedikit info perkembangan bayi yang berusia 7 bulan:

Melonjak-lonjak

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya(dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya. Dulu kuat melonjak tapi sekarang tak lagi.

Belajar memegang

Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek. Success. Dah boleh pegang cawan 2 tangkai dengan bantuan ummi dan minum air suam tapi meleleh ke baju :)

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

Tumbuh gigi

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya. Gigi Airis masih lagi malu2 nak tunjukkan diri. hehe

Menguji autoriti anda

Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya. Ok, mari praktikkan supaya hp ummi dan ayah tak jadi mangsa keadaan. hehe

Perasaan tak senang ketika berpisah

Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam. Airis dah pandai merengek atau buat muka bila dihantar ke rumah bs. huhu

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Kemahiran mengenal

Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat. Pernah Airis terkejut gara2 suara saya sedikit kuat ketika mengangah dia. haha. My mistake =p

Memahami bagaimana objek berhubung kait

Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya. Aktiviti favourite Airis. Ummi dan ayah pun dah macam kanak2 ribena. haha


Patung dan permainan yang menyeronokkan
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah "semudah mengambil gula-gula daripada bayi" tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya. Airis takmo main dengan toys yang ummi dan ayah belikan. Yang dia nak main tupperware or bekas2 plastik. Ayoyoyo...


Our anak dara @ 7M 26D








Belikan bola-bola comel yang colourful untuk menarik perhatian si kecil ni




Alih2 price tag yang dikumamnya. Alahai Airis...huhu



Happy 8months old in advance Airis! Ummi & ayah love u sooooooooooooo much! :)


p/s : hug & kiss 4 u darling. mmmmuuaahhhhhh!

22 June 2012

Lunch @ Pizza Hut

Salam

Ini aktiviti saya dan Kak Izan tengahari tadi. Makan Pizza Hut! Yeyyyy!!!



Menu for today. Hut's Platter & Cheese Baked Meetballs



Dan juga semestinya Super Supreme pizza. Kalau datang Pizza Hut tapi tak makan pizza mesti tak sah kan :)



Orang yang rajin melayan saya ke sana ke mari. Jom saya belanja makan pizza sampai kenyang ^_^



Ummi Airis yang semakin sihat dan comel. hehe



p/s : Tetiba teringin makan buah berangan. Boleh je cari kat JJ, tapi ada orang tu kata nak carikan untuk saya. Bestnya! Bahagia dalam hati. TQ u :)

Senyum Di Pagi Jumaat

Salam

Alhamdulillah. Murah lagi rezeki di pagi Jumaat yang mulia ni :)



p/s : Mudah2an terus dimurahkan rezeki sehingga Airis berusia 2 tahun. Kalau lebih, lagi bagus :)

20 June 2012

Semakin Hampir ke Ramadhan

Salam

Minggu lepas en. Abg bagitahu saya yang di ofis beliau dah mula aktiviti jual menjual kueh raya.

"Sayang, kat opis abg dah start jual kueh raya"
"Abg beli tak?"
"Tak la. Tak sedap."
"Cepat ye.. Kat ofis orang belum ada apa pun lagi"
"Jual kueh raya tapi sample takde"
"Dah tu mana abg tau tak sedap?"
"Tau la. Tengok pun tak sedap"


Huh! Sabar je la suami i ni. Laser tau.... huhu

Tapi betul jugak kan. Kalau tengok rupa pun tak semenggah, macam dah boleh agak rasa tak sedap. Macam terasa je kat anak tekak ni ketidaksedapannya tu =p

Saya dah bagitahu en. Abg dan Along saya, tahun ni saya nak beli kueh sikit je. Dalam 3 4 jenis camtu. Selebihnya saya nak beli kerepek2 or kacang2 yang boleh dijadikan kudapan sambilan.

Serius. Memang saya taknak beli banyak macam tahun2 lepas. Selalu sangat tak habis. Dulu masa en. Abg bekerja di AD, bolehla saya tapaukan untuk beliau bawa pulang ke sana. Tapi sekarang beliau dah menetap bersama saya dan Airis, pada siapa mahu saya berikan. Sudahnya nanti melemau sendiri kueh2 tu di dalam balang. Membazir je...

Rasanya tahun ni memang takde peluang saya nak bakar2 kueh ni. Tak sempat lah. Nak2 lagi Airis sekarang semakin aktif. Sedih tau, tak dapat nak makan biskut cornflakes resepi turun temurun mak saya tu. huhu.

Tapi Along saya beriye ajak buat kueh raya kat rumah dia. Orang dapat oven baru kan. dekat rumah baru pulak tu. Semangat gitu. haha. Harap2 menjadi la planning kite tu ye long ^_^


p/s : Dah mula nampak banner iklan buffet untuk berbuka puasa. Bak kata ayah saya, Ramadhan sekarang sudah jauh berbeza dari dahulu. Fikir Ramadhan, fikir makan2. Pengertian Ramadhan telah berubah. Hmmmm...

18 June 2012

Menyambut Di Subang Airport

Salam

Semalam saya dan keluarga pergi menjemput Along sekeluarga yang bari tiba dari Kelantan. Tamat sudah tempoh berpantang 44 hari. Kakak saya sudah kurus..... dari saya. Stress di situ =p




Setelah beberapa tahun tak ke sini. Dalam airport masih ok tapi parking luar airport maintenance kureng skit.





Sementara tunggu ketibaan orang jauh ^_^



Boss kecik pun nak massage jugak. hehe






Anak dara ummi, duduk elok2...Awak kan pakai skirt pendek =p




en. Abg pun ambil peluang jugak. Hai la en. Abg, di rumah Johor kerusi urut ni tak dipandang pun. Kat sini boleh pulak kamu berkenan ye...



Aksi Waiz sebaik sahaja melihat kami di pintu menunggu. Ah! Rindu sangat dengan si hensem ni. Sampai2 je terus peluk atok. Lepas tu baru nak salam semua sambil sengih2 comel dia tu



Atas permintaan orang yang baru habis berpantang, kitorang singgah sebentar ke Senawang. Puan rumah tak sabar tengok rumah. Sabar ye, raya nanti sakanlah kamu beraya di rumah baru :)



Sopan bebenar budak ni. Siap bukak kasut bagai. Bila disuruh sarung semula kasut, dipakainya terbalik. haha. Suka hati kamulah Waiz. Janji kamu senang hati :)



Tengok Along meninjau rumah, saya pun turut excited. Alhamdulillah, rezeki dia. Lepas ni mudah2an rezeki kami sekeluarga pulak :)



Airis muka monyok sebab mentah tidur. Kesian dia, penat dihurung ke sana ke mari



View from master bedroom. Bilik ni agak luas, boleh muat dua katil queen



View belakang rumah. Boleh bercucuk tanam kakak i. Selalu tengok student bercucuk tanam, sekarang giliran dia pulak. hehe




Latest pic of Amani. Dah ada double chin macam Mak Ngah. hahaha. Takpe, kecik lagi. Besar nanti grenti comel, macam Mak Ngah jugak =p



Budak yang takmo tidur. Dan tak boleh berenggang dari ummi




Petang tu balik dari rumah Mak Long Airis bantai tido sikit punya lama. Sepanjang perjalanan dari Seremban, sampailah hantar atok balik ke Pandan Jaya, kemudian pusing balik ke Puchong Airis tetap lena. Dia paham ummi dia penat, kasi ummi rehat. Thanks sayang :)




p/s : Seronok bila ada ramai budak dalam keluarga. Semakin meriah, macam2 ragam :)

15 June 2012

Untuk Airis


Alhamdulillah :)

Kadang2 hasil memberangsangkan. Kadang2 merudum. Usaha dan tawakal adalah ubat yang paling mujarab. Dengan syarat niat mesti betul. InsyaAllah, Airis sihat, ummi dan ayah senang hati :)


p/s : Balik ni Airis dapat minum susu perisa kfc ^_^

Sudah Muntah-Muntah

Salam

Kenyang betul perut saya tengahari ni. Mana taknya, lunch tadi sakan saya dengan Kak Izan makan KFC *tq kak izan coz belanja i yang entah berapa puluh kali* Eh! Korang tahu tak kfc ada keluarkan ayam perisa baru? Flaming Crunch namanya. Ayam baru ni bersalut dgn cornflakes. Tapi kurang sedap la, masih tak dapat nak lawan ayam perisa spicy yang biasa tu.

Otw nak balik ofis, dalam kereta saya dan Kak Izan sama2 mengadu kekenyangan teramat sangat. Saya usah cakaplah, perut rasa penuh gila. Rasa nak muntah pun ada. huhu

Bila sampai ofis terus saya cakap dgn Kak izan "Kak, kenyang sangat sampai rasa nak muntah la"

Tetibe saya terdengar perlahan seorang ofismate, Kak Shila cakap "Ada ke? Kecik lagi tu...Kesian kat dia..."

hahaha... Ini muntah sebab muak kak. Bukan sebab buatan orang. hehe

Terus Kak Izan buat lawak "Nanti dulu dik. Bawak bersabar sikit. hehe"


Airis masih kecil lagi. Belum puas dia dimanja dan bermanja dengan saya. Sekurang2nya biarlah dia besar sedikit. Kesian kat dia nanti... Mana nak cium peluk dia, mana nak peluk cium adik dia. Tu belum ayahnya lagi...tetttttttt....hahaha


p/s : Saya tak akan pernah menidakkan sekiranya rezeki didatangkan lebih awal dari apa yang dirancang...DIA tahu yang terbaik buat hambaNya.

14 June 2012

Percutian Bersama Atok Dan MakTok

Salam

Last weekend atok dan maktok Airis datang ke rumah. Saja datang ke sini sementara sekolah tengah bercuti. Datang naik bas. Senang, turun2 bas dah sampai. Tunggu kitorang jemput je.

Jadi malam Khamis tu saya dan Airis pun ikutlah en. Abg pergi menjemput di TBS. Dari rumah mak, lepas dah mandi semua terus ke sana. Kalau balik dulu ke Kinrara, pastu pergi semula ke TBS entah pukul brapa la gamaknya kitorang sampai. Jalan mesti jem kaw2 punya.

Kali pertama saya menjejak kaki di TBS. Cantik rupanya tempat ni. Ekslusif dan selesa. Jauh berbeza dengan Puduraya yang lama. Kalau macam ni cantiknya TBS ni, balik kampung naik bas pun saya rela. haha


Macam dah kat airport pulak rasanya. hehe



Ha, Airis seluk apa dalam poket ayah tu....



Lepas dah jemput PIL, singgah makan kat food court dulu. en. Abg dgn i kongsi2 makan soto. Kitorang kan on diet =p



Terpaksa cover badan akak yang sedang berkembang dengan jayanya ni. Mujur ada Airis. TQ sayang :)




Sabtu pagi saya dan en. Abg bawa PIL ke Kg. Baru untuk bertemu dengan kawan lama semasa ayah mertua berkhidmat di Felda Bukit Jalur, Gemas. Kawan PIL saya ni meniaga kecil2an. Pagi jual kueh mueh dan juadah pagi. Tengahari jual menu laksa, mee kari, bihun sup dan etc. Memang langkah kanan la rombongan kami ni. Padahal dah breakfast nasi goreng+tempe kat rumah tadi. *Tempe tak boleh tinggal tu. PIL import dari Kluang. hehe*


Pakcik makcik tu dok puji Airis tak banyak ragam. Duduk senyap je dalam dakapan saya. Airis baru bangun tidur memang macam tu, senyap je. Nak2 pulak bila tengok kawasan sekeliling nampak asing je..



Sementara tunggu orang tua borak2, tumpang bf Airis dalam rumah



Punya penat sampai ternganga mulut. hehe



Petang tu pula, aktiviti keluarga berpindah ke Port Klang. Aktiviti isi perut di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.



Otak2 wajib order kalau kitorang datang sini



Mainan Airis. huhu



Si gadis yang berdarah manis



Mak Lang layan Airis sementara ummi rest dan menikmati angin laut =p




Anak dara a.k.a chinta hati




Ummi nak cayang sket...



Jom kite order




Try dudukkan Airis dalam baby chair ni. Mula2 nampak macam comfortable je dia



Alih2 minta diangkat. Gayat kot ditinggal keseorangan ^_^



Ais adalah terlarang bagi yang dalam on diet



Bismillah...



Ahad pagi breakfast di Larriz. Jauh skit mencari breakfast, ambil angin pagi



Headband masih terletak cantik



Headband sudah hilang dari kepala. Ingatkan ditarik Airis, rupa2nya atok yang cabut. Kata atok benda tu pelik. haha. Ayah saya memang comel :)



Teh tarik untuk saya dan ayah. Saya kan anak ayah :)



Menu santapan pagi. Sebelum makan sila baca arahan yang tertera atas meja tu ye. Kalau x, nanti kembung perut baru tau =p



Atok & maktok Airis



Orang tengah borak2, Airis still dengan habit biasa dia. Tak kira handbag or wallet ummi. Kali ni wristlet nenek jadi mangsa. huhu



Muka orang yang dah kenyang. Tq en. Abg. Next time kita datang sini lagi makan best2 eh. Ajak sekali orang Jalan Duta tu. Dia tengah memikirkan Larriz je. hehe



Sehari sebelum diserang demam urat



Kebetulan cousin en. Abg ada yang menetap di bangi. Jadi da alang2 da dekat, singgah jap kat rumah cousin en. Abg tu.


Heart 2 in 1 box ni. Boleh jadi kerusi dan pada masa yang sama boleh simpan barang dalamnya. Harus saya cari untuk dijadikan tempat simpan mainan Airis. Tapi kat mana ye... Lupa nak tanya tuan rumah



Airis nampak comfortable duduk dalam baby chair ni. Mungkin boleh beli. Nak ajar dia duduk awal2, nanti senang dah besar. Tak payah dipangku, ummi ayah pun boleh makan dengan tenang. hehe



Ok, lepas da kenyang makan mee bandung yang sedap tu jom kita balik. Perut dah senak sangat dah ni. Tq tuan dan puan rumah. Ada masa kami singgah lagi :)