29 March 2012

Makan Nasi Minyak

Salam

Lepas berehat sekejap setibanya di kampung terus siap2 nak ke majlis kahwin. Alhamdulillah, cuaca cantik. Airis pun behave je. Kalau dia merengek manja takpe, mak tok dia ada. hehe


Terima kasih mak mertua yang dukung Airis. Boleh la ummi menikmati betol2 nasi minyak ni. i love u la mak =)



Asyik memandang ayah yang sedang makan




Renjis2 dipilis. Sama cantik sama padan. Lepas seorang, seorang lagi bestfriend en. Abg naik pelamin. To Fairuz, Selamat Pengantin Baru jugak =)



Bam-bam yang pinky2



Terbaring kepenatan lepas sampai ke rumah. Hai, usha handbag ummi nampak...



Berminat betol nampak. Tunggu besar sikit, ummi beli handbag pink untuk Airis. hehe



Separuh hari Sabtu telah berlalu. Bagi Airis rehat cukup2. Esok nak jalan2 lagi. JB yok! ^_^

Airis Balik Kampung

 Salam

2 minggu sudah saya dan en. Abg berkesempatan menghadiri kenduri kahwin bestfriend en. Abg di Kluang. Sebelum tu, congrates to pasangan pengantin baru, Firdaus dan isteri. Firdaus ni dulu pengapit en. Abg di kedua2 majlis. Alhamdulillah, sudah selamat bergelar suami. Moga kekal bahagia hingga ke akhirnya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah =)

Majlis diadakan hari Sabtu tengahari. Saja saya dan en. Abg ambil cuti hari Isnin depannya, boleh berlama sikit di kampung. Biar Airis menikmati suasana kampung. Nenek dan atok belah ummi duduk bandar, mana nak merasa suasana segar kampung ni. hehe


Bam-bam yang dah ready nak bertolak. Macam tau2 je nak balik kampung, dia bangun awal hari tu. Sama macam hari dia pergi sekolah *Saya dan en. Abg memang bahasakan rumah pengasuh tu as a sekolah*




Hye plane! Jom kita main sama2 ^_^




Ramai yang kata muka kitorang sama. Yeke?



Ok, kita pandang sana pulak sayang. Bajet candid hape ^_^



Kesian ayah keseorangan di depan =p



Bila dia dah start bosan dan mulut pun dah bising inilah jadinya. Posing time Airis. Yeay!




My anak dara yang semakin aktif ^_^







Rehat sebentar @ RNR Pagoh. Lepas ni Airis pulak drive ye? hehe



Si ayah yang menurunkan petua pemanduan berhemah kepada si anak =p



Sampai kat rumah FIL, haruslah Mak Tok dan Atok menyambut cucu yang jauh ni. Mak Usu Azwa pun ada. Jom2! Kita pi makan nasi minyak free.. haha

26 March 2012

Airis Nak Masuk 5 Bulan Da :)

Salam

Diam tak diam 28hb Mac ni Airis dah masuk 5 bulan. Semakin banyak keletah si bam-bam tu. Semakin menghiburkan :)

8 Mac lepas bawak Airis pi Pusrawi untuk dapatkan injection Triple Antigent dos yang ketiga. Kali ni bila ditimbang berat Airis dah pun naik ke 6.93kg. Tak la naik sampai 1 kg tapi kenapa ummi tak larat dukung Airis lama2 eh. Mesti sebab tulang ummi tak kuat sebab kurang kalsium. hehe

Tinggi Airis pulak dah mencecah ke 62.5cm. Dah meninggi rupanya si bam-bam ni. Patutlah banyak seluar dah makin singkat. Baju pun banyak yang dah tak muat padahal baru je beli. Pakai pun berapa kali je. Salah ummi sebab beli baju ngam2. Mujur beli yang cap cikai je.haha. Takpelah, ada masa nanti kita packing je baju2 tu kasi simpan untuk adik Airis nanti. Adik? jeng jeng jeng =p

Budak yang kena inject. Tak menangis langsung. Mana taknya, doc Ruzini beriye mengusik dia, tersengih manja memanjang la. Alhamdulillah sepanjang dapat injection Triple Antigent ni Airis tak pernah demam. Airis kan kuat :)




Sedikit perkembangan Airis :

Suka menghisap jari, tangan or lengan saya. Pantang dapat, mesti masuk mulut nak gigit. Macam nak tumbuh gigi je gayanya. Teringat teether yang dibeli kat UK dulu. Terus bagi dia gigit benda alah ni. Selamat tangan ummi. hehe. Bukan apa, tangan saya bukan sentiasa bersih. Takut kuman menyinggah.

Baby dalam perut baru nak masuk 4 bulan, i dah beli teether siap2. Preparation maaa =p



Dah boleh meniarap dengan hebat. Airis start boleh meniarap masa berusia awal 4 bulan tapi masa tu jarang dapat tengok dia buat cubaan meniarap. Kat rumah pengasuh adalah. Kat rumah sendiri, memang dia malas. huhu. Tapi sekarang sudah meniarap dengan jayanya sampai asik nak meniarap je. Pantang dapat peluang, asal letak nak meniarap je kejenya. Sampai nak siapkan dia lepas mandi pun dah payah sangat.

Airis meniarap tak kira tempat dan masa :)






Nampak comel dengan baju pemberian ibu Izan :)




Dah boleh gelak yang disertai dengan suara tapi teramatlah jarang didengari. Masa 1st time dia gelak macam tu, saya dan en. Abg saling berpandangan. Kitorang terkejut! But seriously, suara Airis merdu sgt. Boleh tak perasan macam tu. haha

Suara Airis semakin nyaring nak2 lagi time dia mengamuk. Kalau dia dah buat suara nyaring dia tu, lintang pukang ummi dan ayah sambar dia bawak pusing2 rumah kasi senyap. Hai la Airis... :)

Sebulan lagi sebelum Airis berusia 6 bulan. Dah bolehla saya survey2 apa solid food yang sesuai untuk diberikan untuk Airis. Tak sabarnya. Yey! ^_^

Kembali Hamil

Salam

Airis akan mendapat adik. Saya kembali hamil ^_^

Terkejut? Saya pun terkejut. Sangat terkejut. Sebab tidak dirancang sama sekali. Tapi rezeki Allah, saya terima. Anakkan pembawa rezeki :)

Saya disahkan hamil 4 bulan. Sekali lagi terkejut. Bukan sedikit-sedikit tapi kali ni terkejut besar.

Sebab pantang saja sudah memakan masa 44 hari. Airis pulak baru nak masuk 5 bulan. Macam mana pulak si kecil dalam perut ni sudah menjangkau usia 4 bulan?

Doc salah kira ni...


Jangan tanya saya untuk kepastian. Saya sendiri tiada jawapan untuk soalan yang bakal diutarakan

Sebab mimpi saya hanya berakhir disitu. hehe. Mimpi rupanya... Lega =p

Jujurnya saya belum bersedia untuk kembali hamil buat masa ni. Terlalu awal saya rasa. Bukan mahu ditolak rezeki pemberianNYA, tapi DIA tahu apa yang tersirat di hati saya.

Saya ceritakan mimpi tersebut pada offismate saya. Baik Kak Lin, Kak Sha dan Kak Izan memberi respon yang sama. Kata mereka, bak kata orang tua-tua nak dapat rezeki :)

Rezeki apa tidaklah saya tahu. Sama2 la kita nantikan. Mana tahu rezeki si bam-bam. Alhamdulillah...


p/s : Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk en. Abg

21 March 2012

Makan2 @ Secret Recipe

Salam

Tertunai sudah hasrat en. Abg nak makan cake Secret Recipe. Rupanya ada lagi hajat yang tak tertunai selepas balik dari AD. Kalahkan keinginan ketika saya mengandungkan Airis dulu pulak =p

Takpela, boleh bawak Airis jalan2 sekali. Asik terperap kat rumah je, kesian si bam2 tu. Bagi chance la dia ambil angin luar, luaskan pemandangan. hehe


Ok, nak order apa ye... Eh! Kata nak makan cake je?


Si bam2 yang bukan main suka lagi dapat keluar jalan2



Buah hati ummi & ayah yang semakin aktif. Tapi sangat behave bila berada di public. Gud girl :)



Kiss me pliz honey :)



Santapan pada hari kejadian. Kek tu sangat sedap. Mujur en. Abg order air yang saya tak berkenan. Kalau tak gugat jugak hati ni. Setakat ni nafsu pada minuman berais masih lagi boleh dikawal. Harap2 sehingga Airis berusia 6 bulan saya masih mampu berpantang ais walaupun tidak sepenuhnya ^_^



Fish n Chip atas request saya. 2 3 hari sebelum tu memang dah bagitahu en. Abg nak makan fish n chip. Terfikir nak makan kat Santai Tasik Titiwangsa tapi kena waktu malam. Sebolehnya saya elak makan di luar pada waktu malam ketika Airis masih kecil. Pesan orang tua2 kan jangan dibawa bayi yang masih kecil keluar malam. Tapi kalau dah terdesak tu, takde masalah kot. Jadi Airis, tunggu Airis besar sikit dah boleh mamam ummi bawak ye :)



p/s : Lepas ni en. Abg mengidam apa lagi la agaknya. Best jugak, boleh wife dia yang semakin kuat makan ni tumpang sekaki =p

14 March 2012

Botol Susu

Salam

Kali pertama saya bagi Airis minum susu dalam botol ketika dia masih dalam hari. Rasanya ketika masuk minggu ketiga. Saya gunakan botol susu Avent. Masa tu Airis minum dengan rela tanpa sebarang protes. Kuantiti sekali minum lebih kurang 2oz.

Saya ajar dia guna minum guna botol dalam masa lebih kurang seminggu. Bila tengok dia dah ok, saya pun skip guna botol. Satu sebabnya saya rasa leceh sebab kena panaskan susu dulu. Belum sempat panas, Airis dah menangis sebab lambat dapat susu. Dan satu sebab tak sempat saya nak pam susu, Airis dah sibuk nak menyusu. Lama2 saya direct bf Airis je


Sampai la dah nak abis berpantang. Saya cuba gunakan botol susu kembali. Sangka saya Airis akan menerima dengan rela, tapi sangkaan saya teramatlah meleset. Sebulan lebih tak merasa puting botol, dia sepenuhnya menolak untuk menyusu melalui botol. Berhari2 saya training, dari rumah mertua lagi. Tapi hasilnya amatlah mendukacitakan. Sebab tak sampai hati tengok Airis menangis beriye, saya direct bf je sampailah balik semula ke Kinrara.

Mak mertua ikut saya balik ke Kinrara. Keesokan hari selepas tiba di rumah, maka misi training pun bermula la semula. Kali ni saya bertukar ke botol Tommee Tippee dengan harapan Airis takkan tolak botol ni yang katanya Closer To Nature dan putingnya yang seakan-akan sama dengan puting ibu. Hampa jugak bila Airis refused untuk minum susu di samping menangis yang buatkan hati saya sayu. Ikutkan hati saya memang saya give up je. Mujur ada mak mertua yang membantu. Dia yang tolong susukan Airis. Saya pulak dalam keadaan susah hati.

Akhirnya minum jugak Airis susu tu dalam pukul 3.30ptg. Bayangkan dari jam 5pagi sehinggalah 3.30 petang dia berlapar. Bukanlah dia tak minum langsung susu botol tu tapi sedikit-sedikit buat syarat hilangkan dahaga dia tu. Berjayalah misi tu dan 3 hari berikutnya saya susukan Airis sepenuhnya pakai botol susu.

3 hari tak direct bf Airis, saya rasa rindu. Rindu nak direct bf Airis. Rindu nak usap rambut dia masa dia tengah bf. Dan rindu sekali nak lihat renungan manja dia pada masa yang boleh saya dapat ketika bf dia. Lepas tu terasa payah untuk bangun malam2 untuk panaskan susu. Jadi saya ambil keputusan malam tu terus direct bf Airis.

Rupa2nya kerinduan saya tu membuatkan Airis sekali lagi menolak untuk minum susu botol. Lagi2 bila saya yang susukan, memang dia tolak habis2an. Mungkin terbau badan saya. Jadi mak mertua yang susukan. Dia minum tapi tak berapa nak sangat. Tapi bolehla dari tak minum langsungkan.

Bila mak mertua balik ke kampung semula, maka berdualah saya dengan Airis di rumah sementara menunggu emak datang ke rumah. Emak saya kurang sihat dan adakalanya harus pergi ke hospital untuk check up. Nak taknak saya harus training Airis seorang diri.

Memanglah bercinta betol nak susukan Airis guna botol ni. Tiap kali dia nak minum susu je, tiap kali tu la kitorang berperang. hehe. Sampailah kadang2 dia letih dan mengantuk, jadi dia minum jugak tapi dalam kuantiti yang sedikit. Maka terbuanglah susu tadi yang tak habis tu. Takpela, janji Airis nak minum walaupun sedikit.

Sampai satu tahap saya dah biasa dengan tangisan Airis bila diberi susu dalam botol. Lain pulak bagi emak saya yang terasa hiba melihat cucunya begitu. Yela, menangis sampai meleleh air mata. Pernah jugak saya rasa kesian dan nak direct bf je. Tapi saya fikir kalau kat rumah pengasuh dibuatnya dia taknak minum susu botol macammana? Takkan saya nak berlari balik ke rumah kot? Bukannya dekat2. Jadi saya bulatkan hati, untuk kebaikan dia jugak..

Atas nasihat Kak Izan, saya tukarkan puting Airis kepada yang lebih lembut. Tukar puting bermakna botolnya pun harus ditukar jugak sebab botol Avent dan Tommee Tippee jenis wide neck. Sudahnya saya guna botol yang lebih kurang di bawah ni. Tapi bukanlah brand yang sama. Tak kire apa brand, saya guna yang comel2 je.



Sekarang ni pengasuh kata Airis dah boleh minum susu botol. Tak macam dulu yang minumnya sediki-sedikit. Kalau kena mood habislah minum 3oz sekali minum. Kalau tak berbakilah sedikit. Disebabkan storage bottle Bumble Bee tu boleh jadi botol susu, saya guna botol tu je. Just panaskan je susu kemudian cucuk puting. Siaplah untuk diminum Airis.

Begitulah cerita Airis dengan botol susunya. Buat masa ni saya peram dulu botol Avent dan Tommee Tippee tu. Bila Airis dah besar sikit maybe saya gunakan semula. Sayang dah beli jauh2 tapi tak diguna. Dari UK tu nak oi =p


p/s : Geram tengok botol yang design dia cute2. Agak2 Airis semangat tak nak menyusu kalau tengok botol2 cute tu? hehe


07 March 2012

3 Hari 3 Malam

Salam

Sudah 3 hari tidak bertentang mata dengan ayah Airis. Rindu...


Petang nanti akan ketemu. Hilanglah rindu di hati ni. Phewitttt! ^_^

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita


p/s : Maaf atas mood jiwang di petang hari =p

06 March 2012

Jalan2 Airis Di Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu lepas sekali lagi bawa Airis berjalan. Tak ke mana pun, hanya di sekitar kawasan rumah je. Tujuan asal nak cari barang ayah. Alang2 cari sekali barang si kecil ni.

Saya dan en. Abg dah bersiap terlebih dahulu. Cuma menunggu Airis bangun dari tidur. Tak sampai hati nak kejutkan dia. Jadi biar dia tidur puas2 dulu, bila bangun nanti baru ada mood nak jalan2. Takdalah dia merengek manja yang buat ummi dan ayah kelam kabut. hehe

Airis dah ready nak jalan. Sekarang ni memang nak berdiri je budak ni, jarang sangat dia berbaring dengan tenang. Tahan sekejap je, lepas tu mula la dia bising2 minta diangkat.




Airis yang excited nak jalan =)




Si chomel ummi dan ayah =)




Sebelum tu minum susu puas2 dulu. Kasi charge power banyak2. hehe




Dari Parkson kite Giant pulak ye sayang. Jalan lagi eh?





Dah start aktif. Ingatkan dah bosan baring je. Tapi rupa2nya...




Dia mengantuk daaaa... Terus tertidur sampaila dah sampai kat Giant. Terus pindahkan ke stroller sebab ummi dan ayah nak menjamu selera dulu




Santapan tengahari yang sedap dan mengancam. Nak2 lagi tengah lapar. hehe




Inilah barang Airis yang dicari sangat tu. Puting susu je pun. Tapi kurang2 dapat bawak si kecil ni jalan2 kan




Ini juga untuk Airis, Legging Angry Bird kaler pink. Yang ni tak masuk dalam senarai tapi sebab kiut sangat haruslah beli untuk si bam2 tu. Tak sabar nak bagi Airis pakai, mesti chomel je tersarung di peha dia yang debab tu. hehe



Setakat ini, Airis sangat senang diurus ketika dibawa keluar berjalan. Belum lagi buat aksi yang tidak diingini. Dapatlah ummi dan ayah berjalan dengan santai dan relax. Thanks sayang1 =)