29 September 2011

P : 36W

Salam

Hari ni masuk 36minggu membawa si kecil di dalam perut =)

Minggu lepas hari Khamis ada check up di Pusrawi. Lepas ni jadual check up adalah dalam selang masa 2minggu. So, check up akan datang adalah pada 6 Okt 2010 masa baby nak masuk 37minggu.

As usual, buat benda yang sama seperti check up sebelumnya. Alhamdulillah semua ok. Berat pun naik dengan hebat, 1.9kg dalam masa 2minggu. Sekarang ni berat ummi dah jadi 74.5kg. Fuh! Sentap jiwa dan raga. hehe. HB pun makin naik, cuma kena naikkan lagi sampai 11.

Berat baby now da nak masuk 2.4kg. Doc kata normal dengan usia kandungan dan semuanya dalam keadaan normal. Alhamdulillah...


Gambar si kecil masa check up menjelang usia baby 35minggu di dalam rahim ummi =)




p/s : Sekarang ni tido saya xlagi lena. Selalu terjaga malam2 sebab keadaan diri yang kurang selesa. Tapi saya percaya nikmat yang menanti bukan tandingan ketidakselesaan sekarang ni.

27 September 2011

Sayang Ayah, Sayang MU

Sebab ayah suka MU

Sebab ummi suka ayah

Jadi ummi belikan baby ini



Sebab kami sama2 sayang ayah ^_^

26 September 2011

Sambutan Aidilfitri MAIWP 2011

Salam

Khamis lepas ada sambutan Hari Raya kat Darul Kifayah. Tema tahun ni Merdeka Raya. Malas nak citer lebih, layan gambar ajelah ye =)


Sehari sebelum majlis

Masa mula2 sampai, tengok ni je yang baru ada. Masa ni pun dah pukul 6.30 petang. Aiseh...sempat ke tak la ni...huhu




Bila big boss datang untuk meninjau, maka operasi semakin laju dan pantas




Utk support, big boss pun kena la turun padang




Lepas lebih kurang sejam, beginilah hasilnya




Di hari majlis

Di pagi hari sebelum majlis bermula. Proses touch di saat2 akhir.




Dan inilah hasilnya.. Apa2pun, mestilah kitorang tumpang posing dulu. Sementara masih wangi dan belum sibuk dengan misi melantak. hehe




Menu of da day, Nasi Tomato




We love Malaysia! ^_^












Sebelum berkemas seusai tamatnya majlis




Beraya sambil belajar sejarah =p




Sekitar majlis






Warung IKB. Menunya, bihun sup, mee sup & soto. Tak lupa jugak sup gear box special




Warung Dar Assaadah dengan aneka kueh raya. i like dorang punya biskut Snow Almond. Siap berulang 3 4 kali. hehe




Mak B @ 35W dengan 1Malaysia ^_^




BPP staff






Selamat Hari Raya! =)








Lepas habis majlis, maka proses berkemas pun bermula la. Rajinnye Cik Anan =p







Sekian saja story utk Sambutan Aildilfitri MAIWP 2011. Jumpa lagi tahun depan =)

22 September 2011

Berapa La Agaknya?

Salam

Sat gi pukul 11 ada dating dgn Dr. Norkedah. Nak cek perkembangan terkini bakal ummi dengan buah hati.

Agaknya berapa berat bakal ummi sekarang ek? Nervous la ^_^

p/s : Doa result check up emak baik2 saja.

20 September 2011

Majlis Merisik Adik Saya

Salam

Alhamdulillah dan congrates

Kepada adikku yang baru saja dirisik pada 15 Sept yang lepas. Mudah2an dipermudahkan segala di atas niat menjalinkan hubungan baru ni.

Setapak langkah ke depan. Semakin berkembanglah keluarga kami =)


Sebelum majlis










Alang, Along & Angah












Ayahku =)




Emakku =)




Selepas majlis




p/s : Doakan2 cepat2 kawen ^_^

Makan2 @ Pizza Hut

Salam

Last week saya dan ofismate pekena Pizza Hut di The Mall. Hari2 makan nasi dengan lauk yang sama, kali ni tukar citarasa pulak. Jom makan pizza!


Hanan, Kak Niza & Fiza




Me & Kak Jijan




Antara menu santapan yang selamat masuk ke perot besor kitorang ^_^










Lepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati, tawaf The Mall cuci2 mata. Sambil menemankan budak bertiga kat belakang tu buat makeover free tajaan Elianto =p


33weeks mak B =)






Lepas tu..... Balik opis la! Tak reti2 lagi? =p

12 September 2011

P : 33W @ 5D

Salam

Diam tak diam, usia si kecil sudahpun menjangkau 33minggu. Last week 8Sept, pegi monthly check up macam biasa kat Pusrawi Jalan Tun Razak. Kali ni bukan bersendirian tapi ditemani en. Abg yang bakal menjadi ayah dalam tempoh 7 minggu lagi =)

Biasanya sebelum ni appoinment saya dengan Dr. Norkedah pukul 10.30pg. So dalam 10.20pg kitorang dah tawaf kat parking Pusrawi tu. Tapi bila tengok balik buku pink, rupa2nya appoinment pukul 11pg. Salahkan diri sendiri sebab tak tengok buku before datang. Mujur en. Abg dalam cuti-cuti Malaysia, kalau tidak kan kesian kat dia. huhu

Lepas da ambil no giliran tu, terus buat urine test dengan timbang berat badan. Urine ok macam biasa. Tang berat tu.....lelah den dengar. Naik 3kg ko! Dari 69.6kg melompat terus ke 72.6kg. Hebat betol penangan raya kali ni ^_^

Lepas tu terus cek BP, masih cun dengan bacaan 121/68. Tapi yang kurang best bila budak nurse tu bagitau, doc maybe lambat skit sebab tgh dalam OR. Ni yang malas ni, kena tunggu lagi. Mujur ada en. Abg yang ikut sekali, xdelah kebosanan.

Hampir sejam jugaklah menunggu. Masuk2 lepas bersalaman dengan doc dan bertanya khabar, maka berbaringlah di atas katil. Time untuk dating dgn baby. Yey! =)

Pelan2 doc scan perut, tengok every part of baby. Dari kepala sampai la ke kaki seterusnya heartbeat baby. Alhamdulillah, baby dalam keadaan memberansangkan. Kepala baby dalam keadaan ke bawah. Heartbeat pun normal, boleh nampak berdetak detuk geraknya. Sebelum masuk bilik doc, bukan main aktif lagi dia membuat aksi dalam perut tapi bila masuk je bilik doc senyap terus... Lesap sudah tumbukan dan tendangan manja. Bagus2, senang doc nak scan. Ummi dengan ayah pun takdelah berkerut dahi nak memahamkan kedudukan kamu dengan scan itam putih klasik tu. hehe

Berat baby sekarang dah mencecah 2145g. Doc cakap normal, standard dengan usia kandungan. Lega rasanya... Bukan apa, raya ni rasanya terlebih-lebih makannya. Takut effect kat baby. Kalau lemak tu melekat pada diri sendiri takpe, lepas bersalin nanti bolehlah difikir-fikirkan cara utk hapuskan balik. Tapi kalau melekat kat baby, bersedia ajalah utk berjuang meneran. hehe


Gambar belah kanan tu adalah dari sudut kepala. Maaf, gambar belah kiri tu saya sendiri tidak pasti dari sudut mana sebab tangan doc pantas mengetik ketika saya sibuk bertanyakan itu ini. Sambil scan setiap bahagian, sambil itu gambar diambil. So, inilah hasilnya.





Lepas habis sesi scan, kembali duduk menghadap doc. Appoinment sebelum ni doc berikan saya pil Iron untuk meninggikan kembali HB saya. Jadi lepas sebulan menelan pil tersebut secara on off, saya minta utk cek balik HB pada next check up. Harap2 HB kembali ke paras normal. Kalau tidak pun, semakin meninggi setara dengan perjuangan saya menelan pil yang sangat meloyakan tu.huhu

Disebabkan dah semaking menghampiri due date, maka check up lepas ni sudah menjadi semakin kerap. Next check up 2 minggu akan datang. Menjelang 37 minggu, kunjungan ke Pusrawi adalah seminggu sekali sehinggalah Mr. & Mrs. Azam junior ni keluar melihat dunia.


Lets share apa yang berlaku di kala usia kandungan mencecah 33minggu:

Janin :

Berat badan janin Ibu sekitar 1,9-2 kg saat ini dengan panjang total badan 41-42 cm. Tulang-tulangnya semakin mengeras dan bergabung menjadi satu sehingga memudahkan janin untuk bergerak dan memasuki saluran ketika dilahirkan nanti (panggul). Tulang ini belum berfungsi (bergabung) secara sempurna sampai saat remaja nantinya, karena itulah tulang dapat tetap tumbuh seperti layaknya jaringan otak. Mata janin sudah dapat mengenali cahaya dengan berkonstriksi dan berdilatasi ketika terpapar oleh cahaya. Perkembangan paru janin hampir sempurna dengan lemak tubuh yang terus berakumulasi di bawah kulitnya untuk perlindungan dan menjaga kehangatan janin. Berat badan janin akan meningkat drastis dalam beberapa minggu terakhir sebelum dilahirkan.

Cairan ketuban mencapai level terbanyak pada trimester ini dan akan memiliki jumlah yang tetap sampai saat melahirkan tiba. Sejak minggu ini janin umumnya berada pada presentasi kepala, yaitu posisi cephalic atau posisi kepala di bawah. Namun apabila Ibu tidak mendapatkan posisi janin seperti ini di dalam rahim, masih ada waktu untuk janin berubah posisi. Umumnya dokter menganjurkan posisi tertentu agar janin memutar posisinya. Apabila janin tetap berada pada posisi sungsang di saat akan melahirkan natinya, dokter Ibu dapat merekomendasikan operasi sesar.

Ibu :

Pengukuran dari simfisis Ibu saat ini mencapai 33 cm dengan pengukuran dari pusat ke rahim mencapai 13 cm. Semakin besar rahim Ibu akan mempermudah terjadinya heartburn. Makanlah dalam jumlah kecil namun sering (6x/hari) dan pertahankan posisi tegak setelah makan dapat mengurangi gejala heartburn.

Bila perut makin membesar ni, tidur malam tidak lagi lena seperti biasa. Betis mula dilanda cramp yang melampau sampai kadangkala rasa nak menangis je. Dah tu, dalam tempoh semalaman tu bukan sekali je kena, kadang2 dua tiga kali. Lepas tu, seringkali terjaga malam sebab rasa badan lenguh sana sini kalau stay dalam satu position dalam masa yang lama. Pernah satu malam tu, sampai 4 5 kali saya terjaga. Lepas bertukar posisi baru sambung tidur.

Baby sekarang pun semakin aktif tak kire masa. Kadang2 diberinya gerakan manja, tapi kadang2 diberikannya gerakan ganas sampai terus nak terkucil rasanya. Alahai anakku...

Disebabkan baby pun semakin padat di dalam perut, maka setiap aksi dapat dilihat dengan jelas bila perut ni bergelombang dengan kuat. Kadang2 sekejap je, kadang2 bukan main lama lagi. Terus ambil hp nak buat video tapi bila on je terus dia stop moving. Tapi bila campak je hp, kemain lagi bergerak ke sana sini dia. Sudahnya, sampai sekarang hanya sempat rekod 1 video je, itupun gerakan manja yang seciput. Tak aci betolla. huhu

Tentang persiapan baby, beberapa hari sebelum check up saya ajak en. Abg bawa ke Twins Baby. Nak survey2 baby cot. Kalau ada yang berkenan di bawah paras budget, bolehlah sambar terus. Itulah antara agenda utama yang harus selesai semasa en. Abg bercuti ni. Yang lain2 rasanya saya boleh handle sendiri.


Saya akui, tiap kali masuk ke kedai baby atau pun lalu di bahagian yang menjual barangan baby, perasaan adalah sangat excited. Walaupun hanya melihat dari jauh, hati sudah melonjak2. Apatah lagi membelek2 barangan baby walaupun barang tersebut bukanlah berada dalam pilihan dan keperluan.




Banyak pilihan yang ada, cantik2 semuanya. Tambah2 lagi yang dah dihias dengan bumper cot corak yang comel2. Tapi harganya pun cantik jugak. Bumper je boleh mencecah RM500. Pandang saje boleh la, masih waras lagi. hehe




Kalau camni, ummi dia yang tido dalam kut.




Oh ye, saya nak share satu citer yang saya jumpa =)

Suatu hari ada seorang bayi yang akan dilahirkan ke dunia.
Sang bayi bertanya kepada Tuhan “Para Malaikat mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?”


Tuhan menjawab “Saya telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan mengasihimu.”


Sang bayi berkata “Tapi disini..,di surga…..yang saya lakukan hanya bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab lagi “Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia.”

Sang bayi bertanya lagi, “Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku, saya tidak mengerti bahasa mereka?”

Tuhan menjawab “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkan bagaimana kamu berbicara.”

“Saya mendengar di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?”

“Malaikatmu akan melindungimu,walaupun hal itu mengancam jiwanya.”

“Pasti saya akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi.”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan kepadamu bagaimana kau bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya aku selalu berada disisimu.”
Saat itu surga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan kepada Tuhan, “Tuhan……jika saya harus berangkat sekarang, bisakah Engkau memberitahu aku nama malaikat tersebut?”

Jawab Tuhan, “Kamu akan memanggil malaikatmu…..IBU…”


p/s : Waiz nak jadi abg ^_^