18 July 2011

Zulaikha

Salam


Selepas en. Abg, orang pertama yang tau gender si kecil dalam perut ni yelah ayah saya sendiri a.k.a atok si kecil. Orang kedua adalah emak saya sendiri dan selepas tu barulah aunties kpd si kecil. Pada keluarga mertua, belum saya khabarkan. Segan masih menebal =)


Setakat ni saya belum memikirkan secara serius nama yang bakal diberi. Masih terlalu awal saya kira. Tapi yang kelakarnya, ayah saya dah memikir ke arah itu. Berkenan sungguh dia pada nama ZULAIKHA. Siti Zulaikha atau Siti Nur Zulaikha.


Saya hanya tergelak. Bagi saya Zulaikha nama yang cantik dan manis didengar. Mungkin akan dipertimbangkan, tapi cukup sekadar 2 perkataan. Sebab nama ayahnya sudah 2 perkataan, jadi sebolehnya saya mahukan nama yang ringkas. Yang penting maksudnya.


Apa2 pun saya still akan menyimpan beberapa nama utk si arjuna. Kuasa Allah, lain yang di scan, lain yang keluar. Selama ni ingatkan Hawa, rupanya Adam =)



p/s : Apa2 pun ia bukan sekadar nama. Yang penting sifat dan akhlak secantik namanya.

15 July 2011

Keadaan Terkini

Salam

Tengahari tadi saya keluar menjamu mata di Maju Junction bersama kawan2 ofis. Sampai di ofis, rasa flat betul.

Kaki dah mula membengkak. Tido malam pun sering terganggu sebab betis senang cramp. Ni baru masuk 6 bulan. Hujung pregnancy ti tak taulah macam mana. Hopefully i can survive.

Bukan merungut. Bukan komplen. Sangat bersyukur sebab diberi peluang merasai pengalaman seperti wanita2 lain. Semoga diri ini terus kuat.

Terima kasih Ya Allah.

P : 25W 2D

Salam =)

Baby sekarang da masuk 25w. 4 minggu lagi nak masuk 3rd trimester. Excitednya... Sebab makin berubah trimester makin dekat hari bertemu dengan si kecil dalam perut ni. 15w to go, bukanlah lama mana. Pejam celik pejam celik, poppp!!! Keluar sudah si kecil ni. Quit nervous...

Semalam pegi check up kat Pusrawi. Sepatutnya appoinment pukul 10.30pg tapi disebabkan atok si kecil ada hal, jadi sampai hospital sedikit lambat dalam 10.45pg. Sampai2 terus wat urine test dengan timbang berat. Guess what? Berat bertambah dengan jayanya menjadikan berat sekarang 69.8kg. Scarry heh! huhuhu

Lepas tu, tunggu dalam 10 minit terus dapat jumpa doc. Lega sangat sebab tak payah tunggu lama. Kalau berdua tu takdelah bosan sangat, tapi kalau sorang ni memang la terasa lama je menunggu. Mujur kali ni kejap je.

Masuk bilik je doc terus tergelak kecil tengok berat rekod berat badan saya. Naik 2.5kg dalam sebulan. haha. Sebenarnya dari rumah pun dah tau berat tu sebab hampir tiap2 hari kejenya menimbang diri. Biarlah, janji sihat. Alasan je tu. hehe

Perkembangan baby : Sekarang si kecil ni sangatlah aktif bergolek2 dalam perut ummi dia. Paling aktif pukul 10-10.30pg, 6.30-7.30ptg n 10.30-11.30mlm. Waktu malam sebelum tido tu paling terasa sangat. Seronok sebab sambil baring tu tengok perut macam berombak-ombak kecil dek penangan si kecil ni. Berat baby sekarang dalam anggaran 770gram. Doc kata normal for 25w pregnancy. Alhamdulillah, semuanya baik2 sahaja =)

Masa scan tu, saya tanya gender baby. Hasilnya.....
















pinky in da houz!!! Hurray!!!




Maksudnya....






pink dress




pink shoes




dan ini jugak pink!



Cute hah? =)



Ada jugak dengar cerita dari kawan2, 1st scan ti tak semestinya betol. Mula2 scan nampak girl but 2nd scan nampak boy dan juga sebaliknya. So utk lebih selamat, harus tunggu for next check up tengok sama tak. Baru boleh beli baby stuff warna pink dengan meriahnya. Tapi kalau beli sekarang pun tak apakan? Kite campur la nanti. ngeeeeeeeee


p/s : Smua info sudah selamat disampaikan kepada bakal ayah. Apa2 pun suami mesti org yg pertama tau =)

12 July 2011

Alangkah seronoknyeee

Alangkah seronoknya kalau...
.
.
.
.
.
.
.
Dapat bercuti berdua sambil menghadap laut bersama en. Abg sekarang

Habis menyusuri laut pulang ke bilik berehat-rehat dengan tenang

Dan makan bersama ketika malam

Tak perlu candle light dinner. Cukup sekadar makan bersama dalam keadaan yang sederhana dan santai.


r.i.n.d.u




08 July 2011

Jalan-Jalan

Salam

Malam Sabtu lepas ajak bebudak dua orang ni pergi Wangsa Walk, saja amik angin malam. Sejak membawa si kecil dalam perut ni, aktiviti berjalan adalah sangat terhad. Pergi dan balik keje, lepas tu terperuk dalam rumah. Sangat malas keluar jauh dari rumah sebab bila balik tu mula sengal satu badan. Manja betul badanku ini. huhu

Kebetulan masa tu tengah ada Pameran Pengantin, tapi booth tak banyak sangat. Sepanjang jalan tu ramai la yang duk bagi brochure. Dik oii, ko tak nampak ke perut akak ni ha..huhu. Tapi amik jugak la brochure yang dorang bagi tu. Just simpan je kot2 Izan boleh refer nanti..

Balik dari Wangsa Walk dengan rasa gembira. Dapat jugak beli preggy jeans yang dicari-cari selama ni. Asik pakai skirt je, bosan jugak. Rasa macam makcik2 pun ada jugak. hehe

Dari sisi tepi masih slim =p




Tapi dari sisi depan..... bolat ko! Membesar bagai juara. hehe




Esoknya selepas penat shopping kain baju raya kat Jalan TAR, before melepak kat umah Puchong, kitorang makan2 kat Bumbu Bali Puchong. Tempat dicadangkan Izan. Sebab dia murah hati nak belanja, ikut sajalah. Quit pricey tapi berbaloi-baloi. Lepas ni bila dah jadi penduduk tetap Puchong, bolehla lepak2 kat sini lagi.




Izan pilih Trio Bali. Ada cumi-cumi goreng (sotong goreng), sate pandan & ayam panggang. Cumi-cumi goreng dia lembut sangat.. Sate dia pun best jugak tapi sbb portion dia besar, memang tak larat makan sorang. But still marvellous. Yummy!




Saya pilih Chicken Crispy. Dia punya sos black pepper buat ayam ni lagi sedap. Overall sedap unless buah tembikai tu lembik skit.




Nasi campur for Ayoy. Tak sempat try yang ni tapi tengok dia makan sedap je. Kalau kuat makan memang ok lah amik set ni. Semua ada, complete.




Kitorang selepas kekenyangan...











Tq Izan. Lain kali belanja lagi ye. Makan besar punya! =p