31 January 2011

Hujan

Salam

Ujan masih lebat di luar. Bukan sejak semalam tapi sejak 4 5 hari yang sudah. Dah ada tempat yang banjir pun. So banyak laluan yang ditutup termasuk jalan ke Bandar Kluang.

Masa otw balik Kluang Sabtu lepas, sepanjang jalan ujan. Sekejap gerimis sekejap heavy but most of da time lebat la. Sampai saya yang biasa tido dalam kete ni tak jadi tido. Sebab risau en. Abg drive dengan keadaan yang begitu. Sepanjang jalan ke Selatan ni, banyak pulak lori2 besar. And da worst is kebanyakan driver lori ni memandu dengan sangat berbahaya. Tukar lane without giving any signal, laju xtentu pasal n memotong plak tu. Tau la awak tu besar, tapi prihatin skit la kat kitorang yang cenonet ni.

Malam tadi adalah hajat nak jenjalan kat Kluang Mall. Saja je la, dating2. Ujan pun dan stop masa tuh. Tapi tup2 jalan kat Kg. Melayu tu tutup sebab air da naik. Paras lutut jugak la. Jalan nak masuk bandar pun tutup jugak la sebab sah2 dekat ngan sungai. So terbantut la hasrat daku nak berdating. huhu

Ingatkan besok nak pi cuti2 kat Mersing or Endau kemudian turun ke Pahang berjumpa dengan exrumate en. Abg yang nak kawen Raya Cina ni. Tapi mak and BIL cakap sana dah banjir. Harusla cancel plan dan tukar perancanngan mengikut kesesuaian keadaan. Ke harus balik semula ke Kinrara? Harap2 tidaklah walaupun peluang amat cerah ke arah itu. huhu

Takpela, tak dapat bercuti pun xpe asal dalam keadaan selamat. Cuti tu bila2 masa pun boleh, janji ongkosnya ada dong!

p/s : Terimalah hujan ni sebagai rahmat dan ujianNya.

28 January 2011

Santapan Petang

Salam

Semalam lepaskan mengidam en. Abg. Kalau hari tu dia nak makan sate tapi kali ni dia mengidam pizza pulak. Jadi semalam lepas balik je dari keje, trus drift ke Giant Puchong nak lepak kat Pizza Hut.





My seri muka is gone.huhu




Iced Chocolate. Yummy.




Favourite Hut Platters. Tip top.




Masala Spin Roll, favorite en. Abg




Dan juga Meatballs n Super Supreme pizza.




Saya pun mengidam jugak la. Balik dari Kluang nanti harus makan =)

27 January 2011

Nasi Lemak CT Garden

Salam

Sejak my BIL ni balik Mesia, belum sempat lagi jumpe bebudak ni. Just jumpe BIL masa pass kunci kete 2 minggu sudah. So malam tadi dapat jugak berjumpa dengan 2 budak comel ni, Ayu & Hana. Si Hana ni masa jumpa dulu, baru je 2 bulan. Masa tu Kak Ngah baru je lepas abis pantang n me bertunang pun belum lagi time tu. Ayu plak masa tu dalam setahun setengah rasanya. Fuh! Time really flies kan? Sekarang ni dorang da besar, petah and aktif. So adorable =)

Kitorang lepak kat Nasik Lemak CT Garden, Kg. Baru. Ni 1st time saya try tempat ni. Jarang sangat makan kat Kg. Baru, sebab rasa area Kg. Baru sangat crowded. Parking pun susah. But kedai ni quite hidden and tak le crowded macam kedai2 tepi jalan tu. Boleh lagi la nak selit2 parking tu.

Mari jumpa orang baru pulang dari jauh, Angah & family. Yang baju pink tu, Hana. Yang duduk tu, kakaknya Ayu. Yang tudung putih tu of cuz la biras i, Kak Ngah. Kak Ngah anak dah 2 pun badan cam anak dara u. Sedih kalau dibandingkan denga diri ni. hehe. Now bebudak ni da boleh cakap Melayu, tak macam masa mula2 jejak KL. Speaking sesaje sampai atok n mak tok dia pun senyum geleng kepala. Semua ni jasa abg Irfan dorang ^_^




Pak Uda & Ayu yang buat muka sebab tido terganggu. Since dorang pun baru kenal Mak uda dia ni, so ada sedikit rasa malu.



Semua bantai nasi lemak 2 3 bungkus. Me satu bungkus sudah la, perut senak meratah lauk kentang sambal yang sedap tuh. Plus neslo ais, bertambah kembung la perut ni.

Lepas semua kekenyangan, balik la dengan senang hati. Dengar citer mau bakar2 ikan di Kluang cuti nanti. Memang ternak badan la jadinya =p

25 January 2011

RFC @ Kluang

Salam

Kalau balik Johor, tiap kali pusing bandar Kluang tu selalu gak nampak RFC ni. Jadi Ahad lepas b4 tengok Sofea, masuk la kejap. Nak merasa, sedap ke tidak. Kat KL ni mungkin ada, tapi tak pernah terjumpa pulak. Masuk2 dalam tengok ramai orang, yelah masa tu pun waktu lunch.

Baru je nak queue nampak sorang akak ni bawak chicken chop. Fuh! Terliur dibuatnya. Memang nampak best la. Terus mintak en. Abg order chicken chop. Den ni memang suka chicken chop, dah lama lak tu tak pekena. Terus xlepas peluang la.

en. Abg pun apa lagi, start le queue. Seminit...Dua minit...5 minit...10 minit... 20 minit...Tak dapat2 lagi. Bukan takat xdapat, nak sampai ke kaunter tu pun punya lah payah. Tengah waktu genting ni ni bukak satu kaunter je kak? Sungguh lah tidak logik...

en. Abg da beberapa kali berpaling kat saya yg sedang duduk relax. Cube nak sampaikan apa yang dia rasa time tu. Of coz la bengang bukan. Service terlalu la slow. Bila dia datang je menatang dulang, terus senyum kat dia bagi dia cool down. Depan rezeki tak elok masam2 muka. hehe

en. Abg amik ayam goreng. Not bad, sedap jugak tapi janganlah expect rasa macam KFC. Ni version Radix ma.. Chicken chop dia oklah, tapi kuah dia a litle bit sweet. Maybe sbb mushroom bukan black pepper so cepat muak skit. Tapi overall ok la, kecuali tahap service yang wajib diimprove. huhu






Wajib guna produk sendiri




Yang menarik pasal RFC ni uniform staff dia. Nampak muslimah n RFC ni ada ciri2 Islamik skit which is sangat bagus saya rasa.


Harap2 kalau ada RFC kat KL ni, servicenya berada di tahap yang membanggakan =p

Comeback

Adik saya sudah kembali berblogging

And this is her comeback entry

Welcome back Izan =)







24 January 2011

80 Minit Yang Suam-Suam Kuku

Salam n Happy Monday =)

Hari ni rasa dalam hati ada taman. Eh silap2. Bukan hari ni je, tapi sepanjang 2 minggu ni dalam hati bunga berkembang mekar ^_^

Akhirnya, keinginan menonton Khurafat tercapai sudah. Mau tau pendapat saya pasal filem ni?

Bak kata en. Abg dan turut dipersetujui saya, jalan citer filem ni terlalu ringkas. Masa pun pendek, 80 minit je. Mula2 citer, saya rasa ok lagi sebab mau sedapkan hati. Takmolah buat andaian terlalu awal. Tengok dulu, baru nilai. Sokonglah filem tempatan skit kan..

Betol, ada beberapa adegan yang boleh membuatkan korang terkejut beruk terangkat punggung dan kadangkala terjerit kecil. Tapi setakat itu sajalah. Yang lainnya, mendatar saja. Masa nak ending, hantu terlalu kerap muncul. Paling tak best, macam rasa watak Mariani tu xmembantu pun.

Nampaknya nasib menonton Hantu Kak Limah sama jela dengan Khurafat ni. Tapi tak tau la ye, mungkin saya n en. Abg je rasa citer ni biasa2, orang lain rasa best. Lain orang lain citarasa kan.. Sebab da kuciwa, maka lepas ni tak mau terlalu cepat terpedaya dengan kata2 hebat orang lain. Nanti nasik jadi bubur lagik. huhu




Belum mula, jadi takde muka takut =p




Oh, welcome to the family wahai si kecil Nur Aqilah Sofea. U r so sweet honey =)

21 January 2011

Jom Gi Pavillion!

Salam =)

Mode : Berblogging sambil disapa angin sepoi2 bahasa. View KL dari balcony rumah indah waktu ni. Hey KL Tower! I can see u. And u 2 KLCC! =)

Ok, back 2 story. Malam tadi sudah usha2 waktu tayangan Khurafat di IOI Mall. Tapi suamiku last2 mnt ubah plan, katanya mau pusing2 KL mencuci mata. Aik...? Apalah ada pada KL yang boleh buat dia teringin sangat tawaf KL ni. Takpela, layan kan jela.

Pusing punya pusing tertembus la kat Pavillion. Terjadilah satu dialog yang mencuit hati. Lebih kurang beginila...

Me : Abg, sejak kawen kite xpenah gi Pavillion ni sama2 kan? Org penah gi sekali je ngan Along, abg Shamin n Izan tengok citer Up kat sini.

en. Abg : Ala, bukan ada apa2 pun kat sini.

Me : Ala, nanti sedara kat kampung tanya orang da penah pi Pavillion ke lum. Malu la orang, dekat ngan umah pun xpenah gi (sambil gelak)

en. Abg : Cakap je ngan dorang kite ni duk bandar. Org bandar buat apa sibuk nak pi tempat kat bandar2 ni. Kite nak pi tempat yang suasana kampung. Dorang la yang patut tengok bandar ni.

Me : Betol jugak! (gelak besar). Ye lah bang. Nak tanya la dorang penah gi Parit tak? =p

Dapat suami yang panjang akal ni, saya pun dah tak tercakap apa. Kadang2 apa yang dia jawab tu memang langsung xdapat dijangka, tapi ada sahihnya. Tak kisahla, janji rock =p

Da round2 KL tu lapar la pulak. Nak makan apa, ikut je tekak dia. Bagi dia merasa apa yang teringin. Sudahnya dia pilih sate Samuri kat RnR Awan Besar. Sebetolnya minggu sudah baru je saya dan mak ayah makan sate kat situ. Tapi disebabkan itu kehendak dia, ikutkan jela. Sedap jugak. hehe

Bila hasrat nak tengok Khurafat malam tadi tak kesampaian, maka cadangnya nak menonton hari ni la. Harus ajak en. Abg tonton citer ni jugak sebab dengar citernya seram banget. Tengok kat Melody respon yang menonton pun sampai melompat2 tekezut. Tapi, harap2 tidaklah setakat indah khabar dari rupa macam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalau tak best mesti malu dengan en. Abg sbb i yang beriye ajak dia tengok citer tu. Harap2 best la ye?

So, lepas en. Abg balik solat Jumaat ni boleh la bersiap2 mau keluar. Mau cuci2 mata skit, nak belikan hadiah utk anak buah baru. Lepas tu tengok Khurafat. Bang, boleh la paw baju selai dua ye =p


p/s : Setakat ni, masih berjaya mengcontrol pemakanan. Sudah maklum kpd en. Abg hasrat mengurangkan lemak2 degil. Harap2nya di Johor nanti berjaya menahan godaan masakan mak. hehe

19 January 2011

Pertemuan Semula

Salam

Esok Cuti Thaipusam.

Esok jugak en. Abg balik. Weeehuuuu!!!

Kali ni tak amik en. Abg di airport atas sebab2 tertentu. Esok saya menantikan kepulangan suami tercinta di rumah dengan penuh keterujaan dan excited yang agak melampau.

Kalau flight tidak tertangguh dan lancar perjalanan, maka jam 2.40ptg en. Abg akan selamat sampai di KLIA. Campur tolak, maka lebih kurang pukul 5 pada hari esok dapatla berpeluk cium dengan en. Abg. Eh, terlebih sudah. hahaha. Ekspresi pertemuan semula dengan beliau kadang2 memang sgt over ^_^

1st time menanti di rumah menunggu kepulangan beliau. i nervous la =p

So syg, welcome back =)

18 January 2011

Lunch @ Haslam

Salam

Tengahari tadi patutnya xmau makan apa2 sebab pagi tadi sudah balun nasi lemak telur mata. Dalam kuantiti yang sedang2 banyak. Tapi bila Izan call ajak lunch sama di Haslam, terus setuju. Mula2 ingat sekadar nak menemankan dia aje, tapi alang2 orang nak belanja kan. Perut senak pun rasa kosong. hehe

Lunch dgn adik sendiri di kala hari bekerja, rasa sangat sweet la. Memang bukan satu benda besar sbb hari2 balik rumah pun mengadap muka dia jugak. Tapi kadang2 bila dia balik lambat, saya dah mamai2 mencium bantal. Kadang2 dia pulak terus tido kepenatan. Sampai la 2 3 hari berlanjutan macam tu, sampai kadang2 dia cakap "Ngah, lama la x borak2". huhu

Kalau ada peluang, dapat la borak2 sambil menanti tido. Tutup lampu, masing2 baring terlentang pandang syiling sambil borak2. Apa2 citer jela. Lepas saya mengadu, dia pulak. Biasanya pasal keje dia la. Kalau en. Abg msj, suruh dia stop jap bagi saya balas msj en. Abg. Pastu sambung chit chat lik. Seronok tau =)

So Izan, thanx blanja i makan tadi. Lepas ni rajin2 la lalu opis i lagi =p

17 January 2011

17012011

Salam

Hari ni saya hepy. Hepy sgt sbb dapat suprise. Berganda-ganda pulak tuh =)

Lepas balik breakfast pagi tadi, tengok ada fail terlungkup atas meja. Cet! Ni yang nak marah ni. Sapa pulak yang mencari murka beta ni. Tapi relax dulu, selidik dulu apa pasal la fail ni terlungkup sakan. Rupa2nya hanya alasan semata...

Sebab nak cover benda ni dari penglihatan umum rupanya...hehe



Untuk 1st anniversary. For coming besday pun ada. hohoho...Terharu sangat sebab tak expect pun akan dapat adiah selain dari en.Abg. Lagi2 bila baca wish tu. Walaupun agak panjang berjela. hehe. To Anonymous, trima kasih banyak2. Saya syg kamu. Muah muah muah! =)

Dalam pukul 11, tengah sibuk wat keje dapat satu call. Roommate en.Abg kat AD call, katanya sekarang ada kat bawah PERKIM. Nak bagi satu barang yang en.Abg kirim. Barang ni saya da sedia maklum. Tup2 dapat ni..Wah wah wah....Bikin suprise ye syg. Terkejut i. Malu pun ada. Tapi suka suka suka. Suka very da extravaganza. Tq syg. U brightened my day =)



Cupcake pun warna purple cam wedding theme dulu. Kamu buat saya rasa sungguh terharu...



And for those yang wish our anniversary esp. family tersayang, trima kasih banyak2. Doakan hidup kami aman dan kekal bahagia di bawah rahmatNya. Amin =)

16 January 2011

16012011

Salam

Setahun sudah menjadi isteri kepada en. Abg. Alhamdulillah, berjaya bertatih perlahan-lahan di sepanjang jalan.


Setahun ni rasanya berlalu dengan pantas. Baru saja beberapa kali berjumpa dan berpisah sementara, usia ikatan sudah menginjak setahun. Setahun yang lebih manis dari masamnya. Setahun yang jauh mata, tapi amat dekat di hati.

Hasrat hati mau menggenggam erat tgn en. Abg tika susah dan senang. Berkongsi suka dan duka. Biarpun jarak menjadi halangan, tapi niat dalam hati menjadi pegangan.

16012010 - 16012011

"Hepy 1st Anniversary syg. Saya Cinta Kamu sgt7"

11 January 2011

UjianNya

Salam

Saya baru pulang dari Kota, Negeri Sembilan menziarah seorang kawan yang baru kehilangan ayahanda tercinta. Takziah kpd my opismate, Masnida di atas pemergian ayahandanya pada malam semalam.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

09 January 2011

Kat Mana Kau Sembunyi Hah?

Salam

2 minggu sudah saya n Izan pakat2 beli electronic scale. Senang, boleh la kitorang pantau kandungan lemak2 badan ni. Letak je badan macam buah nangka ni atas benda alah tu trus kuar brapa kilo diri ni.

Mestilah excited bukan. Jadinya sampai saja di rumah, berlumba-lumba la menimbang diri sendiri. Tekejut! Hasilnya sangat la di luar akal. Macam tak percaya je. Itu ke kilo badan kitorang ni?

Jadinya terus buat andaian scale tu xbetol/rosak. Maklum sajalah, beli di Tesco. Harga pun murah ya amat *tu sbb kitorang beli*. Lagipun, sejak saya pakai benda alah ni, rasa macam da kurang makan. Adalah sorang dua yang kata badan pun ada kurang kilo skit.Tapi lain pulak halnya. Tak boleh jadi ni.

Jadi, sampai je Puchong semalam terus cari manual scale. Macam biasa, timbang diri dalam keadaan yang amat takut/cuak teramat sangat. Nah, amik ko! Electronic scale tu xsalah. Sama sekali tak rosak. Cuma minda je tak boleh nak trima kebenaran. huhu

Baru je sebentar tadi menimbang diri smula dgn scale Tesco itu. Oh, ada penurunan la berbanding 2 minggu sudah. Lega skit..Tapi ini sudah lebih dari jangkaan yang sepatutnya. Stress balik la. huhu

Hairan! Saya tak dapat rasakan pertambahan lemak ni di mata kasar. Sedangkan hari2 membelek diri di depan cermin. Sebarang perubahan tak dapat dikesan dan turut diakui oleh Along dan keluarga terdekat. Maka bertambah stress lagi sedangkan tau stress adalah sangat tidak elok di kala episod berbulan madu mahu bermula semula.

Hoi lemak degil! Di mana kau sembunyi hah? Mau main Hide and Seek ya?

07 January 2011

Gift for 2010

Salam :)

Crita ini mungkin sudah lapuk. Hanya layak dicanang sebulan yang lalu.

Tapi bila ianya suatu yang manis utk dikenang, siapa kisah? Biarpun hanya gemilang sedekad yang lalu.

Presenting

.

.

.

.

.

Piala Pusingan & Piala Johan Sukan MAIWP 2010 =)

Volleyball & Netball

Jom kita zoom skit =p


And....

this


Thanx Shima!

May 2011 bring happiness for us. Amin =)

Red Book

Akhirnya....

I got my own Red Book

Semakin panjang la langkah kakiku ini. Patut la rasa gatal2 je =p

Sesape yang nak wat Red Book ni, korang pi la buat kat Wangsa Maju. 1 jam setengah, this Red Book is yours ^_^

03 January 2011

2 citer 2 rasa

Salam :)

Dengar citer kutipan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah dah cecah juta2. Kutipan hari pertama tayang je dah 300K. Hairan jugak saya. Best sangat ke citer ni sampai berjuta kutipnya. Lawak sangat ke sampai berduyun orang kejarkan citer ni. Tu ha, budak praktikal kat opis saya tu sampai 3 kali mengadap citer Hantu Kak Limah ni.

Disebabkan tengok sana sini beriye orang mencanang citer ni best, saya n Izan pun excited la nak tengok citer ni Jumaat lepas. Waktu org tengah solat Jumaat tu. Sebab citer ni pun mungkin dah penghujung musim, bilik tayang tu pun tak besar mana tapi still penuh. Ada jugak golongan lelaki yang tersasar Jumaat di MBO ni. Ish3...

Abis je menonton, saya n Izan sibuk berdiskusi di mana letaknya kehebatan citer ni. Entahla, saya rasa citer Hantu Kak Limah ni biasa2 saja. Tidak lebih dari tu. Mungkin setiap orang berbeza fikiran, tak terkecuali saya. Takpela, hanya utk santaian minda, apa salahnya. At least, teruskan menyokong filem tempatan.

Malamnya, saya sambung menonton citer Bollywood, tapi di rumah je lah ye. Tak penah pulak seumur hidup saya ni menonton citer industan di mana2 panggung. Walaupun dulunya saya peminat setia Aamir Khan dan selalu leka dengan tarian gelek hangat depa tu. Namun nak tengok kat panggung, tak kuasa la. Malu ah =p

Saya n Izan tengok citer We Are Family. Agak baru la citer ni, kuar tahun lepas. Cet! Bila sebut tahun lepas macam dah lama sangatkan. Padahal baru je 3 hari berlalu. huhu

Citer ni best! Korang sesape yang minat cite indi boleh la tengok citer ni. Mesti korang sedih punya. Saya pun yang hati stone ni pun tangkap leleh tengok citer ni. huhu. Arjun Rampal sgt hensem! Ops, tetibe plak balun nama mamat tu. Takde kaitan langsung =p


Tengok preview Khurafat tu macam best je?