27 August 2010

Counting

11 days to go!!!

p/s : Buat masa ni xde mood nak citer benda2 lain. Sibuk membilang hari =)

25 August 2010

Betol Ke Ni???

Salam

Pagi tadi otw pi keje sempat le dengar berita skit. Kalau btol la pendengaran ni, interest PTPTN turun dari 3% ke 1% start Oktober ni. Biar betol!!!

Jadi, xde lagi la alasan liat nak bayor balik utang PTPTN ku itu =p

p/s : Takda PTPTN, xmerasa la pakai jubah biru tu. Takda PTPTN, mungkin jugak belum married lagi sekarang sbb tidak ketemu en.Abg.hehe

Lagu Raya Mereka Untuk Saya

Salam =)

Ada 2 org ofismate sedang menujukan lagu raya pada saya *laughing*

Lagu Aishah, Pulanglah *thanx to Masnida n Kak Zura*

Lagu sedih, patutnya emosi pun sedih. Tapi emosi di kala ini, di saat menghitung hari sehingga kepulangan suami terchinta, sarat dengan seribu rasa gembira

p/s : Xsabar rasanya nak berbuke bersama walaupun rasanya peluang berdua berbuka tu teramat tipis. Xpelah, cium tangan suami pagi2 raya pun da cukup bukan? Boleh ganti dengan beraya keliling kampung sambil gedik2 depan kamera memakai baju hampir sedondon =p

24 August 2010

Mari Menonton Bersama2

Salam =)

At last, dapat gak upload pic..Setelah guna comp Anan.huhu. Sbb apa tah kat comp sendiri xleh nak upload pics. Nak godek lebih2, den bute IT. Salah godek, naya lak. Pasrah ajelah. New lappy? Hmm... Better saving utk travel nanti kot...

Btw, telah pinjam 4 dvd dr Speedy Desa Pandan last Friday. Act, saya jarang masuk Speedy ni. Biasa Izan pi ngan Ayoy je sbb citer2 latest ni banyak dorang je yang tau. Saya ni, citer apa yang dorang bawak balik, citer tu la yang saya hadap. Yela, dengan ketiadaan en.Abg ni, masa bila lak saya sibuk nak menjengah wayang tu. Kalau ada pun, sekali sekala ngan Izan n Ayoy.

Cari punya cari, kitorang sewa 4 citer ni. Punyalah banyak dvd kat situ, susah nak jumpa yang berkenan. Kalau cari apa yang kite nak, xde lak. Maybe sbb orang sewa kot. Sampai2 umah je pas da setle smua, trus mengadap tv. Starting with dis movie...

B4 this penah la dengar citer ni. Xsangka best lak. Lagi2 bila ada Aamir Khan ni. I loikeee!! Gambar citer ni pun lawa, colourfull. 2j 40m xrasa lama sgt. Sesapa yang minat cite Hindi cm akak ni, boleh la tengok citer ni. Xrugi tau =)

Nasib menonton citer ni ngan Izan. Kalau ngan en.Abg payah la plak. Sbb mulut ni asik kata "hensemnya dia, comelnya dia"hahaha. I dulu memang minat ngan dia. Saki baki minat tu adalah sampai sekarang =p


Esoknya tu pulak, tengok citer ni..Romantik gile. Memang love story betul la. Sorang thn 2004. sorang thn 2006, but dorang ni jatuh cinta. Mula2 complicated gak nak faham citer ni but lama2 tu boleh faham da..Happy ending..Bila tengok citer, tetibe jadi jiwang gedik lak teringatkan en.Abg =p

Lake House ni lah tempat yang buatkan dorang fall in love. The whole rumah tu made from glass..And the box behind dorang tu, medium tuk dorang communicate with each other..

Lepas abis tengok The Lake House, trus marathon tengok citer ni lak. The Lovely Bones. Citer agak slow skit. Citer dia ok but mata mengantuk lak. Alih2 trus tertido n biarkan Izan sorang je tengok. Sebelum tu sahur dulu. Popcorn chicken n fries je. Emak ayah xde ni, sahur pun entah apa la jawabnya...

Lastly, tengok Phoonk 2. Cite antu Hindi. Boleh la.. Bile tengok time bula posa ni, xdelah takut2 kan.hehe

So itu le aktiviti bersama Izan tatkala ditinggalkan emak dan ayah. Menarik bukan? Penuh dgn aktiviti yang tidak cergas =p


p/s : Disebabkan rindu kat Waiz begitu tinggi, so hari Ahad pi la berbuka kat umah Along. Ya ampun... Dah besar rupanya budak ni. Da 2 bulan. Kaki semakin tegap, pipi semakin tembam, badan semakin bulat. Semakin comel n manja =)

19 August 2010

Dulu Dan Kini

Salam...

Looking at all these pics, mengingatkan saya hidup xselalunya indah =(

Suatu masa dahulu....



Kini...dan mungkinkah akan selamanya...?




p/s: Dari S/M tukar ke L..huhu. Sudah bulatkan tekad. Tidak salah mencuba kan? Maybe berbaloi-baloi.

16 August 2010

Jalan-Jalan Si Kecil

Salam =)

Alhamdulillah, jadi gak plan nak berbuka puasa ramai2 kat Puchong. So, pagi Sabtu saya emak n ayah gerak la ke Puchong dalam kul 11. Izan lak naik kete asing sbb dia nak gi opis dulu. Nak bereskan keje.. Sampai2 kat sana, bukak semua tingkap n selak smua langsir.. Rasa fresh skit bila angin masuk ni. Nak lak umah atas ni, bila bukak luas2 sliding door tu rasa la angin sepoi2 bahasa tu. Kalau petang2 duk santai minum kopi tu, santai gile...

Macam biasa, mak le chef ari tu. Akak ni tolong2 belakang tabir je.huhu. Mak masak rendang ayam n udang goreng. Akak buat bergedil *resipi emak jugak*. Yang lain2 tu ayah n abg Shamin beli kat bazar je. Act, bukan le bazar pun sbb dorang kata puas round Kinrara tu tapi xjumpa gak bazarnya. Lastly, beli je kat kedai2 biasa tu. Rupanya baru tau bazar kat mana bila en.Abg bagitau semalam.huhu

Esoknya tu, b4 balik Along ajak pi Jusco IOI Mall Puchong. Nak cari car seat utk Waiz. Dia da nak start keje. Nanti kenalah antar Waiz ke rumah pengasuh. Kalau ada car seat ni xdela si kecik tu menggeliat sampai terpusing2.hehe

1st time naik stroller. Siap tido lagi. Mentang2 le da dapat susu ye..

Happy family seiring sejalan ...


Ibu n Waiz. Jeles lak tengok Along yang da back 2 normal =p


Baru jalan2 skit ini budak kecik sudah merengek2 bagi hint nak susu. Bila bagi susu ibu dalam botol, dia refused lak. Sama jela sayang. Cume ibu tukar puting baru je.huhu. Communication ibu n anak. Sweet kan =)


Macam trying to say something je...?

Pas da menyusu tu, baru leh teruskan misi cari car seat. Meh cni ayah try masukkan Waiz dulu. Tngok camne..Ok lah, nampak comfortable je...


Muka konpius je budak ni.hehe


Penat jugak cari car seat si kecik ni. Sat dia elok, sat dia merengek. Da amik barang, da cek smuanya ok, kena queue lak. Panjang plak tu. Adush! kena tunggu lagi. Nenek n atok pun da duduk kepenatan.huhu. Xpela, skali skala kan.. Next time kite shopping2 lagi eh =)

p/s : 22 days to go.. Cpt pulang sayang, rindu sgt dgn kamu =)

13 August 2010

Mee Goreng n Cucur Udang

Salam =)

Tadi call hp ayah. Nak tanya hari ni nak pi bazar mana. Dekat ke jauh, cuz tgk kat luar tu cam gelap semacam je. Yelah, kitorang kan merempit. Kalau ujan tgh jalan nak lari mana plak. Dah le bulan2 posa ni kete n motor banyak yang amat. Punyala sesak jalan dari awal opis ni sampai la nak sampai umah nanti.huhu

Alih2 hp ayah tertinggal kat umah lak. Sempat le cakap ngan mak tadi, tanya hari ni mak masak apa utk berbuka. Mak cakap masak mee goreng n cucur udang. Fuh!Telan air liur dibuatnya. Sedap, sedap, sedap!!!Boleh susun udang banyak2 tepi piring. Pastu sekali ngap makan.hehe.

Esok da plan nak bukak pose sama2 ngan Along kat Puchong. Masak2 smua kat sana, cuma kena bwk bahan dari sini la. Alang2, tido semalam sekali kat sana. Mana taknya, sejak dapat Waiz ni, jarang tol jenguk rumah tu. Sibuk mengisahkan si kecik tu. Sampai maintenance rumah pun xsempat nak bayar.hehe.Xpelah, sok pegi boleh bayar. Boleh bersihkan rumah sekali. Boleh cium bau2 en.Abg kat rumah tu =(

Mula2 ingat nak tukar langsir. Cam da jemu lak. Tapi pikir2 lik, membazir lak. Baru pakai 7bulan. Tu pun jarang ada kat umah, jarang bukak sliding door tu. Mestilah habuk n kotoran pun xtebal lagi kan. So buat apa nak tukar? Next year ajelah..Hope masa tu en.Abg da transfer cni balik. Kalau btol dapat durian runtuh xseberapa tu thn depan, boleh la wat kitchen cabinet sekali. Deco deco deco!!!Xsabarnye! =)

p/s : Cepatla en.Abg balik. Xsabar nak merai Ramadhan bersama beliau =)

Yang Telah Berlalu

Salam =)

Dah 3 hari pose. Fuh! Kejap sgt. Rasanya mcm baru je wat pengumuman posa hari tuh. Alih2 da 3 hari. 27 days to go...Xlama lagi tuh. Nak2 lagi kat opis ni kiri kanan semua pakat pasang lagu raya. Semangat nak raya pun berkobar gila. Lagi2 bila thn ni 1st time raya sedondon seiring sejalan dgn en.Abg. Pusing sana, pusing sini, jalan sana, jalan sini, honeymoon sana, honeymoon sini. Honeymoon lagi ke? Of coz!!!Still rasa diri pengantin baru tau =p

Hari tuh kan saya register line Celcom, so dapatle surf tenet free sebulan. And today is da last day la, kul 12.44pm nanti. Tau le time da nak abis, asik dapat reminder msj dari Celcom je. Skit2 cakap kalau nak sambung boleh la Call dorang. Nak promote lah tu. Xkuasa i, streamyx kat umah tu kadang2 xterusik. Membazir je nanti.

Macam da lari tajuk je...? Yang bebenarnya nak citer sal tadi sempat jengah fb. Member lama tag satu gambar masa kat U dulu. Xsilap, masa tuh ada kursus etika n protokol..Bila tgk gambar tu, rasa rindu je. Rindu ngan kawan2 kat U dulu yang kebanyakannya da lost contact. Paling rindu zaman muda kat U T_T

Dulu kursus etika n protokol tu wajib attend. Kalau x pi kursus tu xleh grad. Tu yang bila dorang sibuk war2kan benda tu trus register. Tapi lepas tu dapat tau, benda tu bukanla wajib. Da mansuh trus pun. Sungguh rugi la dorang yang x sempat nak pi. Sbb kursus tu teramat la best. Xrasa bosan langsung. Walaupun kaki penat kena cover ayu. Yelah, i duk meja paling depan cuz sampai lambat. Sah2 la kena ikut semua pa yang dia ajar =)

Ingat lagi, masa 1st sem dulu, jadual cam apa tah. Ada hari relax, ada hari bz. Kejap kena lari sana, kejap kena lari sini. Xde gap langsung lak tu. Sampai class da mengah2, cungap2. Belum campur jalan kaki nak balik kolej lagi. Wo, penat sungguh. Susut jugak la badan time tu...But penat2 camtu pun, rasa enjoy je. Boleh exercise, sambil2 lalu tasik tengok orang main kenu. Layan blues gitu =p

Masa 1st n 2nd sem, saya duk berdua je ngan rumate. But bila masuk sem 3, tukar kolej. Sebilik la ngan Anume n Shida skali. Bila makin ramai ni, makin riuh la. Makin happening. Hari Sabtu pas solat Subuh, masing2 pakat tido balik. Dalam kul 11, lepas da mandi n basuh baju semua, turun la cafe cari makan utk lunch. Masa tu awal lagi, so makanan xbanyak luak. Boleh la pilih apa yang berkenan. Sambil lunch, sambil tgk Full House. Leka sungguh..Indahnya hidup masa tu...

Panjang sgt lak citer. Citer lain to be continue =)

p/s : Yang lama itu yang dirindui....

11 August 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan =)

Sudah start pose la..Cam xcaya je bila pagi tadi mak kejut bangun sahur. Pagi tadi b4 pi keje pun rasa cam nak teguk air Teh O. Yela biasa pagi2, b4 pi keje lepas da siap2 tu mesti pekena Teh O mak secawan dulu. Kadang2 kalau mak masak nasi goreng, tibai dulu. Pastu salam n cium mak, baru lengkap. Tapi hari ni lain plak =)

Pagi tadi kul 4.30 mak kejut bangun sahur, terkebil2 gak la mata mamai semacam. Mak masak nasi goreng n telur dadar. Tapi tau jela bila dah namanya sahur, mana la selera nak makan kan. Letak la makanan fav apa pun, jamah buat syarat je. Xdela nyesal xhingat kalau ngelat sahur =p

Ramadhan kali dgn status yang berbeza. Malam smlm tgk fb member yang sama2 baru married update status masing2. Masing2 sibuk cakap sedang adjust diri dgn keadaan baru Ramadhan kali ni. Yela, dulu duk ngan emak. Sahur or berbuka emak yang prepare. Kalau ada pun, bantu2 skit je. Tapi bila da ada suami n rumah sendiri ni, kena fikirkan perut suami lak. Kalau dapat suami yang xcerewet, ok la but kalau dapat yang cerewet tu sendiri mau ingat la.

But saya masih dalam keadaan yang sama. Masih lagi sibuk nak manja2 ngan mak. Masih lagi bergantung kat mak.hehe. Kalau en.Abg da balik cni nanti, lintang pukang la jadinya.huhu. Xpela, boleh adjust diri pelan2. Kalau da sampai masanya tu, hadap jela. Kan kita yang beriye nak Hidup Berdua dulu?

p/s : Kami jauh dipisahkan beribu2 batu. Tanpa kerelaan hati. Ramadhan tanpa dia di sisi, trasa sedikit sepi. Moga dia sentiasa dilindungiNYA. Amin...

02 August 2010

Kehilangan

Salam

Lately sungguh malas gile nak berblogging. Xtau le napa. Rasa idea nak mengarut panjang lebar tu tah ilang ke mana. Mungkin proses penuaan minda kot.huhu

Sudah draf post ni beberapa hari lepas. Tapi tu la, macam yang saya katakan td disebabkan kemalasan agak hebat, kena peruk dulu la n3 ni. Sampai le hari ni. Dgn keadaaan perut senak+sebu melampau T_T

Just nak share last week kitorang ada wat Farewell utk big boss, sebab dia kena transfer tempat lain. Sedih wooo bila dia kena transfer. Sbb big boss ni tersangat la sporting n sempoi orangnya. X moody n x bossy. Langsung x stress keje under dia. Tapi maybe dia yang stress dgn peel kitorang ni *time taip ni, boss tgh say gudbye n mintak maap kat smua staff. terharu+sedih*.

Yang xmungkin berulang....

Hadiah utk en.Ibrahim..Yang box kaler ijau tu adiah dari Badan Kebajikan BPP. Ada kemeja ngan tie. Yang paperbag tu lak adiah dr Unit Pentadbiran. Dorang bagi Baju Batik...


Tu dia big boss..Rasanya masa ni tgh round table utk bagi speech. Slalunya saya xemo bila ada farewell but dis time rasa dia lain macam skit. Maybe sbb sgt senang keje under dia kot...


Tapi masa sedih2 sempat lagi tunjuk muka. Tengok tu mata xberapa nak celik.huhu


Sebelah bigg bos tu, Ir Karim. Buat masa ni, dia le tanggung keje.. Kek tu nampak sedapkan? =p

Yang ni adiah dr staff BPP *sapa nak share le duit, pastu dapat tepek gambar keliling frame tuh*

Masa utk potong kek. Celebrate besday boss sekali sbb besday dia 1 day before. Sedap giler kek tuh. Beli kat Maju Juction ngan Jeffry n Kak Jijan. Lagi sedap dr Secret Recipe tau..

Gambar selingan =p


Lepas abis ucap2 n bagi adiah tangkap gambar la plak. Mestilah kena ada kan utk simpan2+kenang2 bila rindu nanti.hehe. Bubudak laki sibuk arrange kusi. Space kecik so kena susun elok2...


Tgh tunggu sementara susun kerusi...


Selingan lagi. Masa ni da siap amik gambar BPP. Tinggal nak makan. Jom bedal!!! =p



Gambar BPP lupa nak upload lak..Xpela, will upload utk next n3...

p/s : Hope dapat boss baru yang ok. Lepas ni kehilangn en.Hanif lak.. Sorang2 nak pi =(

01 August 2010

Tiap2 Tahun Kena Buat

Salam =)

Sudah 2 Ogos..Mulai sekarang boleh le senyum2 kambing sbb 7 Sept semakin dekat. Memang xcukup bilang dek jari kaki dan tangan tapi tanda bulat2 di kalendar sudah semakin banyak =)

Puasa pun da semakin dekat. Harap2 awal2 puasa badan x mengada2 sgt lembik xtentu pasal. Harap2 jugak nafsu beli belah di bazar ramadhan tidak sehebat mana sampai berlaku lambakan yang menyebabkan malas berterawih *hopefully akan rajin*. Dan harap2 jugak rajin buat kueh raya spt thn lepas. Dan paling berharap ibadat puasa dapat dilakukan dan dihayati sebaik mungkin...

Santapan mata masa turun Jalan TAR dalam operasi pencarian baju raya Izan...

Operasi kali ni xamik masa yang lama. Pusing2 skit da jumpa kain yang berkenan. Cantik! Kalau la berkemampuan meng"ada"kan 10 pasang baju raya.hehe

Mencari yang seterusnya

Hanya mampu melihat =(

Tapi akhirnya xtertahan godaan. Terbeli sudah. Baru puas hati n pamerkan senyuman dan sengihan yang sungguh lebar =p

Lepas da pilih kain yang sesuai utk Emak dan Along, Izan ajak pi Sogo. Cari black/white blouse. Tapi xjumpe pun. Jadi utk ilangkan rasa kecewa, trus cari port utk lepak2 n makan *yang bebenornya memang lapar.huhuhu*. Trus port kat Hot & Roll.

Izan belanja makan benda alah ni. Apa nama pun xingat la. Tapi alih2 dia xsuka sgt rasa benda ni, akak jugak yang abiskan.huhu

Punya nak candid sampai makan guna salah tangan da...Biasa ye =P

Bila da abis lepak2 dan makan, masa nak gerak balik ujan renyai2. Sempat le lari2 anak ke kete. Alhamdulillah parking xjauh. Fuh! Penatnya rasa. Tapi happy, sbb da lama x kuar2 gini. Hopefully bila Waiz da besar skit n Ayoy pun cuti sem, kitorang boleh kuar sama2 next year punya shopping raya =)

p/s : BIL tanya stok gula da ada ke yang sibuk nak wat kueh banyak2. Alamak! Lupa lak.. Tapi xsusah nak cari gula skrg kan. Just hav 2 pay more =(