30 June 2010

Cik L

Salam

Sudah ketemu pengganti cik penyuluh jalan kebenaran. TQ en.Abg. Cmni xjadi nak cut off balik la apa yang xpatut =p

Welcome cik L!

Tentu kamu akan gembira berpuankan saya. Sbb saya seorang yang amat caring terhadap kesihatan kamu T_T

p/s : Kak Jijan cadangkan utk selang selikan penggunaan cik L n cik CL. Hmm...Tengok lah nanti cmne =)

29 June 2010

cik Penyuluh Jalan & en. Purple

Salam

Hikayat cik penyuluh jalan kebenaran telah tamat. Dengan cara sadis, xboleh diselamatkan lagi. Maafkan saya wahai cik penyuluh jalan kebenaran. Saya xsengaja menamatkan riwayat kamu.huhu

Maafkan saya jugak en.Purple sbb cederakan kamu. Saya ingatkan semuanya berjalan lancar, xsangka plak akan menyakitkan kamu.huhu

Bulan masih panjang. Kecederaan en.Purple yang xseberapa tu masih mampu lagi saya abaikan sehingga en.Abg balik. Tapi saya perlukan pengganti cik penyuluh jalan. Owh, boleh bayang en.Money terbang melayang. Separuh gajiku pergi T_T

Mungkin ni semua ada hikmah atau peringatan kpd saya. Jangan boros berbelanja. Utk keadaan2 macam ni lah, keadaan yang sama sekali xdijangka. Becoz lately ni, saya rasa terlalu menurutkan nafsu, berbelanja ikut suka rasa. Time 2 cut off balik apa yang xpatut. Mesti en.Abg lega.hehe

p/s: Semalam en.Abg call, tetiba je rasa rindu sesangat. Rindu kat emak jugak. Bila emak xde, rasa lintang pukang hidup ni =(

27 June 2010

Waiz Miqdad b. Mohd Syed Shamin

Salam

Sesi kenal2 dgn Waiz. Jom!

Sebelum tu, Welcome Home Waiz! =)

Jumaat lepas Waiz kena tahan dalam wad sbb kena Jaundis. Sempat la duk semalam kat hospital. Cian Waiz. Kat ibunya lagi la kesian. Sampai bengkak la mata tu =p

Alhamdulillah Jaundis da ilang. Waiz pun da semakin sihat, tido pun lena. Sampai time menyusu pun tido lagi. Sian ibunya, kena kejutkan tiap kali nak breastfeed. Waiz2... =)

Pic lepas 3 hari lahir

Pic lepas 6 hari. Besarnya baju Waiz..hohoho..Yela, berat Waiz masa lahir 2.7kg je. Masa amik gambar ni pun, berat still sama. Cuma badan da pandai menggeliat n pandai bukak sarung tgn *mentang2 le sarung tangan tu besar, senang la kamu bukak ye*

Macam2 gaya tido budak ni. Tapi dia paling suka buat gaya macam ni

Macam ni pun dia suka gak. Mulut melopong, kadang2 sengih2 skit. Nampak tu dia senyum.. Cair jiwa den tengok =)


Waiz kalau tido memang lena. Cuit mcm mana pun steady je. Tapi kalau lapar bukan main lagi menggeliatnya. Hero ibu katakan =)

Lepas ni lama la Mak Ngah xjumpa Waiz. Minggu depan Waiz da nak balik Kelantan, Mak Ngah lak nak join Family Day opis kat PD. So xdapat la jumpa Waiz b4 pi sana. Tapi xpela, 2 minggu je kan. Nanti Mak Ngah mintak ibu atau ayah MMS gambar Waiz ye.
Nanti bila jumpa rambut Waiz xbanyak mcm ni lagi. Sbb dah nak kena cukur. But dont worry dear, u still cute n comel. Love u my encem boy =)

p/s : Weekend ni pi Family Day kat PD but without en.Abg. Kalau la en.Abg ada, kan best.huhu..

24 June 2010

Cik Hati

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu harapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Air mata di sisi ini
Saat kamu jauh di sana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Yang bertahan

Aku xbisa menduga hatimu
Andainya bisa kupeluk bayangmu
Di antara kita tidak akan siapa mengganggu

p/s : Cik hati rindukan en.Abg ye..Sabar ye..Xlama lagi en.Abg pulang la. Sebab en.Abg pun rindukan cik hati =)

23 June 2010

5 kg

Salam

Dulu longgar
Lepas tu kurang longgar
Lepas tu lagi ngam2 je
Sekarang semput nafas

Apa maksudnya???

Maksudnya.....puan punya kena kuruskan badan la T_T

Jadi, puan punya badan berazam sekarang utk buang lemak sebanyak 5kg. Mulai sekarang kena fikir reward apa yang sesuai =)

p/s : Harap2 berjaya la. Bukan sonang nak tolak godaan Kak Jijan =p

22 June 2010

Nephew

Salam

Ni dia si kecik yang membuatkan tido saya jadi x lena kelmarin =)

Banyak tido ye kamu. Eh, kalau x tido nak buat apa lagi ek? Xkan menangis sekuat hati. Owh tidak! Kesian kat ibu ayah n nenek kamu T_T

Atuk kata masa ni xsedap lagi nak main2 dgn kamu. Sbb kamu masih kecil bangat. Jadi Mak Ngah biarkan kamu besar dulu ye. Pastu jangan harap kamu boleh bersendirian mengharapkan Mak Ngah memandang kamu dari jauh =p








Sedap ye susu tu sayang...Minum banyak2 tau, biar cepat besar =)








Nenek kata macam muka atuk. Tapi kena tunggu kamu besar skit, baru tau ikut muka sapa. Kot2 muka Mak Ngah ke? hehehe





Sabtu nanti kite jumpa eh sayang... Redah jem pun xpe, asal dapat berjumpa kamu =)

Si Kecik Kami

Salam =)

Happynya...Sbb kejap lagi *seremban xjauh mana bukan?* akan berjumpa dgn my newborn nephew. Owh, berbunga sungguh hati ini.

Ok, mulai hari ni sila panggil saya Mak Ngah ye =p

Honey, Mak Ngah is coming!!! Tolong jangan tido n tolong bukak mata luas2 spt yang Waez buat smalam. Tolong buat muka comel depan Mak Ngah, so Mak Ngah boleh cium kamu puas2. Kalau xpuas jugak, Mak Ngah akan gigit2 kamu.hahaha

Punya excited dapat 1st nephew, sampai terbawak2 dalam mimpi malam tadi. Parah ni. Sebab tu harus berkejar ke Seremban malam ini jugak. Kalau x, maybe mimpi semalam akan berulang kembali =p

Apa2 pun alhamdulillah Along n baby selamat dan dalam keadaan baik2 sahaja. Hopefully Waez akan membesar dgn sihat. Nanti Mak Ngah bagi kamu kawan ya honey. Love u so much!!! =)

p/s : en.Abg, sila jangan jeles ye. Kamu tetap di hati saya. Sentiasa di hati saya =)

21 June 2010

Mari Jawab Soalan

Salam. Mari jawab tag =)

Act, tag ni da lama dapat dari Kak Lin. Dari hari ke hari nak jawab, but asik tertangguh. Padahal bukan bz sgt pun. Buat2 terlupa =p

1ST TAG

1. Siapakah anda di rumah?
Buat masa ni saya ada 2 rumah. Bila kat umah parent, anak kpd mak ayah n angah kpd siblings. Bila kat rumah sendiri, mestilah as a wife kpd en.Abg =)

2. Siapa anda di samping rakan?
Yang ni kena tanya kengkawan la

3. 5 benda/perkara yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
* Kehidupan normal bersama en.Abg. No more PJJ

* Menunaikan umrah/haji bersama insan2 tersayang

* Kesenangan kpd mak n ayah

* Rumah bawah : Maybe terlalu awal utk dicapai but perancangan harus ada

* Keje yang lebih baik

4. Siapakah nama pasangan anda?
Nor Azam Jaafar

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
Banyak, tapi paling penting dia xsmoking n kitorang sekepala gile2 =)

6. Bila tarikh couple?
18 Februari 2005

7. Kenangan pahit anda bersama rakan?
No komen, but mencari teman yang setia bersama susah senang n menerima kita seadanya sangat sukar.

8. Lagu tema cinta anda?
Cam banyak je cuz xpenah tetap pada yang satu.huhu

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Daging2 degil di perots.hahaha


2ND TAG

1. Apakah anda mempunyai lesen memandu?
Yup, B2 n D yang jarang sekali digunakan. Now baru nak berjinak2 balik =p

2. Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Tahun 2005, masa tgh cuti semester

3. Berapa lama pengalaman memandu anda?
X ingat la plak cuz lepas dapat lesen simpan wat pekasam dulu. Sampai la sekarang, baru kluarkan balik. Bila ayah n en.Abg da bising2.huhu

4. Pengalaman pahit memandu?
Side mirror driver patah kena langgar dgn polis pengiring VIP mana tah. Sungguh rude!. Dah la eden budak baru belaja, side mirror lak xde. Xke cuak haku. huhuhu

5. Pengalaman manis memandu?
Kalau amik lesen sekali terus lulus tu boleh kire as kenangan manis x? =p

6. Pantang bila memandu?
Xde partner kat sebelah. Maklum la x expert lagi. Kalau da expert nanti, en. Abg pun bulat mata la makan asap.hehe

Sekian sahaja sesi soal jawab =)

Penantian Itu Satu Penyeksaan

Salam =)

Pagi yang indah, walaupun agak kepenatan sedikit. Thinking....sudah selamatlah Along ku?

By this time Along mungkin dah deliver ke blum, saya pun xtau. Xdapat nak contact. Hanya boleh berdoa, semuanya baik2 sahaja dan selamat. Kesian tgk Along sakit dari semalam.

Sepatutnya Along deliver 10 Julai 2010 but due to keadaan keje Along yang banyak bergerak, Dr. cakap maybe Along deliver awal. Sabtu lepas Along da mula sakit n turun darah. Bila check up semalam, trus Dr. tahan kad wad utk tgk progress.

Dari pukul 8am bwk la ke 8pm, still lagi belum boleh masuk Labour Room cuz bukaan xcukup. So terpaksa tunggu sampai semua ok dan ready to deliver. Pagi ni apa progress saya pun xtau cuz dah gerak balik ke rumah. Harus kembali bekerja walaupun hati melonjak nak menunggu kat hospital.

Sehingga kini, masih lagi menunggu perkembangan yang latest...

p/s :If baby da kluar, sempat ke nak pi tengok? Kan harus kerja?huhu

20 June 2010

Father's Day

Salam =)

Hepy father's day ayah. We love u soooooo much!

Hepy father's day gak buat my FIL kat Kluang n tuk smua daddy n bakal daddy esp. my BIL yg tgah menunggu ms je..

Hope smua daddy2 akan jd bapa mithali =)

p/s : i miss him so much..

17 June 2010

2 months and 3 weeks

Salam =)

Yippy!!!

Baru update ticker. Tengok2 tinggal 2months n 3weeks je lagi en.Abg nak balik beraya dgn saya =)

en.Abg beri keizinan raya kat Perak dahulu thn ni *harap2 xubah keputusan ye syg*. Excited gila. Sebab dapat pakai baju yang agak sedondon.hehe. Memang seronok tapi tu bukanlah the main reason. 1st time raya sama as a husband n wife. Tipu la kalau cakap xteruja kan. Teruja cik Kiah u =p

Tambah teruja, InsyaAllah tahun ni bukan takat bertambah sorang ahli family baru but 2 orang. Ada si kecik comel yang bakal memeriahkan suasana raya kitorang. Main2 ngan baby. Silap2 malas nak keluar beraya. Cant wait! =)

My Along akan deliver awal bulan depan. Hopefully semua akan berjalan dgn lancar n baik2 sahaja. Nampaknya, berkampung la mak n ayah kat Seremban nanti. Time upgrade skill memasak! =p

p/s : En.Masa, tolong la berlari ke garisan penamat dgn cepat. Tolong ye =)

16 June 2010

5 bulan sudah berlalu

Salam

Sudah 5 bulan memegang title Pn. Hafnidah =)

Rasa mcm baru je tangkap gambar cium tgn en.Abg *sampai idung penyek*. Alih2 da masuk 5 bulan. Cepatnya masa berlalu..

Alhamdulillah masih boleh survive dgn PJJ ni. Hopefully sampai ke akhirnya kitorang masih mampu bertahan dgn ujian yang diberikanNYA ni walaupun menuntut kesabaran dan kecekalan yang sgt tinggi.

Syg, hepy 5month anniversary. Saya Chinta Kamu =)


Sinar Pagi

Salam.

Tadi masa otw ke opis, dalam kete sempat dengar Sinar Pagi.

Tak excited langsung dengar celoteh Krill, KE n SY.

Dulu masa en.Abg antar keje pagi2, kitorang pendengar setia Sinar Pagi. Mula2 saya xberapa minat sgt nak follow, but bila tengok en.Abg ketawa terkekek-kekek xtentu pasal trus follow sbb nak tau citer apa yang best sgt tuh.

Dari hari ke hari, trus dengar n dengar. Jadi semakin suka utk follow.

Tapi kesukaan tu hanya ada dgn en.Abg saja, partner kete yang cukup serasi mendengar celoteh dorang2 tu. Pagi ni bila ayah yang drive, langsung xfokus kat radio. Sbb ayah sibuk bagi tips2 pemanduan yang betul di Bulatan Pahang utk anak dia yang penakut ni.hahaha

p/s : I follow...

15 June 2010

Next?

Salam =)

Sabah kelihatan best. Owh, brooch2 di sana sangat cantik.huhuhu

Maybe patut jadi our next destination? Sementara masih lagi diberi kesempatan berdua.

p/s : Mungkin xpayah pesan Izan beli brooch banyak2? =p

14 June 2010

Petua Untuk Isteri

Salam =)

Sumber : Blog PakarHowTo oleh Dr. Fatimah Az-Zahra

Petua utk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' yang bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Caranya : Selepas solat Isya', ambi, air segelas, baca Al-Fatiha sekali, Ayatul Qursi sekali dan surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surat Al-Waqiah
Ayat 35 : Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Ayat 36 : Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Ayat 37 : Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
Ayat 38 : (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Semoga kita sama2 mengamalkan dan memperoleh manfaatnya...

13 June 2010

Masanya

Salam

Sudah tiba masa dan time yang diharap xkunjung tibe...

Harus kembali berjauhan...

Ya Allah, berikan aku kekuatan dan ketabahan...

Amin.

p/s : Sesekali akur pada kehendak emosi...

11 June 2010

Cuti2 Malaysia - Last Day

Salam.

Last Day before balik pagi2 lepas breakfast saya n en.Abg jalan2 kat pantai. Mula2 en.Abg agak malas, but saya berkeras nak jugak. Bercuti tepi pantai tapi langsung xbasah kaki kena ombak laut rasa macam xsah je. Kan?

Mentang2 la da sewa kete *harus la gunakan semaksimum/sekerap mungkin*, ke pantai pun naik kete. Langsung xbakar lemak.hehe


en.Abg awal2 da pakai tracksuit, jadi kalau basah pun xpe. Tapi yang saya ni tah jadah apa sibuk sgt nak pakai jeans. Pastu takut2 nak dekat ngan air laut, takut jeans basah. Padan la muka.huhu




Napa eh tiap kali posing sorang macam kekok je. Tak tgn cekak pinggang belah kanan, mesti belah kiri. Macam tangan tu keras semacam je. Ataupun ni simptom2 peralihan umor?huhu




Haruslah ada gambar dgn en.Abg. Panas tol ni time ni, en.Abg pun da berpeluh sakan. Napa muka kelihatan tua? Owh da tau sebab apa. Elakkan pakai tudung sebegini T_T




Tak tgn mencekak pinggang, sibuk mencari selipar nak dipegang sbb xtau nak hala tgn ke mana *kang eden peluk sakan suami eden, muntah ijau lak org menengoknya* huhu




Lepas balik dari mencari ketenangan tepi laut trus siap2 nak balik. Sampai Kuah trus pulang kete kat tuan tanah ke daun n cari kedai makan. Haruslah makan dulu b4 shopping2 mata yang gatal ni. Last2 xtau nak makan apa trus masuk Kenny Rogers. en.Abg tanya nak KFC ke Kenny. I biarkan dia yang decide *dalam hati harap2 beliau pilih Kenny* sbb dia kan musafir yang pulang dari perantauan =p




Lepas snap 3 4 kali, baru dapat gambar ni tau. Yang lain terpaksa direject sbb bdn i nampak tersangatlah tembams. Kalau tiap kali ginilah jadinya bila en.Abg pulang, tah rupa cmne la saya 3 4 thn lagi.huhu




Tunggu ferry




Otw balik..See!!! Double chin sangat terserlah. Owh, hakikat yang sangat pahit utk ditelan T_T





Akhirnya selamat sampai ke Jeti. Mau pulang kembali ke Mahligai Kayangan *yang xberapa kayangan*. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Indahnya BerHoneymoon. Seronok rupanya kahwin ni!!!

p/s : Masa raya boleh honeymoon x? =)

Citer Baju Raya

Salam =)

Dr dark purple to soft green

Tema baju raya telah bertukar *cam sailormoon lak* =p

Cmne leh bertukar? Sbb smalam tangan gatal2 bila belek2 kain yang ada di Jakel segamat tuh. Bila tgn gatal2 maksudnya....kena beli jugak walaupun bulan masih pjg n poket xberapa tebal.huhu

Mintak en.Abg pilihkan *asalnya utk MIL, alih2 aku yang sapu* Very bad.haha

Xsangka plak pilihan en.Abg tu benar2 memukau pandangan mata. Trus cakap kat en.Abg nak jadikan baju raya thn ni, en.Abg stuju.Yahuu!!!! Mintak adik salesgirl carikan kain baju utk en.Abg plak...Sudah jumpa. X sabarnya nak raya=)

p/s : Tahun ni cam ada lambakan baju raya lak..Membazir2 =p

07 June 2010

Dapat adiah, seronoknya!!!

Salam =)

Sudah dapat adiah besday yang telah lama berlalu tu. Yeye =)

Saya pilih si CR. Baru dapat Jumaat lepas. Bagus sgt la sbb si Vincci tu da tinggal masa je nak cicirkan uwang xseberapa saya tuh. TQ en.Abg =)

en.Abg plak bukan main lama lagi pikir nak adiah apa. Last2 beliau pilih PS2. Beli2 je balik umah trus on. Dengan alasan nak cek ok ke x. Iyolah tu, padahal xmenyabar nak main. Bukan eden xtau =p

p/s : Harap2 sale TITUS @ IOI Mall tu lama lagi. Kalau la melekat kat tangan xberapa cerah ni, alangkah bestnya...en.Abg, saya mengharapkan ihsan kamu.hehehe.

03 June 2010

Kos Lepas

Salam =)

Purse or handbag?

Patut pilih yg mana satu?

Syg, boleh kamu adiahkan kedua2nya pada saya?

Sbb besday saya sudah berlalu 3 bulan lepas. Boleh, boleh, boleh? =p

p/s : Jam tali biru turqoise tu pun lawa juga. Kalau itu yg menjadi pilihan macammane? =)

01 June 2010

Cuti2 Malaysia - 2nd n 3rd Day

Salam =)

Alahai, terlepas lak update citer Cuti2 Malaysia..Pic da lama upload tapi story tergantung lak.huhu

Jom sambung citer!

Memandangkan Perlis tu jauh sangat, so kitorang decide tido kat Kedah semalaman. Pagi Rabu lepas breakfast, saya n en.Abg check out dalam pukul 9.30. Kalau boleh nak sampai cepat kat Kuala Perlis tu, takut ferry awal penuh. Xmo la tunggu 2 3 jam, nanti sangkut lama kat jeti. Da buang masa kat situ je..

Ferry kitorang pukul 11.30. sampai kat jeti Pekan kuah dalam pukul 12.30..Pastu terus sewa kete n cari hotel. Pakai redah je cuz saya n en.Abg memang xbook hotel. At last bila da round2 dua tiga hotel *hotel2 tu semua tutup utk renovation school holiday*, saya n en.Abg decide stay kat Aseania Hotel @ Pantai Chenang. Dekat ngan kedai2 makan n laut. Boleh berhoneymoon n gedik2 kat pantai.hehehe


Masa nak masuk Perlis




Masa mula2 sampai. Gaya en.Abg bwk beg macam nak fly pi mana tah. Tapi bukan AD ye =p




Kenapa kelihatan sedikit gemuks?huhu



Sampai2 hotel pun da dekat pukul 3. Da bis rest n buat apa yang patut, kitorang keluar cari kedai makan utk lunch. Lapar gile tu..Then malam kluar balik utk dinner. Area Chenang xsusah nak cari kedai makan, cuma yang berkenan di hati saya tu payah skit..Ingat nak makan je kat kedai makan masa lunch tu but kedai tu tutup awal lak. Kul 10 da tutup. Trus ronda2 nampak la kedai makan ni. Nampak bersih n romantik. Ala2 Bali gitu.




Sirap Bandung utk saya n Ice Lemon Tea utk en.Abg





B4 minum kena kacau dulu. en.Abg tawarkan diri utk kacau, tah napa tibe2 excited. Sbb rupa dia yang menyelerakan tu kot. Atau sbb beliau pun nak minum sama? =p




Tu citer 2nd day cuti2 malaysia. Esoknya saya n en.Abg join Hopping Island punya aktiviti. B4 tu breakfast dulu cuz janji ngan driver pakej tu kul 9 *kalau xsilap la*. Cam biasa, pas makan2 kena la gedik2 amik gambar situ sana sinun =p


Masa mntak kete sewa awal2 da cakap nak kete auto. Sbb en.Abg mls nak drive manual. Amik la kete ni. Kete ni best, cermin depan dia sgt luas. Rasa mcm lapang je pemandangan. Tapi agak ringan n mudah gelong *btol ke ayat tu?*




Depan hotel n area hotel








Kul 9 trus start aktiviti Hopping Island. Sempat le singgah beberapa tempat...




Gunung Dayang Bunting




Kat Pulau Dayang Bunting. Penat woo naik tangga. Seminggu lepas tu masih bersisa sakitnya.huhu










Abis je Hopping Island tu trus balik hotel. Petang tu trus kluar balik naik Cable Car. Teriknya cuaca. Mau terbakar lemak sekilo.huhu







Otw balik dr Cable Car, trus balik hotel but b4 that singgah pasar malam dulu. Baru balik bilik n menyantap cam kebuluran =p

p/s : maybe entri agak lapuk, idea xberapa nak mai.huhu