30 November 2009

Memori Aidildha

Jumaat lepas aku n family plan nk ke Melaka, saja amik angin. Memandangkan hari tu hari raya Aidiladha, mud beraya tu tetap ada. Plan asal selepas balik dr Melaka kitorang nak pi ke rumah PakLong. Mau beraya n at da same time nak mntak PakLong sign borang nikah (tinggal sebulan setengah je lagi. aku masih xsubmit borang nikah!!!)

Pagi2 lagi (kul 10 pagi, xle awal sgt) aku telah mengharu birukan keadaan bila aku telah keciciran borang nikah di jalanan. Paling teruk bila aku langsung xsedar keadaan tu n hanya tau bila dapat call dr seorang Hamba Allah (tqvm pakcik) mengatakan all da documents tersadai di tepi jalan (kena golek ngan motor n kete).huhuhu...Aku sangat careless!!!

Baru teringat mcmmana benda tu boleh terjadi..Dek sbb sibuk nak bergambar pagi raya, aku letak fail tu atas kereta jap. Tapi aku lupa nak amik balik fail tu n ia tetap berada disitu sehinggalah kitorang memulakan perjalanan. Apalagi, berteraburlah bnda alah tu atas jalan. Sedangkan aku dok bergumbira, bergelak tawa dia atas kete..Salahkan saya!!!huhuhu

Mulanya ingat nak teruskan perjalanan but then decide nak berpatah balik utk amik documents itu sbb aku sgtla risau. Takut ada dokumen part Azam ilang. Kalu ilang bagaimana mau kawen???Aish....

Alhamdulillah rezki berpihak pada aku bila cek fail tu everything complete. Semuanya ada*wink2* Lega sangat..Pakcik (merangkap kwn ayah yg dikenali di surau) tu pesan next time hati2, bnda2 camni sangat penting. Iye pakcik, saya akan ingat pesan pakcik. Trima kasih sgt sbb tolong kutipkan borang saya. Kahwin nanti pasti saya jemput pakcik =)

Memandangkan keadaan itu telah berlaku n jam telah menunjukkan hampir pukul 12, jadi plan utk ke Melaka terpaksa di tunda ke lain hari n destinasi pilihan yelah ke rumah PakLong. Of coz citer itu akan diulangcerita oleh emak.hehehe

Malamnya bila ym dengan Azam, aku sempat bercerita dgn Azam. Dia xmarah tapi cam biasa kena ceramah skit..Xkisahla, janji aku dapat kahwin. Happy7 =)

p/s : Bila nak kahwen, macam2 boleh jadi. Fikiran melayang tah ke mana =p

20 November 2009

Wedding Gift

Aku sangat berkenan dengan baldi mini di bawah ini walaupun aku sudah beli wedding gift.Tapi xpe, yang telah dibeli itu tetap di hati =)




18 November 2009

Tepuk Dada Tanya selera

Bila hujung2 bulan gaji xmasuk lagi ramai yang merungut poket kering. Bila poket da kering, makan pun dicatu. Bagi si single, antara menu pilihan sudah semestinya megi. Sehari dua boleh la nak telan megi, tapi kalu berhari2 kan memudaratkan badan.

Alhamdulillah setakat ni aku belum lagi ketandusan uwang cuz masih boleh manage sumber kewangan yang ada. Belum lagi skip breakfast or lunch. Kalau skip pun sebab want 2 loose sum weight, not bcoz of money.

Utk mengelakkan tergolong dalam golongan yang kekeringan uwang ini, aku ada cara utk mengurus duit sendiri. Dah lama aku amalkan benda ni, sejak tahun 2007 lagi but masa tu agak kurang berjaya cuz masa tu kerja temporary je. So gaji yg diterima amatlah kecil. Tolak ni tolak tu, cukup2 la utk bagi emak ayah skit, wat makan, tambang g opis, bayar ptptn dan sedikit saving.

Bila da keje tetap ni alhamdulillah saving pun meningkat. Lagi2 bila da plan nak kawen. Duit kena la ada. Parents mang la boleh bantu tapi setakat manalah. Kita yang nak bina masjid, kita usaha keras la sendiri. Xkira la dengan apa cara pun, asalkan halal. So nafsu bershopping tu terpaksa dikurangkan. Bukanlah xmembeli langsung, tapi membeli bila hanya perlu dan ada lebihan uwang. Bagi mereka yang xleh sekat nafsu yang satu ni, cari la jalan lain to earn more money. Ada yang wat part time keje, ada gak yang wat bisnes esp. MLM bisnes. Semuanya hanya satu tujuan, utk mencari rezki yang halal bagi menampung kehidupan. Kite pun dah sedia maklum, berniaga tu 9/10 sumber rezki.

Ok back to da topic. Harus diingat saving kena ada walaupun sedikit. Utk lebih senang, buat ur own budget every month. Then dari situ baru kita dapat tau brapa banyak kite dapat saving sebulan. Jgn sesekali lupa item contingency cuz kadang2 maybe ada unexpected expenses. So boleh la back up ngan duit yang kita da spend utk contigency tu. Kalau masih xmencukupi, top up dgn saving. See!!Setle problem kan!

To make it more effective, aku divide all da expenses by category guna angpau (ala, angpau lama2 korang yg xpakai tu). 1 for daily expenses (makan, tambang LRT), 1 for PTPTN loan, 1 for contingency, 1 for monthly expenses (prepaid, duit kutu) n lastly utk saving. Utk mak n ayah aku da ketepikan awal2. Me untung skit cuz most of da time pi n balik keje dgn ayah. Bila ayah outstation or ada hal je aku naik LRT. Ni bukan sellfish ok tapi menggunanakan kemudahan yang ada. Jadi slalunya budget utk tambang tu ada lebih n akan difowardkan utk da next month..

Dulu mak sering gelak bila tengok aku divide smua duit gaji but then she realized memang berbaloi2. Boleh beza mana satu blanja dapur, mana satu duit bil, mana satu blanja pasar n etc. Xdelah pakai belanja n at the end xcukup duit. Semuanya jadi teratur n lebih selamat.

Benda ni memang praktikal tapi dengan syarat ada disiplin. Xsusah, nak xnak je. Tepuk dada tanya selera.

p/s : Maybe akan diterapkan pada anak2. InsyaAllah =)

17 November 2009

Rojak

Bila kenyang nak keje pun malas. Bila kenyang mata pun mengantuk je. Bila kenyang perut pun senak je. Pokok pangkalnya bila terlalu kenyang semuanya xmenjadi. Tapi xbaik menyalahkan makanan, tu kan rezeki. Alhamdulillah..

Disebabkan semalam balik dalam keadaan ujan yang sedang2 lebat, dan yg memburukkan keadaan xpakai baju ujan, maka hari ni badan aku rasa seram sejuk je. Ditambah lak aircond ofis yang sejuk tahap maksima. Bila badan da seram sejuk n minum pulak sprite McD, lagila rasa nak sakit.huhu

Otw lik umah semalam, ada nampak accident kat depan IPB. Kete Toyota Vios black kaler langgar divider jalan n terlajak langgar kaki jejantas. Xpasti keadaan driver dia cmne cuz tengok2 kete tu kosong. Tapi teruk gak la keadaan kete tu. Cermin pemandu n depan kete,pecah, bumper depan jatuh n of cuz la depan kete tu remuk seribu.

Sah2 kes bwk laju cuz aku rasa kalau bwk slow xakan jadi cmtu. Tambah lak keadaan ujan, jalan pun licin skit. Mujur xlanggar sesapa. Kalau x, kan berat da jadi kes polis. Tu la orang Malaysia ni, susah sgt nak jumpa pemandu berhemah. Jalan kecik, dekat ngan area perumahan bawakla slow2 bukannya dekat F1. Agaknya hengat kete dia da cukup hebat.Susahkan orang jlain e wat jem jalan.

Jom cuci otak!

Teka teki hari ni : David is the son of Jane's. Jane's is the _____ of David's mother.


Gud Luck!!! =)


p/s : Rasa agak gedik hari ni bile tibe2 rindukan dia =p

16 November 2009

Kahwin Kahwin Kahwin

Semalam aku sempat ke Melaka menghadiri kenduri kahwin seorang ofismate. Act kawan aku ni lelaki n majlisnya akan diadakan pada 02 Januari 2010 nanti. Tapi memandangkan ofis aku akan mengadakan Family Day pd tarikh tu, so aku decide utk pergi kenduri di sebelah perempuan je.

3 minggu berturut2 aku menerima undangan perkahwinan. Undangan terakhir 05 Dis 2009 kat Senawang, member matriks dulu. 5 Dis xleh jauh mana. Pejam celik pejam celik tibelah harinya. Dan selepas pejam celik tulah, aku hanya ada 42 hari je lagi utk bergelar Cik Siti Nur Hafnidah Aani..What shud i feel rite now =p

Time aku sibuk nak menyiapkan apa yang patut disiapkan, Along Izan n Ayoy lak sibuk memikirkan baju apa yang nak digayakan masa majlis aku nanti. Including emak n Ayah. Abg Shamin follow je Along asalkan kain cotton katanya. Dorang pilih pink. Purple n Pink?Perfect!!!Aku sangat suka n xsabar untuk lihat mereka berboria sama2.hehehe

Kalau ikutkan ayah, pakai je mana ada. Ish!Mana boleh!!!Sekali seumur hidup aku kahwin (InsyaAllah). Nak gak la ada family theme. Baru nampak sekata je. N org boleh cam family tuan rumah yang mana (wedding aku kat dewan, so tuan dewan la kan.hehehe). Sekali sekala Along nak sedekah duit tolong sponsor wat baju boria, sangat2 dialukan la*wink*

Mang sejak dr dulu aku mengangankan wedding ala2 tradisional. Tapi utk fully tradisional teramatlah memerlukan uwang yang berlebih2. So aku hanya request yg ala kadar utk mencapai angan2 aku tu. Cara mana nak deco hall 2 utk mendapatkan mud tradisional tu, aku serahkan bulat2 pada Aunt. Yelah, kite da hire dia kenalah bagi kepercayaan n commitment dgn dia. Dia lebih tau, jangan nak menyibuk nak amik tau every single thing. Baik ko je jadi wedding planner kan.

Bila aku wat majlis kat dewan n nikah kat masjid maksudnya rumah aku langsung tidak berusik. Semua barang2 keperluan n goodies kitorang letak kat rumah lama Along. So aku plan just nak hias ala kadar rumah tu. Lagipun lepas kahwin aku masih duduk kat rumah emak cuz bakal suami terchinta working abroad. Aku xkisah pun klu org nak kata apa aku still duk bawah ketiak emak. Kalau ada kemudahan, gunakanlah. Buat apa kalau duk asing tapi dekat, still masih terhegeh2 ke rumah parent dgn alasan mengisi perut. Mengabiskan beras aje.

Banyak sebenarnya yang aku plan tuk wedding ni tapi xtau lagi akan tercapai atau tidak. Kite tunggu ajelah ye. Kalau cakap gah2 sekarang tapi xjadi kang orang kondem lak. Cakap mengalahkan angan2 Mat Jenin tapi hasil tarak. Padahal kite merancang dan cuba merealisasikannya. Tapi mulut orang mana boleh tutup, sibuk mencanang. Kesian si bakal pengantin!!!

13 November 2009

Tiada Nama

Lately ramai yang bertanya (lebih dr 4 org tu ramai la kan?) apa perasaan bile wedding da semakin hampir.huhuhu..Maka jawapan yg aku berikan yelah "2 bulan lambat lagi. Buat masa ni xrasa apa2 lagi.hehehe". Automatik setiap kali aku menjawab pertanyaan tersebut, aku akan akhiri dengan tawa yang saja dibuat2.

To be honest, jawapan tu hanya sekadar utk menjawab soalan mrk n menyedapkan hati aku sendiri. Semestinya la pada masa2 ni macam2 perasaan melanda. Rasa cuak, xsedap hati, nervous, gabra, gembira etc..Bermacam2 benda aku fikir. Majlis ok ke? Ramai ke org datang?Makanan cukup ke? Goodies ok ke?

Harap2 smuanya berjalan lancar spt apa yg dirancang. So far, my part almost 75% da setle.Tinggal yang kecik2 je cam bunga pahar, edar kad kahwin n benda2 remeh2 lain. Part mak ayah lak tinggal booking catering. Act, kitorang da pilih caterer but masih dalam proses pengiraan tetamu. By hook or by crook next week kena setle down jgak..

Just want 2 recall what i've done 4 my wedding...

09 Julai 2009 - Booked Mak Andam. Aku masih lagi menggunakan khidmat mak andam yang sama since aku mang sangat berpuas hati dgn service yg diberikan. Klu citer bab harga mang telan air liur skit tapi klu service yg diberikan berbaloi2 tutp mata jela..Mangla klu boleh kite nak saving tapi klu at the end hari yang patut menjadi sejarah manis bertukar jadi mimpi ngeri, apa macam?.Kos:RM3+++

13 Ogos 2009 - Booked photographer sec official. Masa dapat album tunang dl mang aku da bagi hint kat dia utk hire dia tapi cakap mulut mana boleh pakai. Kena la ada hitam putih..Disebabkan ex-customer, so dapat skit diskaun.*wink2*.Kos:RM2+++

Ogos 2009 - Beli goodies. Kos:RM1+++

09 Sept 2009 - Beli bahan2 utk wat bunga pahar. Xbanyak, just 100pcs je utk letak kat pelamin. Ada yang tanya napa xbeli je. Jawab aku "Wedding ni bermakna buat aku. So klu bole, aku nak ada air tangan sndiri. Xdapat banyak, skit pun jadila". Lagi pun aku rasa agak murah wat sendiri berbanding beli. Mangla boleh beli yg murah tapi standardnya cmne. Nak beli yang cantik skit, mahal plak. So bila wat design sendiri ni, murah skit la kos dia. Lagipun boleh wat design apa yg kite nak. Kos:RM3++

19 Okt 2009 - Tempah kad kahwin. Masa Izan wat utk Along dulu, designer tu cuma amik masa xsampai seminggu utk siapkan draf kahwin. Tapi aku punya ni nak masuk 2 minggu baru siap. Tu pun after beberapa kali aku call. Masa order tu aku siap cakap very7 urgent lagi. Then after cek draf kad, 3 hari pastu aku dapat kad. Tu pun pas Azam push suh cepat. At da same day, aku order paperbox goodies. Kos:RM1+++

30 Okt 2009 - Tempah baju nikah kat my Mak Andam. Last mnt terpaksa tukar lining dia cuz agak jarang. Kos:RM3++

Total utk di atas saja sudah cukup wat aku telan air liur sambil urut dada =p

Ni semua aku wat sekadar yang mampu. Mungkin ada yang kata terlalu mahal n mungkin jugak ada yang kata murah aja. Dalam 100, mungkin sorang je yang bersetuju ngan cara aku. Bagi aku, terpulang..Aku cuma usahakan yang terbaik dan selebihnya aku berserah. Niat aku hanya wat benda baik tapi klu org salah tafsir nak wat cmne.

So target aku skrg nak siapkan:

- Bunga pahar

- Cari kain utk wat langsir n trus tempah kat kedai aku beli tu je. Dulu masa Along kawen, dia tempah kat Jakel. Kualiti jahitan n design cantik membuatkan sorang jiran berminat utk dijadikan ilham wedding anaknya nanti. Tapi katanya nak ubah design langsir skit cuz jahitan langsir Jakel tu kurang lawa. N katanya lagi kain langsir tu material dia murah. Mana dia tau aku pun xtau. Dia anak beranak pi selongkar kain berjam2 kat Jakel tu agaknya =p

- Order catering

- Collect address kengkawan

- Beli sedikit perabot n keperluan utk rumah baru. Sedangkan rumah sewa orang beriye berhias, xkan rumah sendiri kosong cam rumah tinggal

Setakat ni, tu sajalah yang mampu aku fikirkan. Yang lain, akan cube difikirkan..

09 November 2009

Kahwin Muda

Disebabkan Rabu minggu lepas sudah termissed turn utk wat HIV test, so tengahari tadi aku n Izan pi balik Klinik Kg. Pandan utk tujuan yang sama. Kul 1.00 sudah berada di kawasan klinik dan menjadi penunggu yang setia. Dan pukul 1.25 sudah start quee utk make sure dapat setle hari ni gak n menjadi orang pertama yg wat test tu. Terpaksa tahan lenguh cuz xnk tragedi berulang.Sangat menyampah.huhu

Berbaloi sangatlah penantian tu cuz aku org yg pertama masuk klinik seusai je pintu dibuka. Ingatkan dan amik no, boleh la trus amik darah. Budget dalam kul 2.30 setle n aku boleh balik ofis lik (baik kan aku.huhuhu). Tapi teramatlah malang, setelah ditunggu2 sehingga pukul 3 barulah no aku dipanggil.

Cam biasa, akan ada briefing skit. Aku ingatkan briefing tu wat by group,so jimatla masa. Rupa2nya x,wat sorang2. Alhamdulillah aku orang pertama, so xpayahla tunggu lama2. Xtau napa, tapi still rasa nervous padahal sangat confirm yang aku bebas HIV or AIDS. Sebabnya, sendiri mau ingatla..

Masa menunggu turn aku dipanggil, aku terpandang couple muda sebelah aku n anak pompuan dorang yg sangat cumel. Kalu diikutkan pengamatan aku, rasanya couple tu muda gi, maybe paling lewat pun 22 or 23thn. Tapi anak pompuan dia aku rasa 3 or 4 thn. So klu dicongak2, couple tu mybe get married masa dorang belasan thn..

Bile tengok dorang, otak aku berfikir. Bestnya kahwin muda, bila kite tua nanti anak da besar. Xpayah la di hujung2 usia masih bersusah payah membesarkan anak yg semestinya memerlukan kos yg sangat tinggi. Jadi masa tua tu dapat beristirehat n memperbanyakkan amal ibadat dan amalan. Dan maybe jugak menjaga cucu utk ilangkan sunyi.

Tapi bila difikir2 dgn mendalam, kebahagiaan perkahwinan tu bukan sekadar mendapat zuriat di usia yang awal. Perkahwinan tu bak kata sesetengah orang ibarat perjudian hidup. Kalu kena gaya, untung la. Tapi kalu xkena gaya, maka rugila.Jadi pikirlah masak2 sblum berkahwin lagi2 pada usia yg sangat setahun jagung.

Perkahwinan xleh hanya disandarkan kpd cinta. I love U. U love Me.Lets get married!!!huhuhu..Tindakan yang sangat gile n bahaya. Cinta boleh hilang dalam sekelip mata oleh sbb yang xmunasabah.

"Badan u ni gemuk la. Dress u xkena ngan badan u.Malu la i jalan ngan u"

"I da bosan ngan u. Hidup i xpenah senang dgn u. Dr dulu sampai skrg moto kapcai je. Bosan!!!"

"U ni b4 kawen ngan i cantik je i tengok.Skrg ni xmake up mcm hantu i tengok"

Percayalah, ayat2 di atas ni sering diungkapkan bila cinta yang dulu gah tlh melayang ntah ke mana. Yang tinggal hanya rungutan dan kesalan. Mulalah menyalahkan takdir sbb jalan yang dipilih.Nauzubillah...

Klu nak berkahwin tu pikirlah masak2. Bersedia dr segi mental n fizikal. Kahwin memerlukan kekuatan dr semua segi. Ye, pokok pangkalnya cinta. Cinta dan sayang mesti ada. Duit pun kena ada. Kalu takat cinta je tapi duit xde pikir2kan lah semula hajat menggunung tu.

Aku bukan bercakap tentang hantaran yg tinggi, majlis kahwin yg gah n goodies hebat yang xpenah org wat utk dibawa pulang tetamu. Juga bukan bercakap tentang menandingi majlis kahwin kawan2,jiran2 n org sekeliling. Sbb akan ada riak di situ. Aku cume bercakap kalu xde duit, cinta pun boleh melayang. Family pun bole kucar kacir.

Yelah, bayangkan klu tiap2 ari ikat perut minum air suam, makan nasi kosong tanpa berulam apa2. Klu ada pun telur mata. Jangan xtau telur skrg pun da mahal tau!Silap2 xterbeli. Baru bab makan, belum masuk bab pakai anak bini, pendidikan anak2. Tau2 jela kos hidup sekarang makin meningkat, bukan macam thn 60an duit 5osen da boleh buat kenyang sehari. Jadi pikir2kan la..Mampukah kahwin pd usia yang muda???

p/s: Duit n kahwin mang xboleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu